بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Februari 18, 2012

PIHAK BERKUASA PERLU MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS KE ATAS PENGKHIANAT INI ????

Henti guna Islam senjata politik, kata Dr Asri


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

KUALA LUMPUR - Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa pemimpin-pemimpin politik supaya berhenti daripada menggunakan agama sebagai “senjata politik” kerana ia dianggap merendahkan martabat Islam sendiri dan mengelirukan orang ramai.

Felo Pusat Pengajian Islam Oxford ini berkata, sesetengah pemimpin politik dilihat semakin mengeksploitasikan agama sebagai satu landasan untuk meraih simpati semata-mata demi kepentingan peribadi.

Jumaat, Februari 17, 2012

Ribuan sokong tuntutan tahanan Palestin



BAITULMAKDIS: Seorang tahanan Palestin yang menjalani mogok lapar selama 60 hari telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung Israel, kelmarin, terhadap penahanannya yang dilakukan tanpa pendakwaan, sedang ribuan penduduk Palestin berhimpun di jalanan bagi menyokongnya.

Seorang peguam, Encik Jawad Bulus, berkata beliau telah menyerahkan rayuan kepada Mahkamah Agung agar membatalkan perintah penahanan itu memandangkan keadaan kesihatan kliennya, Encik Khader Adnan, yang semakin meruncing.

Khamis, Februari 16, 2012

Tidak tarik balik ‘PAS - parti ajaran sesat’, sedia disaman – MB


Image Detail
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said tidak akan menarik balik kenyataannya bahawa PAS merupakan ‘parti ajaran sesat’.

Bertegas dengan kenyataan, PAS tersasar jauh dari perjuangan Islam yang sebenar, beliau sedia menunggu apa jua tindakan daripada parti itu termasuk menggunakan saluran mahkamah.

Rabu, Februari 15, 2012

'Usah terpukau sandiwara Nik Aziz'


Image Detail

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menganggap kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi respons terbuka mengenai kenyataannya di akhbar Wall Street Journal sebagai satu sandiwara.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya memandang serius desakan dilakukan Nik Aziz yang meminta Anwar menarik balik kenyataan sokongannya terhadap keselamatan Israel atau menyaman akhbar berkenaan.


Isnin, Februari 13, 2012

Cerita Wanita Bertudung Di Sebalik Isu Mohamad Najeeb A. Kashgari, Warga Arab Saudi Yang Hina Rasulullah..



Isu Mohamad Najeeb A. Kashgari, warga Arab Saudi yang menghina Rasulullah saw di dalam twitter beliau telah selesai apabila beliau dihantar balik ke Arab Saudi daripada KLIA.

Seperti biasa, terdapat pihak-pihak yang cuba mempertahankan lelaki tersebut di atas nama hak asasi dan prinsip kebebasan. Dan mereka adalah bukan Islam yang tidak tahu menahu dengan ajaran Islam.

Tetapi terdapat satu gambar yang tidak sepatutnya berada di dalam isu menghina Rasulullah saw. Beliau seorang Islam bernama Fadiah Nadwa Fitri, orang kuat PKR!

Ahad, Februari 12, 2012

MESYUARAT KHAS BERSAMA PRESIDEN PERKASA


Kuala Terengganu 11/02/2012 - Mesyuarat Khas bersama Presiden PERKASA YB Dato' Ibrahim Ali telah diadakan di Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu.  Turut hadir dalam mesyuarat yang diadakan Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali, YDP PERKASA Terengganu Tuan Haji Ismail serta Pengerusi/Tim. Ketua/SU Daerah seluruh Terengganu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...