بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Januari 01, 2011

Perutusan Tahun Baru 2011 Presiden PERKASA

Saya pertamatamanya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di mana sahaja tuantuan dan puanpuan berada. Semoga kita semua melangkah ke tahun yang baru ini dengan penuh azam dan semangat yang berkobarkobar serta bersedia untuk menunaikan segala amanah dan tanggungjawab yang telah diletakkan di atas bahu kita bersama.
Pada hari permulaan tahun baru ini juga, marilah kita bersama–sama mengucapkan dan memanjatkan rasa kesyukuran kita kerana dengan berkat limpah kurnia izin dan makbul Allah SWT, kita dapat menyambut kehadiran tahun baru dengan suasana yang aman, sejahtera, bebas dari sebarang malapetaka, bencanabencana besar dan kekacauan.
Terasa bahawa tahun 2010 berlalu dengan begitu pantas. Mungkin kerana di sepanjang tahun 2010 terlalu banyak tugas yang perlu dilaksanakan, terlalu banyak peristiwa atau terlalu banyak perkara baru yang berlaku,
Alhamdulillah, hanya selepas 2 tahun PERKASA dilancarkan ianya sudah menunjukkan perkembangan yang baik. Dari segi prestasi membela dan mampertahankan Hak Orang Melayu dan Pribumi, Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat.
Bagi saya pencapaian kita setakat hari ini adalah cukup menakjub dan membanggakan. Bukan mudah untuk menterjemahkan satu pelan induk ke dalam bentuk pelaksanaan dalam masa yang singkat, iaitu kurang daripada dua tahun, lebih lebih lagi jika kita mengambil kira saiz pertubuhan kita ini. Kepada semua ahli jawatankuasa di peringkat Pusat, di peringkat negeri dan daerah, Tahniah saya ucapkan
Biarpun tahun 2010 begitu padat, begitu mencabar dan memenatkan, namun saya yakin bagi setiap warga PERKASA, segala pengalaman yang ditempuhi ini benarbenar
memberikan kepuasan, lebih lebih lagi apabila ia disulami dengan berita berita gembira dan pencapaian yang membanggakan.

Saya juga merasa amat gembira bila mana didalam kita bertindak sebagai pendesak kepada kerajaan dalam masa yang sama kita juga menjaga keamanan dan keharmonian negara, Kita buktikan bahawa PERKASA bukan terdiri dari golongan yang suka merusuh di tepi tepi jalan, membakar bendera, mempersendakan lagu Negaraku,membuat kekacauan serta meniupkan api perkauman dan permusuhan.
Kita mesti perkuat iltizam, semangat dan jati diri untuk terus memperkasakan Islam, Melayu dan Tanah Melayu Malaysia, Melayu Tak Hilang didunia saperti kata Laksamana Hang Tuah tetapi Melayu boleh hilang dunia ( Singapura @ Pulau Pinang).
Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata
Hidup Melayu!.. Hidup Melayu!.. Hidup Melayu!..
Sekian, terima kasih.
Dato Ibrahim Ali
PRESIDEN PERKASA.
MP Pasir Mas

Perutusan Tahun Baru 2011 Tim.Presiden PERKASA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualiikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Kepada semua Ahli PERKASA dimana jua Saudara/i berada. Semoga senantiasa didalam perlindungan Allah S.W.T.
Pertamanya, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, maka kita dapat bersama-sama menyambut kehadiran tahun baru 2011, semoga kehadiran tahun baru ini dapat memperbaharui iltizam, memperteguhkan tekad dan menyuntik semangat baru yang lebih kental bagi melaksanakan tanggungjawab mulia didalam mempertahankan hak kita sebagai Bangsa Melayu dan Pribumi .
Iringilah sambutan tahun baru dengan semangat baru, Sebagai Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Pengurusan dan Keahlian PERKASA saya menyeru kepada semua orang Melayu dan Pribumi, marilah kita sama-sama menjadi ahli PERKASA agar Pertubuhan Pribumi PERKASA akan menjadi lebih kukuh, dinamik dan bermanafaat untuk semua. Kebersamaan ahli dan kekukuhan barisan saf kepimpinan akan menjadikan PERKASA lebih disegani didalam menyuarakan hak dan kepentingan bangsa Melayu dan Pribumi.
Dikesempatan perutusan tahun baru 2011 ini, saya menyeru kepada seluruh orang Melayu dan Pribumi agar menghayati nilai-nilai murni peninggalan nenek moyang kita, seperti jujur dan amanah, Jujurlah kita didalam mempertahankan hak kita serta amanah didalam menjalankan tanggungjawab menjaga hak hak kita orang Melayu dan Pribumi yang di tinggalkan oleh nenek moyang kita.
Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua saf saf kepimpinan tertinggi PERKASA, termasuk semua ahli jawatankuasa Negeri dan Daerah yang berada di seluruh pelusuk negara yang telah berusaha dengan gigih untuk menjayakan pelbagai program pada tahun 2010. Bagi tahun baru 2011 ini, saya berharap agar usaha untuk melonjakkan kecemerlangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia akan dilipatgandakan lagi agar kita dapat menyediakan wadah dan ladasan perjuangan didalam menjaga hak kita sebagai orang Melayu dan Pribumi di negara Malaysia tercinta pada hari ini dan masa depan.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Semoga usaha kita akan diberkati Allah SWT dan segala perancangan kita dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Wabillahi taufiq wal hidayah wassalam’mu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Sekian Terima kasih.
Dato Abdul Rahman Bakar
Tim. Presiden / YDP Negeri Johor
Pengerusi Pengurusan dan Keahlian
PERKASA

Tanpa raja, siapalah Melayu

AHAD dan Isnin lalu, saya sekali lagi melalui pengalaman yang amat mendalam sebagai orang Melayu. Berada di istana raja Melayu yang penuh dengan adat istiadat. Adat istiadat Melayu yang begitu teliti dan tertib. Adat yang perlu dihormati oleh semua rakyat Malaysia, termasuk orang Cina, India mahupun sesiapa sekali pun.

Ia adalah pengalaman yang cukup teruja. Pengalaman yang memberi kesedaran mengenai kebesaran, ketaatsetiaan kita, rakyat Tanah Melayu ini, kepada raja-raja Melayu yang dikasihi.

Selain menyerah diri kepada Allah SWT yang tiada taranya, tiada yang lain untuk kita serahkan untung nasib bangsa kecualilah kepada raja-raja kita.
Raja Melayu ialah ketua agama Islam - agama yang majoriti daripada kita menyerah diri. Urusan adat istiadat Melayu dipegang erat oleh institusi diraja. Ia adalah amanah turun temurun ratusan tahun bermula daripada kesultanan Melayu Melaka kira-kira 500 tahun lalu.

Perkasa, Ibrahim Ali, PRU 13: Satu mitos

ARKIB : 25/08/2010 - Oleh Zaini Hassan




SAHABAT blogger saya, Rocky‘s Bru menulis dalam entri terbarunya mengenai kemungkinan kemunculan kuasa ketiga dalam PRU ke-13, yang bakal berlaku sekitar setahun setengah ke dua tahun lagi.

Kuasa itu ialah Parti Peribumi Perkasa Negara atau istilah yang sering kita dengar sekarang iaitu Perkasa. Persoalannya, benarkah Perkasa akan menjadi sebuah parti politik?

Apakah benar-benar ia akan menjadi satu kuasa - selepas kuasa BN, kuasa pakatan pembangkang dan Perkasa? Siapakah yang akan memimpinnya kelak? Ibrahim Alikah?

Namun, seperti kata Rocky kita tidak boleh menolak kemungkinan itu. Dengan keahlian seramai 200,000 sekarang -- ia besar, gedebe (bahasa orang Kelantan bererti ganas) dan bagi sesetengah pihak, ia jahat.

Orang Cina amat membenci Perkasa ini. Pemuda UMNO, melalui ketuanya pun dikatakan membencinya. Hakikatnya, orang Melayu, terutamanya yang tidak meminati UMNO, Pas dan PKR, sekarang sedikit demi sedikit menyertai dan menyokong pertubuhan itu.

Jumaat, Disember 31, 2010

HARAPAN UNTUK TAHUN 2011

AKHBAR Sinchew Jitpoh terbitan 28 Disember 2010 menerusi penulisan Timbalan Editornya, Lim Sue Guan dalam ruangan Opinion Corner di muka surat 32 memaparkan artikel mengenai harapan rakyat untuk tahun 2011.

Artikel itu meminta pembaca memberi jawapan kepada soalan-soalan IQ ini. Pada 2010 banyak berlaku perkara-perkara tertentu. Mungkin anda cuba cari jawapannya, mungkin jawapan yang diberi itu secara kebetulan ataupun berpunca daripada kesilapan manusia sendiri.

Sebenarnya, jawapan yang kita peroleh setiap tahun berulang kali sama sahaja. Dari awal tahun sehingga ke akhir tahun, semuanya berkisar seperti umpama pepatah Cina ‘ambil alasan cuma cabut gigi yang sudah reput sahaja’. Contohnya, isu kemalangan bas ekspres yang mengerikan berlaku sebanyak dua kali dalam tahun ini iaitu pada 10 Oktober di Lebuh raya Utara-Selatan yang meragut 12 nyawa dan mencederakan 45 orang. 

HAPUSKAN SIKAP NAPOLEON KECIL

BERITA yang dipetik dari muka surat C8, Nanyang Siangpao bertarikh 27 Disember 2010 ini menyentuh mengenai kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.  Menurutnya, pihak kerajaan sepatutnya beri peruntukan kepada rumah ibadah bukan Islam dan pada masa yang sama hapuskan sikap pegawai-pegawai kerajaan yang bertindak seperti Napoleon Kecil, supaya dapat mencegah pegawai-pegawai kerajaan menyeleweng kuasa, menyebabkan permohonan rumah-rumah ibadah bukan Islam menempuh pelbagai rintangan.

“MCA negeri Johor sedang mengumpul maklumat tentang pemohon-pemohon rumah ibadah yang mengalami pelbagai rintangan semasa memohon, salah satunya ialah permohonan gereja di Kluang dan Johor Baharu. Kita akan berjumpa dengan Menteri Besar Johor untuk mencari penyelesaiannya. Tetapi dalam jangka masa panjang kita harap kakitangan awam boleh bersikap adil kepada semua agama,” katanya.

Khamis, Disember 30, 2010

MB SELANGOR CUBA MENGAMBIL ALIH KUASA SULTAN

Regim Khalid Ibrahim Menteri Besar (MB) Selangor terus cuba mempolitikkan segala-galanya dalam menguruskan pentadbiran di negeri Selangor. Awal bulan ini kita menyaksikan bagaimana air dipolitikkan sehingga MB menyalahgunakan RM 265,000 wang rakyat untuk membiayai DEMONTRASI HARAM BAJU MERAH di masjid negara.

Yang terbaru isu perlantikkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pula hendak dipolitikkan oleh politikus pakatan. Apa kuasa MB ? Adakah lantik SUK itu kuasa MB ? Undang-undang mana yang perlu diikut dalam soal perlantikan ini ?

Dalam undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, dengan jelas disebut antara kuasa Sultan adalah untuk memperkenan melantik MB dan Jemaah Exco. Jemaah Exco itu termasuk lah SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang negeri. Ketiga-tiga pegawai kanan Pentadbiran negeri ini merupakan ahli Exco (Ex Officio) kepada Jemaah kabinet negeri yang disebut Exco itu.

Secara specifik juga dinyatakan SUK harus dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan. Suruhanjaya disini bermaksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Walaupun perkataan "awam" tidak ada di sebut, namun ia membawa maksud SPA kerana jawatan SUK itu adalah jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) kanan. Jawatan pegawai PTD kanan ini lahir melalui sistem SPA. Ia juga amalan lazim yang sudah diterima sebagai konvensyen kaedah perlantikan SUK di Selangor yang mewarisi sistem pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

TOK HIM DAKWA PAKATAN CUBA BODOHKAN RAKYAT !!

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menempelak Pakatan yang mengaburi mata rakyat dengan menggunakan janji manis 100 hari sebagai modal terdesak bagi mendapatkan semula sokongan rakyat.

Beliau juga mendakwa Pakatan terlalu angkuh dengan kejayaan merampas Negeri2 BN akan tetapi tidak mengotakan beberapa janji2 manifesto PRU 12. Tok Him mengingatkan kepada rakyat bahawa Anwar ibrahim hanya mengimpikan jawatan Perdana Menteri dan sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menggadaikan perlembagaan Negara demi mencapai cita2 beliau.

PAS katanya kini semakin terdesak untuk mendapatkan kuasa sehingga membiarkan perjuangan parti itu dipinggirkan. PAS juga membiarkan DAP terus menguasai Pakatan dengan menggunakan Anwar sebagai kambing hitam untuk mendapatkan kuasa pada PRU 13.

Perjuangan Pakatan dilihat masih samar dan masih belum beryakinan untuk bekerjasama secara utuh kerana ideologi mereka yang berbeza2. Beliau berkata demikian ketika diminta menjawab tuduhan Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor, Datuk Mohd Amar Abdullah yang menyifatkan kenyataan Tok Him sebagai tersepit dan tidak mengenang jasa PAS.

SELAMAT TAHUN BARU 2011




Warga Pertubuhan Pribumi PERKASA Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011, semuga aktiviti yang telah dirancang demi untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air tercinta dapat diteruskan sehingga ke akhir hayat.  InsyAllah

Pecah Monopoli Orang Melayu

Go to fullsize image
Dalam siri Uncensored yang lepas telah didedahkan beberapa kepincangan dan tindakan berat sebelah regim Khalid menganiaya rakyat jati Selangor. Sudah acap kali memperkatakan kebebalan Exco Khalid (baca Melayu) yang tidak berbuat apa-apa melainkan menyokong membabi buta.

Walaupun dilihat sudah ada isu bola tanggung yang boleh dieksploitasi oleh kepimpinan UMNO Selangor tetapi oleh kerana kegagalan untuk memahami, menjiwai dan bertindak sebagai pembangkang, banyak isu yang berlalu begitu saja dan dipandang sepi oleh UMNO khususnya jentera penerangan yang totally out..! melainkan ber'syukor' saja....Itu antara kelemahan dan kebebalan jentera UMNO Selangor hari ini. Janganlah cuba menafikan.

Pemimpin Perlu Berani Berubah

Kejayaan program ADUN Kuala Nerang mengadakan program Gelombang Merah Berani Berubah pada hari ini 29 Disember 2010 dengan jemputan khas Datuk Mukhriz sebagai tetamu khas sepatutnya membuka mata ketua-ketua Pemuda, Wanita, Bahagian UMNO yang lain. Program yang dihadiri hampir 3000 orang (mengikut kiraan 1Melayu) telah berjaya mengumpulkan pelbagai pihak di Kuala Nerang.

Perkasa, Persatuan Pemandu teksi, Bekas tentera, Pelajar, Rela, MIC, Gerakan, Pegawai Masjid dan lain-lain sepatutnya dijadikan contoh kepada bahagian-bahagian lain untuk program memperkasakan UMNO Kedah demi merampas kembali Kedah dari PR.

Apa yang memusykilkan Kedah Times ialah kemana perginya Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian serta Ketua Pemuda Padang Terap? Ada satu mesej diterima mengatakan yang Ketua Bahagian ada program dengan Tourism Malaysia, Timabalan Ketua Bahagian berada di Perak dan Ketua Pemuda Padang Terap yang juga Ketua Pemuda Negeri berada di Kuala Lumpur. 

Jika tidak dapat hadir kenapa tiada wakil atau sebagainya di majlis sebesar ini? Malahan tidak didengar samada 'kiriman Salam' atau pengumuman kenapa ketidakhadiran dari Ketua-ketua ini.

Apa sudah jadi dengan Padang Terap? Masih tidak berubah atau takut untuk berubah? Jika inilah sikap-sikap  peneraju-peneraju parti di bahagian, UMNO tidak akan ke mana.

Kita menunggu bahagian mana yang BERANI BERUBAH dengan mengadakan program-program yang mengabungkan semua agensi, persatuan dan sebagainya yang bakal memberi impak yang besar kepada pengundi untuk memilih menyayangi UMNO dan seterusnya memenangkan UMNO pada PRU13 nanti.

Seterusnya kita bakal melihat mereka-mereka yang masih ingin berada ditakuk lama berpolitik yang hanya membawa kepada kemenangan perut mereka sahaja ... bukan kemenangan rakyat.

Jiika benar telahan Kedah Times, maka mereka inilah sebahagian dari Warlord-warlod yang kita selalu katakan. 

GEMPAR ! Foto-foto Rumah Orang Melayu Yang Dirobohkan Di Kampung Asam, Pulau Pinang !

Isu panas Kampung Asam, Pulau Pinang semakin merumitkan apabila 8 rumah rakyat Pulau Pinang dirobohkan baru-baru ini. Penulis telah pergi ke sana sebentar tadi untuk melihat sendiri rumah-rumah yang dirobohkan dan juga berkesempatan berjumpa dengan beberapa penduduk di sana.

Di bawah adalah beberapa rumah yang telah dirobohkan :


CILI KASI TARUK! WAHAI UMNO/BN! JANGANLAH TERLAMPAU TENANG DI PRK TENANG YA!

Kita semua tahu yang selepas ini akan ada satu lagi pilihanraya kecil iaitu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.  Ia bagi memilih pengganti Ahli Dewan Undangan Negeri Tenang, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha yang meninggal dunia baru-baru ini.

Secara jujur, saya merasakan sudah tiba masanya Barisan Nasional (BN) menukar beberapa strategi dan pendekatannya dalam pilihanraya kecil seperti ini.  Sebagai contoh projek ‘mi segera’ yang sering dijanjikan menjelang pembuangan undi.

Rabu, Disember 29, 2010

100 Hari pembohongan besar…


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan janji manis pakatan pembangkang untuk melaksanakan perubahan dalam masa 100 hari jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti hanya satu pembohongan besar.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika dikaji secara mendalam, kesemua janji tersebut hanya retorik dan tidak mampu dilaksanakan sekiranya keadaan ekonomi semasa negara diambil kira.
Beliau berkata, ia jelas kerana pemimpin utama pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang ekonomi dan hanya mengharapkan nasihat daripada orang lain.

Pengurusan GLC tak daftar mengundi patut dibuang!

Alangkah sedihnya apabila kita tahu kini terdapat ramainya warga koperat yang menduduki kerusi empok di jabatan Agensi Kerajaan (GLC) tidak mendaftar sebagai pengundi dan sudah pasti tidak pernah mengundi.
Sedang ramai dikalangan kita terutama warga emas terpaksa bersusah payah untuk keluar mengundi dan tenaga kerja BN bekerja keras untuk mempastikan BN berjaya dan membolehkan mereka meeka ini terus memegang jawatan tertinggi didalam Syarikat milik kerajaan, namun mereka ini selesa dibilik berhawa dingin dengan gaji yang lumayan tanpa mempedulikan nasib bangsa yang kebanyakannya Melayu dan melupakan tanggung jawab mereka sebagai rakyat Malaysia.
Alangkah sedihnya apabila kita tahu kini terdapat ramainya warga koperat yang menduduki kerusi empok di jabatan Agensi Kerajaan (GLC) tidak mendaftar sebagai pengundi dan sudah pasti tidak pernah mengundi.

PERKASA mahu QSR, KFC kekal di tangan Bumiputera


KUALA LUMPUR, 28 Dis – Perkasa menggesa sayap pelaburan Johor, JCorp memastikan pegangannya dalam QSR Brands dan KFC Holdings kekal di bawah kawalan Bumiputera.
Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar menamakan Felda dan Tabung Haji sebagai syarikat terbaik untuk mengambil alih aset-aset JCorp sekiranya ia memutuskan untuk meneruskan penjualan pegangannya.
“Perkasa gembira dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi JCorp bahawa QSR Brands dan KFC Holdings tidak akan dijual,” kata Abdul Rahman pada sidang media selepas mesyuarat biro ekonomi Perkasa di sini hari ini.
Semalam, Ghani berkata isu mengenai cadangan untuk melupuskan kepentingan JCorp di dalam kedua-dua syarikat itu tidak timbul sama sekali.

Perkasa _Bukan masa untuk bercakap tapi membuktikan


Dalam komentar yang lalu..serangan saya ialah untuk menyalakan semangat perkasa supaya tidak bersikap hipokrit. Justeru ini masanya bertindak ,mendesak dan mengasak kerajaan demi Melayu dan Agama Islam.
Ya tulisan terdahulu agak kasar kerna itulah lumrah manusia apabila terlalu geram tambahan pula bukti berada didepan mata.. tiada siapa berani menyangkal kerna pengalaman aku 25 tahun didalam bidang pembinaan ,sangat mengenali perangai kontaktor Umno, Penipu Bangsa ini.
Justeru aku mencabar Perkasa untuk :-
1) Menubuhkan JK Khas mengawal kontaraktor Umno(Perkasa) yang suka mengALI-BABIkan projek kepada Cina. Tersangat mudah masuk sahaja ketapak pembinaan. anda akan melihat dipapan iklan terpampang nama syarikat pembinaan Melayu. Masuk kedalam projek 99.99 peratus subkon projek semuanya Cina.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...