بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, September 15, 2012

Pilihan raya negeri berasingan tidak patut berlaku - SPR


spr513
Cadangan kerajaan negeri di bawah pimpinan parti pembangkang mengadakan pilihan raya negeri berasingan daripada pilihan raya umum bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi malah akan menjejaskan perjalanan kelas dan mengganggu tugas guru.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata ini berikutan lebih 80 peratus tenaga kerja yang digunakan untuk memastikan kelancaran pengundian adalah terdiri daripada guru sekolah.

Selain itu, SPR juga terpaksa menggunakan semula sekolah untuk dijadikan pusat mengundi yang akan menganggu perjalanan kelas di sekolah tersebut.

Jumaat, September 14, 2012

Pendidikan Berkualiti Prasyarat Lahir Modal Insan Berpengetahuan



SHAH ALAM, 12 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa pendidikan berkualiti dan berkemampuan merupakan prasyarat penting melahirkan modal insan berpengetahuan dan berpekerti mulia.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing, suatu landasan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia perlu disediakan.

"Tidak kira jurusan apa sekalipun yang diikuti pelajar, yang pentingnya modal insan yang kita menjana akan menjadi pewaris kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara," katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Tahun ke-20 Sekolah Kiblah dan majlis makan malam amal di sini, malam Rabu.

Khamis, September 13, 2012

SUARAM Jemput ‘Penjajah’ Baru Campur Tangan Politik Malaysia

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendedahan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menerima dana asing daripada penyangak matawang Yahudi, George Soros membuktikan wujud tangan-tangan ghaib ‘penjajah’ bentuk baru untuk campur tangan dalam politik Malaysia.
Anuar Shaari menegaskan SUARAM telah bersekongkol dengan pihak asing dengan menjemput ‘penjajah’ bentuk baru itu.
“Ini membuktikan wujud tangan-tangan ghaib yang cuba menjemput ‘penjajah bentuk baru dengan memberi sokongan moral kepada SUARAM agar hasrat bersama mereka itu dapat direalisasikan,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Selasa, September 11, 2012

NIK AZIZ TIDAK PUAS HATI ATAS KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMA


Para pemimpin Pas Pusat enggan menyatakan pendirian peribadi mereka berhubung kemelut dihadapi bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu itu langsung tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pas Pusat hari ini.

''Kita sudah serah kepada Majlis Syura Ulama, jadi tanya merekalah. Saya sendiri tiada pandangan peribadi berhubung isu ini," katanya kepada pemberita pada majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Pas Pusat di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.

Isnin, September 10, 2012

Tolak enam jenis politik amalan pembangkang


Orang ramai dan para pengundi diminta menolak enam jenis politik yang diamalkan pembangkang iaitu politik biadab, politik bebas, politik fitnah, politik menghukum, politik perpecahan dan politik ganas, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

"Di Malaysia ini kita lihat politik telah bertukar menjadi politik biadab apabila peristiwa memijak gambar pemimpin, peristiwa menukar Jalur Gemilang.

"Kemudian ada politik bebas yang menyokong kegiatan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang bertentangan dengan ajaran agama Islam; politik memfitnah yang menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor difitnah macam-macam," katanya.

Ahad, September 09, 2012

Perkasa beri tempoh 7 hari Mahfuz mohon maaf


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Kota Setar memberi tempoh selama tujuh hari kepada Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan tiga akhbar termasuk Harakah dan Suara Keadilan untuk meminta maaf dan menarik balik tuduhan membaling kasut dalam sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena itu dan tiga akhbar berkenaan jika mereka enggan berbuat demikian.

Tambah beliau, dakwaan itu tidak berasas sama sekali memandangkan pihaknya mempunyai bukti kukuh berdasarkan rakaman video yang menunjukkan bahawa tuduhan membaling kasut itu tidak berlaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...