بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Oktober 27, 2012

HOT NEWS !!! OSTAD BADROL MEMBAWA FAHAMAN KRISTIAN ??? APA CERITA NI ???


Apa nak jadi dengan Si Ostad sorang ni.Sudah la dia kantoi berkhalwat dengan isteri orang,Sekarang nak bawak budaya Kristian pulak.anda lihat sendiri gambar kat atas.dah tak de cara yang lebih Islamik ke untuk dia bawak sehingga terpaksa ikut apa yang dibuat oleh golongan Nasrani ni ??? Sepatutnya,orang Islam yang jadi contoh dan ikutan kepada orang lain.Bukannya kita pulak dok terhegeh - hegeh ikut cara mereka dan jadikan budaya kita.Tapi apa nak hairan.Dalam PKR ni memang mereka mengamalkan dasar terbuka.Mungkin disebabkan itula Ostad ni pun buat benda yang sama sampaikan isteri orang pun dia sapu jugak !!! meh saya bagi sikit ajaran di atas 

Umat Islam Diajak Perkukuh Perpaduan Ummah


KUALA LUMPUR, 25 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis mengajak umat Islam di negara ini untuk memperbaharui azam dan memperteguh tekad bagi membina dan memperkukuh perpaduan ummah yang sejati sempena Aidiladha.
Dalam perutusannya, Muhyiddin berkata Aidiladha memberi erti bahawa perpaduan ummah yang berasaskan kesatuan tauhid dan persaudaraan dalam Islam tanpa mengira perbezaan bangsa dan warna kulit adalah sesuatu yang amat dituntut agama.
“Janganlah kita mengabaikan soal perpaduan ummah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam dalam menempuhi segala cabaran yang mendatang,” katanya.

Jumaat, Oktober 26, 2012

Nik Aziz Perlu Tanggungjawab, Bukan Lepaskan Kerja Pada Orang Lain - Ibrahim Ali


KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, seseorang yang mahu menjadi Menteri Besar seharusnya bertanggungjawab dan bukan hanya melepaskan kerja kepada orang lain.
Beliau berkata, sama ada menteri besar, ketua menteri mahupun perdana menteri, mereka perlu melaksanakan tugas mereka sebagai ketua.
"Mereka kena tahu apa yang sedang berlaku. Kalau tidak, mereka ini boleh menyalahgunakan kedudukan. Bila kerja-kerja berat itu orang lain yang buat, ini bermakna dia tidak terlibat," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa PAS Kelantan tetap mahu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar walaupun beliau tidak dapat melakukan kerja berat ekoran masalah kesihatan.

Pilih BN negara aman


Pengundi di negeri ini diingatkan supaya memilih calon-calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 bagi memastikan BN terus memerintah, demi keamanan dan kesejahteraan negara.

Pengarah Unit Komunikasi Negeri (Ukom), Haji Shamsudin Sulong, berkata hanya BN yang mampu menjaga keamanan negara dan kestabilan politik, berdasarkan sejarah pentanbirannya sejak dulu hingga kini.

Beliau berkata, pengundi di negeri ini perlu mengambil iktibar daripada kehancuran negara-negara lain seperti Syiria, Lubnan, Iraq, Palestin, Afganistan dan beberapa lagi negara Arab yang lain akibat politik yang tidak stabil dan perangan sesama sendiri.

Khamis, Oktober 25, 2012

Bukan Kit Siang Tentukan Malaysia Sekular Atau Tidak


RAMAI orang yang penulis temui berasa pelik, apa yang Penasihat tua kutuk DAP, Lim Kit Siang dan culai-culainya sibukkan dengan status negara ini sama ada negara Islam atau tidak?

Siapa pulak yang beri kuasa kepada dia untuk persoalkan negara ini Islam atau sekular?  Macam dah melampau saja cina nyanyuk.  Eh dia lupakah, kalau tak sebab prinsip Jus Soli yang diberi British dulu, Kit Siang masih lagi rakyat tanah besar China, Hongkong, Macau atau mana-manalah.

Macam itu punya asal usul keturunan pun masih ada hati nak persoal Malaysia ini negara Islam atau tidak?

Persoalan itu tidak sepatutnya wujud kerana perlembagaan negara sudah menetapkan Islam sebagai agama rasmi.

Rabu, Oktober 24, 2012

Dulu Tak Boleh Selam, Sekarang Bicara Di Perancis – Pembangkang Pakar Tipu


KUALA LUMPUR 22 Okt – Sudah menjadi resam kepada pembangkang untuk memberi maklumat tidak benar serta mengelirukan rakyat dan memperbesar-besarkan sesuatu isu berkenaana yang dianggap boleh memberi kelebihan kepada mereka.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata tindakan pembangkang itu bukan perkara baru dalam politik tanah air, sejak dahulu mereka sering membuat isu yang mengelirukan dengan niat untuk menimbulkan persepsi negatif kepada rakyat termasuk isu lama yang dibangkitkan semula membabitkan pembelian kapal selam Scorpene.

“Sudah menjadi tabiat pembangkang, apa sahaja yang kita lakukan untuk kebaikan rakyat dan negara tidak pernah diterima oleh mereka, malah isu membabitkan keselamatan mereka turut dipolitikkan dengan memberi maklumat  mengelirukan rakyat.

Selasa, Oktober 23, 2012

Melayu Sudah Muak Dengan DAP – Najib


KUALA LUMPUR, 21 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata orang Melayu sudah muak dengan DAP, mencabar parti pembangkang itu yang mendakwa sebagai parti pelbagai kaum untuk bertanding di kawasan Melayu.
“Jika DAP sebuah parti pelbagai kaum, saya cabar mereka bertanding di kawasan Melayu. Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP…semuanya karut,” katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-59 di sini hari ini.
Antara yang hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, dua Naib Presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Isnin, Oktober 22, 2012

Ahli Perkasa Sokong Calon BN - Ibrahim Ali


SHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali memberi jaminan bahawa beliau akan memastikan anggota pertubuhan itu menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Beliau berkata walaupun Perkasa merupakan pertubuhan bebas tetapi pihaknya melihat hanya BN sahaja yang mampu mengekalkan keamanan dan keselamatan di negara ini.

Dr Mahathir kata masa dah sesuai panggil PRU


Sebagai bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun, pandangan dan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai bila sesuai pilihanraya diadakan selalu curi tumpuan berbagai pihak.

Ketika ditemui pemberita Ahad, kata Dr Mahathir, pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sesuai diadakan bila-bila masa sahaja, termasuk pada tahun ini namun terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih tempoh yang sesuai.

Katanya, sama ada diadakan hujung tahun ini atau awal tahun depan iaitu sebelum mandat lima tahun Barisan Nasional (BN) tamat, bila-bila masa dari sekarang juga merupakan masa yang baik untuk mengadakan pilihan raya.

Ahad, Oktober 21, 2012

Akhirnya Nik Aziz Buka Tembelang Pas Sendiri Perjuangan Hudud, Negara Islam Hanya Retorik Palsu


KOTA BHARU 15 Okt – Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang  menegaskan parti itu akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13Pas hari ini adalah bukti bahawa Pas bukanlah parti yang sebenarnya ikhlas memperjuangkan Islam.

Justeru Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof menyifatakan perjuangan Hudud dan Negara Islam serta apa jua yang disebut serta didendangkan dalam siri ceramah mereka hanyalah perjuangan kosmetik semata-mata kerana matlamat mereka hanyalah untuk kuasa sehingga sanggup untuk terus bekerjasama dengan DAP walaupun parti itu jelas menentang hudud dan Negara Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...