بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, September 01, 2012

Tanda-tanda besar kehancuran jati diri bangsa Melayu dan penganut agama Islam sudah semakin jelas

Ayoh bangkitlah Wahai Bangsa Melayu

Tanda-tanda besar kehancuran jati diri bangsa melayu dan penganut agama Islam sudah semakin jelas kelihatan.

Tapi pemimpin melayu dan Islam langsung tidak menampakkan rasa bimbang dengan kemerosotan yang sedang terjadi kepada kedudukan melayu dan Islam di negara ini.

Pemimpin Islam pembangkang sudah tidak peduli lagi akan semua ancaman ini, malah merekalah yang menjadi penyumbang terbesar kepada keruntuhan maruah dan jati diri orang melayu dan Islam di negara ini.

IKUT TEORI HISHAM KDN, VIDEO INI BUKAN DALAM KATEGORI 'INSIDEN BURUK'.


Adakah perbuatan keji sebegini perlu kita biarkan ??????????????????????????????????????

Jumaat, Ogos 31, 2012

Renungkan...Penjajah Datang Di Malam Merdeka..!


Kerja DAPig adik kepada PAPig diseberang tambak semakin mudah! semakin terserlah! Dari awal lagi DAPig hanya memonitor hamba sahyanya untuk turun berdemonstrasi bagi menjatuhkan kerajaan Melayu Islam didalam negara ini. 
 
Ianya dibuktikan lagi dalam rusuhan 28 April yang lalu apabila puak komunis rasis ini sudah tidak mampu menyembunyikan hati perut mereka apabila jumlah dikalangan apek dan nyonya yang turut merusuh begitu meningkat dengan ketara. 
 

Khamis, Ogos 30, 2012

Pemimpin tak sedar diri dan gila kuasa

'Saya hanya tukar parti bukannya tukar agama', kata Tamrin


SHAH ALAM – “Saya hanya tukar parti bukan tukar agama” tegas bekas pemimpin Umno, Datuk Tamrin Ghafar yang menyertai Pas 11 Ogos, lalu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan ahli keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba yang kesal terhadap keputusannya keluar dari Umno dan menyertai Pas.

Katanya, terdapat pemimpin Umno lain bertindak keluar parti ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi.

Rabu, Ogos 29, 2012

‘Saya Tolak Hudud Pas, Bukan Hudud Islam’


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.
“Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini… lain langsung,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Selasa, Ogos 28, 2012

HADI tunggu arahan DAP untuk pecat Ustaz Nasha


Hadi Pun Tak Berani Sentuh Nasharuddin Mat Isa


Nampaknya bukan Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat saja yang takut pada bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, tapi Presiden PAS sendiri, Abdul Hadi Awang pun takut juga untuk mengambil tindakan terhadap bekas orang paling kanannya itu.

Rentetan dari kenyataan pedas Nasharuddin terhadap PAS yang mahu partinya itu keluar dari gabungan pembangkang di dalam Pakatan Haram tempohari, ramai di kalangan para pemimpin PAS yang melompat marah padanya.

Namun, di dalam riuh rendah meluahkan perasaan marah terhadap tokoh pro-ulama itu, pemimpin tertinggi PAS “tahap dewa pelangi sakti”, Nik Aziz tidak berani pun mengarahkan supaya bekas pemimpin nombor dua PAS itu dipecat dari “agama” pimpinannya.

Isnin, Ogos 27, 2012

PM minta rakyat tidak buat perubahan yang tak pasti kebaikannya


PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak membuat 'perubahan' yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka. 

Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya. 

"Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, Insya-Allah kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang," kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat sini, hari ini. 

Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas pilihan raya umum 2008. 

Katanya tidak semua perubahan yang dijanjikan akan memberi kebaikan kepada rakyat namun kerajaan pimpinan BN sejak era Tunku Abdul Rahman telah membawa pelbagai perubahan yang kini dinikmati oleh rakyat. 

"Kita tak boleh tukar kerajaan sebab (semata-mata) sudah sampai masa kita (perlu) buat perubahan, tapi (sebaliknya) kita (BN) bukan nak bawa perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik. 

"Tidak semestinya (semua) perubahan itu membawa kepada kebaikan ada juga membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari apa yang kita kecapi hari ini," katanya. 

Ahad, Ogos 26, 2012

Buletin ISMA 15 Ogos 2012

SURAT TERBUKA PENGUNDI KEPADA PAS.

Sumber: gerakanantipkr

SURAT TERBUKA UNTUK PUCUK PIMPINAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA

Sulaiman Bin Abdullah,
Kg. Melayu Subang,
4700 Selangor Darul Ehsan

22 Ogos 2012

Tuan Presiden,
Parti Islam SeMalaysia

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

Tuan,

Saya sebagai seorang rakyat biasa negara Malaysia yang tercinta ini, ingin mendapatkan penjelasan dari pihak tuan mengenai beberapa perkara yang menjadi tanda tanya kepada diri saya selama ini.
Tujuan saya meminta penjelasan ini adalah supaya dapat memudahkan saya membuat pilihan apabila tiba Pilihan Raya Umum ke 13 nanti Insyaallah.

1.       ADAKAH FATWA UMNO KAFIR MASIH BERKUATKUASA LAGI?

2.       ADAKAH PIHAK TUAN RASAKAN PENYINGKIRAN YB DATO DR HASAN ALI DARI PAS SEBAGAI MENGIKUT LUNAS – LUNAS ISLAM?

3.       MENGAPA PAS MASIH MENERUSKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN ORANG YANG AKHLAK DAN MORALNYA SANGAT MERAGUKAN? YANG SAYA MAKSUDKAN DI SINI ADALAH DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM DARI PKR. MALAH TUAN LANTIK BELIAU SEBAGAI KETUA PAKATAN RAKYAT.

4.       MENGAPA DALAM TEMPOH 23 TAHUN PAS MEMERINTAH KELANTAN HANYA SATU MASJID DAPAT DI BINA SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA PIHAK TUAN MEMBINA 2 BERHALA BUDDHA TERBESAR DI NEGARA INI? SEDANGKAN PERKARA PERTAMA BAGINDA RASULLULLAH BUAT SEMASA MEMASUKI KOTA MADINAH IALAH MEMBUAT MASJID.

5.       MENGAPA PIHAK TUAN TIDAK MENJAWAB DAKWAAN AHLI PARTI TUAN SENDIRI, USTAZ SAIDI YANG MENDAKWA TOK GURU NIK AZIZ TIDAK AMBIL TINDAKAN KES TANGKAPAN ZINA ADUN SELISING? MALAHAN TOK GURU BERKATA ALLAH SWT TELAH AMPUNKAN DOSA ADUN SELISING ITU DALAM USAHA BELIAU MENUTUP KES INI DARI DI KETAHUI UMUM.

6.       CAKAP SIAPAKAH YANG PERLU AHLI PARTI IKUT? MURSHIDUL AM MENGATAKAN KAFIR BOLEH GUNA KALIMAH ‘ALLAH’ SEDANGKAN TIMBALAN BELIAU BERKATA ‘GUGUR AKIDAH JIKA BENARKAN KAFIR GUNA KALIMAH ‘ALLAH’.SEHINGGA SEKARANG RAKYAT TIDAK MENDAPAT SEBARANG JAWAPAN.

7.       MENGAPAKAH MURSHIDUL AM PAS SEOLAH OLAH SERONOK APABILA AHLI-AHLI PAS MENGAGUNG – AGUNGKAN BELIAU MELAMPAUI BATAS ALA ALA ‘CULT OF PERSONALITY’?

8.       KENAPAKAH APABILA ADA ORANG MENAJA MURSHIDUL AM PAS MENUNAIKAN HAJI TIDAK DI ANGGAP RASUAH PADAHAL ORANG TERSEBUT ADA KEPENTINGAN PERNIAGAAN?

9.       APAKAH HUKUM JIKA SESEORANG ITU MEMUNGKIRI JANJI-JANJI BELIAU?

9.1  Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am sendiri, juga sepatutnya sedar bahawa negara Islam dan hudud tidak mungkin dilaksanakan di negara ini kerana satu jaminan yang diberikan kepada masyarakat bukan Islam satu ketika dulu.

   Nik Aziz perlu ingat janji yang dibuat semasa berdialog di Persidangan Gereja-Gereja di Malaysia di Petaling Jaya, pada Mei 2000, PAS sudah memberi jaminan kepada semua paderi kanan yang hadir dipersidangan tersebut bahawa PAS tidak akan melaksanakan negara Islam, apatah lagi hudud.

   Sebagai orang Islam, Nik Aziz wajib berpegang kepada janji-janji tersebut atau beliau akan masuk dalam golongan orang munafik dan dilaknat Tuhan. Soal janji itu dibuat depan paderi atau tidak, itu bukan masalah, yang penting janji itu sendiri dan ia mesti dikotakan.

9.2 Pada suatu ketika dulu, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999), Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur.

   Nik Aziz kata lagi, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

    Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.

   Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.

10.   SIAPAKAH TUNJANG DALAM PAKATAN RAKYAT? SEDANGKAN UMUM MENGETAHUI PARTI DAP MEMPUNYAI PALING BANYAK KERUSI DI PARLIMEN?

Cukup 10 soalan-soalan yang perlu pihak tuan perjelaskan buat masa ini. Ada banyak lagi soalan-soalan yang saya perlu tanya kerana ini membabitkan keputusan yang tepat untuk saya, anak-anak saya dan rakyat marhaen umumnya.

Saya mohon ampun dan maaf jika tuntutan-tuntutan saya ini menyinggung perasaan tuan tetapi saya anggap ini adalah soal-soal pokok dan tidak boleh dipandang ringan.

Sekiranya ada silap dan salah dari pihak saya, mohon keampunan di bulan Syawal yang mulia ini.Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, dan Allah SWT jua yang menentukan.

Sekian dan terima kasih.

Sulaiman Bin Abdullah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...