بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Oktober 20, 2012

Mursyidul Am TIBAI minta Nik Aziz jangan berundur



DEMI PERPADUAN UMAT ISLAM NIK AZIZ PATUT DAH LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip secara sinis meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mempedulikan gesaan beberapa pihak termasuk ahli peringkat akar umbi Pas supaya beliau berundur daripada jawatan Mursyidul Am parti itu.

Menurut Muhammad Zahid, ini kerana Nik Aziz mempunyai lima kriteria istimewa yang tidak ada pada pemimpin Pas lain bagi mengetuai parti tersebut.

Jumaat, Oktober 19, 2012

Orang Melayu Diminta Bersatu Hadapi Golongan Cauvinis


KUALA NERANG, 13 Okt (Bernama) -- Golongan cauvinis di negara ini tidak akan berhenti memecahbelahkan orang Melayu bagi melemahkan mereka dalam usaha golongan tersebut menguasai negara ini, kata Ketua Umno bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau yang merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkata oleh itu orang Melayu tidak boleh membuat percaturan salah pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita kena sedar ada sekelompok manusia cauvinis yang terang-terang berusaha memecahbelahkan orang Melayu. Mereka mahu menguasai negara ini. Sebarang kesilapan akan membawa padah dan bangsa Melayu akan kehilangan kuasa.

Khamis, Oktober 18, 2012

Sampai Bila Ulama “Agama” PAS Akan Terus Bisu?


harun din
Sejak berkawan dengan “syaitan-syaitan”, ramai yang melihat dan bersetuju untuk menyimpulkan bahawa PAS kini tidak seperti dulu dan ulama-ulamanya yang dulunya begitu vokal memperkatakan tentang dasar Islam, kini menikus bacul bagai “tidak bertelur”.

Sejak awal tahun 2008 lagi, ketika PAS mula bergabung dengan DAP dan PKR yang berjaya memesongkan PAS untuk menjadi sebuah parti yang lebih liberal, parti yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Fuad itu semakin hilang identitinya.

Paling menghairankan, kemanakah perginya golongan ulama di dalam PAS dan apakah mereka juga bersetuju melihat dasar-dasar perjuangan asal parti itu yang memperjuangkan kepentingan Islam dirosakkan begitu saja oleh “syaitan-syaitan” yang menjadi rakan karib Nik Aziz itu?

Rabu, Oktober 17, 2012

MESYUARAT AJK PERKASA NEGERI TERENGGANU


Kuala Terengganu - Mesyuarat AJK Negeri Terengganu kali ke 8 telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu pada hari ini 16/10/2012 jam 3.30 petang. Mesyuarat yang diadakan adalah bertujuan untuk memperkemaskan tindakan-tindakan yang akan diambil bagi melaksanakan serta menjayakan Mesyuarat Agung Peringkat Negeri Terengganu.

Menurut YDP Tuan Haji Ismail Saamah, Mesyuarat Agung PERKASA peringkat Negeri Terengganu akan diadakan pada 03hb. November, 2012 jam 10.00 pagi di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Terengganu.

Selasa, Oktober 16, 2012

Mahfuz Kata Pengaruh Tun M Beri Kesan Buruk Pada UMNO/BN



Saya tidak tahu lagi bagaimana untuk menyifatkan otak yang dimiliki oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang jelas suka bercakap tapi dia sendiri tidak tahu tentang apa yang dia cakapkan kepada khalayak masyarakat Malaysia.

Memang saya kasihan dengan puak-puak PAS yang ditakdirkan untuk memiliki seorang Naib Presiden sebodoh itu, namun apakan daya, dia menang jawatan itu pada Muktamar yang lepas dan tidak habis-habis memalukan PAS siang dan malam.

Isnin, Oktober 15, 2012

Bila ‘Khalifah Umar’ Versi PAS Yamseeng!!!!


guaneng1
PADA Mac 2009, setahun selepas Pakatan haram berkuasa di Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng keluar kenyataan yang dia mahu mencontohi Khalifah Umar Al-Khattab, semua media dan balaci/macai PAS begitu menyambut tinggi kenyataannya tersebut.

Kenyataan itu disulam selikan dengan pembohongan yang konon PAS telah berjaya mentarbiah DAP, disebalik dakwaan DAP lah yang sebenarnya telah mentarbiah dan mendakwahkan PAS.

Walaupun banyak bukti selepas itu menunjukkan tidak ada satu pun ciri-ciri pemerintahan dan keperibadian Guan Eng ini yang menyerupai sifat Khalifah Umar, itu tidak menghalang macai yang bodoh-bodoh ini menyanjung cina Melaka yang terbuang ke Pulau Pinang itu sebagai seorang yang hebat.

Ahad, Oktober 14, 2012

Kristian jadi agama rasmi dan Perdana Menteri dari orang Kristian

zul-nasha
Pendedahan Nasharudin...Zulkifli Nordin tunjuk bukti dalam Dewan Rakyat.


Sidang Dewan Rakyat panas seketika petang Khamis bila Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Datuk Zulkifli Nordin tunjuk bukti untuk backing pendedahan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mengenai majlis doa anjuran DAP selepas pilihanraya negeri Sarawak.

Pada perbahasan Bajet 2013 itu beliau tunjuk gambar majlis berkenaan yang dakwanya dimana ada doa dibuat agar Kristian jadi agama rasmi dan Perdana Menteri dari orang Kristian.

 Suasana dalam dewan jadi panas bila sebilangan Ahli Parlimen  pembangkang cuba ganggu perbahasannya tetapi Zulkifli bertegas  meneruskan hujah  bagi menyanggah pemimpin DAP yang menafikan apa  didedahkan Nasharudin dalam seminar di Dewan Merdeka, PWTC, pada  Selasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...