بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, September 22, 2012

Kebebasan bersuara alasan provokasi hina Islam


Generasi era Perang Dingin mungkin lebih memahami dan tidak hairan dengan pelbagai provokasi yang dilakukan terhadap umat Islam pada era moden ini.

Mereka sudah mengalaminya ketika masyarakat dunia terbahagi kepada penyokong blok Soviet Union, mereka yang bersekutu dengan negara Barat dan blok negara berkecuali. Pada masa itu, Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya gerun dengan kelibat Soviet dan pengaruh komunis. Di mana ada kepentingan Soviet, pasti ada pemantauan pihak Barat. 
Apa tidaknya, medan perang Vietnam menjadi pengajaran kepada tentera AS mengenai semangat musuh mereka yang memegang ideologi komunis.

Sedikit sebanyak industri filem Hollywood membantu mengekalkan ketakutan kepada rejim komunis. Tentu kita masih ingat filem James Bond 007 lakonan Sean Connery dan Roger Moore melawan musuh yang bersekutu dengan Soviet.

Jumaat, September 21, 2012

Najib mahu orang ramai sokong demo Pemuda Umno


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Khoo Ham memang KURANG AJAR
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru orang ramai agar menyokong usaha Pemuda Umno yang akan mengadakan perhimpunan aman hari ini bagi mengecam filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Menurutnya, filem dan karikatur terbaru membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.
“Kita mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan dan penyiaran filem yang bersifat anti-Islam, Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina  Nabi Muhammad oleh sebuah majalah Perancis, yang telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, semalam.

Mesyuarat AJK Pribumi Perkasa Terengganu kali ke 8 2012



Kuala Terengganu 20/09/2012 - Mesyuarat AJK Pertubuhan Pribumi Perkasa Negeri Terengganu kali ke 8 tahun 2012 telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu bermula jam 3.30 petang.

Tuan Yang DiPertua Perkasa Terengganu, Tuan Haji Ismail bin Saamah menjelaskan bahawa Perkasa Negeri Terengganu perlu diperkemaskan lagi dari masa kesemasa terutama menambahkan bilangan keahlian disetiap daerah bagi memantapkan lagi kekuatan Perkasa, agar aktiviti-aktiviti sebagai sebuah badan NGO yang berteraskan Agama, Bangsa dan Kedaulatan Raja-Raja dapat digerakan dimasa-masa yang akan datang.

Rabu, September 19, 2012

Ngeh Koo Ham cuba bermain api ???


Ngeh Koo Ham
Koo Ham ketika dihubungi Sinar Harian berkata, kenyataan yang turut dipaparkan di Facebook itu tidak menjurus kepada penghinaan terhadap perjuangan umat Islam di negara ini yang menentang penyebaran filem Innocence of Muslims.


Sebaliknya menurut beliau, ia hanya sebuah mesej yang mahu orang ramai berfikir sama ada masa dan tenaga yang digunakan untuk bantahan berkenaan memadai atau tidak.

“Secara jujurnya saya sendiri mengecam keras penyebaran video ini, cuma apa yang saya mahu nyatakan, adakah reaksi dan bantahan yang ditunjukkan di seluruh dunia suatu reaksi yang seimbang bagi menentang seorang lelaki.

Selasa, September 18, 2012

"Perang baru" terhadap Islam - Nasrallah


nasrallah
Pemimpin Hezbollah mahu protes baru diadakan secara berterusan sambil menyifatkan filem Innocense of Muslims "perang baru" ke atas Islam.

Bercakap kepada televisyen Hezbollah, al-Manar malam tadi, Hassan Nasrallah berkata, sedutan filem itu yang boleh diakses atas talian mencerminkan satu bentuk "perang" ke atas Islam dan Nabi Muhammad.

"Kita perlu menekankan kesedaran di kalangan Muslim dan Kristian bahawa tidak harus ada persengketaan di mana-mana negara atau di mana-mana tempat di dunia," kata Hassan.

Katanya, mereka yang mengeluarkan filem dan pihak yang menyokong mereka harus bertanggungjawab dan "dibawa ke muka pengadilan, dan dihukum dan dipulau."

Isnin, September 17, 2012

Pelakon filem 'Innocence of Muslims' ditipu


16 Sep – Filem "Innocence of Muslims" atau nama asalnya "Desert Warriors" yang bersifat anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad bukan sahaja mencetuskan kemarahan rakyat negara Islam seperti Libya dan Mesir, sehingga menyebabkan kematian Chris Stevens, seorang Duta Amerika di Libya. Malah, para pelakon filem tersebut baru-baru ini menyatakan mereka berasa tertipu apabila dialog mereka diubah selepas penggambaran dibuat.
Salah seorang pelakon bernama Cindy Lee Garcia menyatakan hasratnya untuk menyaman pembikin filem tersebut. Cubaan beliau untuk menghubungi pengarah dan penulis filem yang sedang bersembunyi ternyata tidak berjaya.

Ahad, September 16, 2012

Malaysia sekat penyiaran filem hina Nabi Muhammad SAW


Tindakan yang begitu lambat, menyebabkan filem tersebut masih boleh ditonton melalui Youtube dan KLIK DISINI

Malaysia akan menyekat penyiaran filem "Innocence of Muslims" yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana menghina Nabi Muhammad SAW berikutan motif filem tersebut jelas menghina agama Islam.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, negara Islam lain seperti Indonesia dan Asia Barat telah melakukan tindakan menyekat penyiaran filem tersebut dan Malaysia akan mengikut jejak yang sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...