بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Mac 12, 2011

TERAJU anjur Makmal Bumiputera

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan menganjurkan Makmal Bumiputera bermula 21 Mac ini bagi membincangkan penglibatan golongan itu dalam projek-projek kerajaan.
Makmal itu juga bertujuan untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara agar setanding dengan kaum lain.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Husni Salleh berkata, makmal siri pertama tersebut akan membincangkan secara khusus peranan yang boleh dimainkan bumiputera dalam projek permulaan (EPP) yang merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP).
“Kami menyasarkan lebih 150 bumiputera terlibat dalam sembilan daripada 12 sektor yang terdapat dalam Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA).

Jumaat, Mac 11, 2011

Majlis Dialog PERKASA - Nelayan Marang

Majlis berlangsung pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan diadakan didalam suasana yang cukup mesra dan harmoni.  Turut hadir didalam majlis tersebut adalah Pengerusi PERKASA Daerah Marang, Tim. Ketua, Setiausaha, Pengerusi Persatuan Nelayan Daerah Marang dan Ketua Penduduk Kg. Seberang Marang.  Seramai 70 orang nelayan turut hadir didalam majlis yang telah diadakan.

Beberapa perkara serta permasalahan yang menghantui nelayan persisir pantai Daerah Marang telah dibangkitkan dan mendapat perhatian daripada Pengerusi PERKASA Daerah Marang, merangkap Pegawai Pembangunan DUN Daerah Marang.  Kelulusan serta merta telah diluluskan untuk mengubahsuai surau nelayan yang terdapat di Kg. Tanjung Laut, Seberang Marang bagi kegunaan para nelayan untuk beribadah.

Majlis dialog selesai jam lebih kurang 11.00 malam dan para hadirin dihidangkan dengan jamuan makan yang telah disediakan.  Tahniah PERKASA Daerah Marang yang mana telah merapatkan lagi hubungan mesra masyarakat nelayan yang selama ini agak ketinggalan dari segala kemudahan-kemudahan yang diperolehi oleh para nelayan ditempat-tempat lain, seperti di Chendering dan juga Kuala Terengganu.

Khamis, Mac 10, 2011

Interlok: DAP kemuka usul tergempar di Parlimen minggu depan

KUALA LUMPUR, 9 Mac – DAP akan memfailkan usul tergempar minggu depan bagi meminta Parlimen membincangkan isu kontroversial novel Interlok sambila menggesa agar kerajaan menarik balik teks itu daripada digunakan sebagai sukatan di sekolah.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago memberitahu partinya juga berhasrat untuk bertemu dengan Menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu tersebut.
“Kami mahu merayu kepada beliau sekali lagi agar menarik balik novel itu daripada sistem sekolah,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Melayu nasionalis seperti rakyat Palestin

KUALA LUMPUR, 9 Mac — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyamakan nasib orang Melayu — kaum terbesar negara ini — dengan rakyat Palestin yang kelihatan nasionalis tetapi tidak boleh menolak daripada menyerahkan hak mereka jika ada tawaran harga yang tinggi.
Sejak melepaskan jawatan perdana menteri hampir lapan tahun lalu, Dr Mahathir menyuarakan pandangan-pandangan yang pedas untuk membela kaum Melayu sama ada menerusi komen dan kenyataan menerusi tulisan dan ucapan khususnya selepas pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.
“Zahirnya, orang Melayu kelihatatan lebih nasionalis sehingga dianggap sebagai rasis.

Rabu, Mac 09, 2011

Empat Sasterawan Negara kesal parti Melayu ‘tidak bela’ penulis Interlok

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Empat Sasterawan Negara dalam kenyataan bersama berkata mereka kesal kerana parti-parti politik Melayu tidak memberi sokongan moral sewajarnya kepada rakan mereka Datuk Abdullah Hussain, penulis novel Interlok yang menjadi bahan kontroversi sejak awal tahun ini.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Profesor Dr Tan Sri Muhammad Salleh, Datuk Dr Anwar Ridhwan, Datuk Shahnon Ahmad dan Tan Sri Noordin Hassan.
“Sudah banyak perbincangan dan debat yang telah diadakan tentang buku Interlok. Dalam wacana ini ada yang jernih di samping banyak juga yang keruh pada sungai perbincangannya.

Selasa, Mac 08, 2011

PERKASA sahut cabaran Nazri Aziz

PERKASA menyahut cabaran Nazri Aziz supaya PERKASA bertanding di PRU13 akan datang. PERKASA akan meletak calun di mana saja ada calun dari mana-mana parti yang dilihat menolak agenda Melayu dan Bumiputera.
PERKASA juga tidak teragak-agak meletak calun bebas di Padang Rengas nanti. Bagaimanapun PERKASA merasakan PRU13 nanti tidak perlu calun bebas tajaan PERKASA di Padang Rengga nanti kerana Nazri bukan lagi calun BN di situ, Menurut Setiausaha Agung PERKASA Sdr Syed Hassan Syed Ali
PERKASA akan pastikan Nazri bukan lagi calun BN di situ. Jika beliau masih lagi bertanding PERKASA akan letak calun. Biar tidak menang di situ kerana PERKASA hanya perlukan Nazri tidak akan menang sahaja.

Isnin, Mac 07, 2011

Sumpah Ahli PKR !!!!

PKR pasca 2008, tak sama dengan PKR pra-2008. PKR sebelum menang, tak sama dengan PKR selepas menang.
Sebelum menang, macam-macam janji. Macam-macam harapan yang ditaburkan. Selepas menang, janji entah kemana, harapan entah kemana.
Aku dah baca banyak komen. Aku dah dengar banyak alasan. Aku dah tengok banyak contoh. Dan aku dah rasa banyak pengalaman.
Cukup lah sampai disini. Aku tak mau lagi bersubahat dengan mereka yang mungkir janji. Sebab mungkir janji itu adalah sifat munafik.
Aku tak mau dengar alasan lagi. Sebab alasan hanyalah helah untuk menutup kelemahan.
Aku tak mau kutuk lagi, sebab itu bukan contoh yang baik.
Dengan itu…aku mengambil sikap untuk berundur dari PKR. Aku bukan keluar PKR, sebab aku masih lagi memegang prinsip yang diperjuangkan. Tetapi aku tak sanggup lagi berada dalam PKR yang ada hari ini kerana ianya tidak lagi memegang prinsip yang diperjuangkan.
Maka dengan ini, aku mengisytiharkan, bahawa aku bukan lagi ahli PKR, bukan lagi penyokong PKR dan tidak ada kena mengena dengan PKR. Tetapi bukan bermakna aku memusuhi semua kerabat PKR. Masih ramai mereka yang didalam PKR yang aku hormati. Tetapi oleh kerana ianya dipimpin oleh mereka yang tidak lagi aku hormati, maka aku tidak lagi mahu bersubahat dengan mereka.
Selamat jalan PKR.

Ahad, Mac 06, 2011

LOKMAN NOR ADAM MEMBONGKAR KEBURUKAN ANWAR DAN PAKATAN PEROSAK RAKYAT


Seorang pemimpin yang memang tak pernah malu, tak pernah ada perasaan malu dan tidak akan tahu malu diatas semua tindakan dan rancangan beliau untuk menghancurkan keamanan diMalaysia. 

Sememangnya Anwar ni memang tak tahu malu apabila kegiatan belakangnya diketahui semua rakyat, tetapi ada juga segelintir rakyat yang dah tahu sumbang haram Anwar lakukan malah masih bersekongkol dengannya, untuk mendapatkan peruntukan dan habuan yang dijanjikan hantu raya ni jika dapat memerintah negara.

Kita dengarkan pembongkaran Lokman Nor yang dahulu pernah menyanjung dan menjadi orang kuat Anwar dalam gerakan pemuda Reformasinya terdahulu, malah beliau sendiri pun sudah sedar dan akur akan kesilapannya kerana menyokong si Anwar Al- Juburi ni.

Mari kita dengarkan keluhan Lokman Nor....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...