بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Ogos 27, 2011

MAT SABU - BIADAP DAN KURANG AJAR PATUT TINDAKAN DIAMBIL



Mat Sabu hina pejuang negara - patut diajar keluarkan daripada negara Malaysia !!!!


Semua persara bersatu ambil tindakan ke atas MAT SABU. Laporan polis perlu dibuat untuk mengambil tindakan ke atas Pengkhianat. Jangan lepaskan MAT SABU.


KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Kenali siapa itu Anwar Ibrahim - Inilah Pengkhianat Negara sebenarnya Lihat video khas untuk anda semua


Jumaat, Ogos 26, 2011

MASA DAH TIBA UNTUK USTAS NUAR AL-JUBURI MENINGGALKAN KITA SEMUA ???



Dua jam dan 32 muka surat Anwar peruntukkan semalam untuk dia mempertahankan dirinya. Dari 32 muka surat tersebut hanya dua perenggan atau 1 minit sahaja yang Anwar ‘pertahankan’ dirinya atau perkara yang tidak pernah kita dengar dari mulut Anwar sebelum ini . Yang lain atau 99.9999999999 % lagi semuanya adalah koleksi-koleksi apa yang diperkatakan Anwar di atas pentas-pentas ceramah selama tiga tahun lepas yang dikutip kembali dan dibacanya semula dalam mahkamah.

Khamis, Ogos 25, 2011

Ramai peluk Islam ketika Ramadan

Image Detail

RIYADH: Ramai warga asing memutuskan untuk memeluk Islam pada dua minggu awal Ramadan kali ini, lebih separuh daripadanya rakyat Filipina.

Seramai 113 ekspatriat di negara pengeluar minyak terbesar itu memeluk Islam di Ihsa yang terletak di timur Arab Saudi termasuk 68 rakyat Filipina, 13 Sri Lanka, 10 India dan bakinya dari Kenya, Nepal dan beberapa negara lain. “Rakyat Filipina paling ramai memeluk Islam di Arab Saudi. Mereka memeluk Islam secara sukarela tanpa campur tangan mana-mana pihak,” lapor akhbar berkenaan memetik pengarah Pusat Panduan Islam di Ihsa, Sheikh Abdul Rahman Al Gagmayan. Turut memeluk Islam ialah gadis Arab Saudi berusia 18 tahun yang menetap bersama ibunya yang beragama Kristian di Amerika Syarikat, ketika bercuti di sini, kata pengarah laman web dakwah, www.edialogue.org, Majed Al-Osaimi. 

Rabu, Ogos 24, 2011

SARANAN DAN DESAKAN PERKASA


1)Perkasa menyokong penuh saranan Mufti Perak Tan Sri Harussani agar pihak berkuasa segera menggubal dan meluluskan AKTA MURTAD sebagai langkah mencegah dan menghalang mana2 Pertubuhan Agama Bukan Islam mempengaruhi Umat Islam supaya memeluk agama mereka.Sebelum ini saranan ini pernah dikemukakan oleh Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Tim Menteri Pelajaran Msia.
2)Tindakan ini adalah selari dengan perinsip dan semangat serts roh yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang Menyatakan dengan jelas Islam agama Persekutuan tetapi tidak pula menghalang untuk agama-agama lain terus di amalkan.

Ratusan ribu umat Islam banjiri Masjidilharam

PANDANGAN atas memperlihatkan Menara Jam Besar di Makkah ketika umat Islam mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan, 20 Ogos lalu.
PANDANGAN atas memperlihatkan Menara Jam Besar di Makkah 
ketika umat Islam mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan, 20 Ogos lalu.

Semua masjid dibuka sepanjang malam 10 Ramadan terakhir.

MAKKAH: Ratusan ribu jemaah dari seluruh pelusuk dunia mula membanjiri Masjidilharam untuk mengerjakan ibadah umrah, menunaikan solat Tarawih dan qiamullail bagi mencari keberkatan malam Lailatulqadar.


Selasa, Ogos 23, 2011

MESYUARAT KHAS AJK PERKASA TERENGGANU


Terengganu 23/08/2011 - Mesyuarat Khas AJK Perkasa Negeri Terengganu dan Majlis Berbuka Puasa akan diadakan di Hotel Grand Continetal, Kuala Terengganu pada 24 OGOS 2011 jam 4.30 petang.  Semua Pengerusi Daerah dan AJK Negeri dijemput hadir, dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

Isnin, Ogos 22, 2011

Bapa 'HARAMJADAH' hantar lima beradik ke rumah amal gereja


BAPA SEORANG DOKTOR (BERPELAJARAN) MENYERAHKAN ANAK KEPADA PENGAWASAN GEREJA ?????

PETALINGJAYA: Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak sampai dua minggu lagi, lain pula dengan nasib lima beradik beragama Islam yang terpaksa menyambut 1 Syawal di bawah pengawasan sebuah gereja, dekat sini.
Semuanya gara-gara tindakan bapa mereka menyerahkan lima beradik terbabit kepada gereja itu selepas dia dikatakan mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya.

Ahad, Ogos 21, 2011

WANITA GODAM LAMAN WEB HINA NABI

Image Detail

DAMMAM: Seorang wanita Alkhobar yang kini menuntut di Amerika Syarikat dipuji kerana mengambil inisiatif memusnahkan 23 laman web Denmark yang menghina Nabi Muhammad SAW, lapor akhbar Madinah kelmarin.

Nouf Rashid memberitahu akhbar berbahasa Arab itu yang beliau menggodam laman web Denmark itu yang mempunyai rujukan kartun Rasulullah bersama laman web lain yang kandungannya turut diragui menurut pandangannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...