بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Ogos 12, 2011

KEBIADAPAN 'THE STAR' PERLU DIAJAR !!!


Download Star Newspaper
KUALA LUMPUR: Akhbar harian The Star perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana menyiarkan artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir, kata Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Beliau berkata, tindakan akhbar itu berbuat begitu memperlihatkan sikap mereka yang tidak sensitif terhadap kesucian Ramadan dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai biadap.

Khamis, Ogos 11, 2011

PERKASA SOKONG PEMUDA PAS

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan terus menyokong pendirian Nasrudin Hassan Tantawi dalam usaha memastikan akidah umat Islam di negara ini tidak terpesong walaupun Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu bakal dikecam oleh sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.
“Bulu roma saya berdiri tegak apabila membaca kenyataan Nasrudin yg menegaskan pihaknya akan mempertahankan akidah umat Islam sekalipun dengan darah dan nyawa” Kata Dato Ibrahim Ali melalui kenyataan medianya.

Rabu, Ogos 10, 2011

VIDEO TERBAIK UNTUK DS HADI, KHALID GAGAP, KHALID GEREJA SERTA PENGIKUTNYA !!!!!



Fikir-fikirkan lah...

Pecah Tembelang: ‘MBPJ Tidak Pernah Lulus Bina Gereja Methodist Damansara Utama’


Beginilah tersergamnya bangunan yang diluluskan untuk 'Pusat Komuniti'
yang telah bertukar menjadi Gereja Methodist Damansara Utama.
Di mana salah dan silapnya?

MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum ini hanya meluluskan pembinaan pusat komuniti bukan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang bangunannya kini tersergam di Seksyen 13 Petaling Jaya.

Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.

Selasa, Ogos 09, 2011

PERINTAH AGONG DIKETEPIKAN, NAK SAMAN POLIS - SIKAP ANJING SURUHAN DAP



KUALA LUMPUR: Dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub hari ini memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan Malaysia atas dakwaan menangkap dan menahan mereka secara salah ketika perhimpunan haram pada 9 Julai lalu.

Perkasa Gesa Polis Siasat Dakwaan JAIS


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada Isnin mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai cubaan memurtadkan umat Islam dalam satu serbuan di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya minggu lalu.
Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Idris berkata, perkara itu perlu dipandang serius kerana ia melibatkan akidah umat Islam dan kedudukan agama Islam seperti yang termaktub dalam Artikel 11 (4) Perlembagaan negara.

Isnin, Ogos 08, 2011

SYABAS JAIS JANGAN GENTAR DAN TERUSKAN



Perkasa 05 Ogos 2011: Perkasa mengesa semua pihak supya tidak perlu tuduh menuduh dan melenting kerana kepentingan politik.
Menurut Presiden Perkasa YB Dato Ibrahim Ali melalui kenyataan medianya hari ini yang merujuk kepada kes berita serbuan JAIS serbu majlis Gereja Methodist di Damansara pada 4 Ogos yang baru lalu.
Beliau berkata isu ini wajar di beri peluang kepada pihak JAIS untuk menyediakan lapuran lengkap dan keputusan tindakan JAIS perlulah di hurmati kerana JAIS mempunyai tangung jawab yang telah di amanahkan mengikut undang undang.

Ahad, Ogos 07, 2011

ADAKAH PERLU DIBIARKAN ??? GEREJA DAN GERAKAN BAWAH TANAH

Assalamualaikum sahabat pembaca sekelian, semoga tenang pada ramadan ke 6 hari ini, jika ada gundah gulana bebawak lah beriftifar….
Astafirullah al azim…
Baik sahabat sekelian…. saperti mana sahabat sekian tahu dan paham dengan gerakan mengkristiankan orang Melayu dan negara malaysia.
Isu mengkristiankan orang Islam dan sembunyi sembunyi menjalankan dakwah kristian “gerakan bawah” kini kembali semula setelah beberapa siri yang lalu kelihatan sudah saperti di lupakan.

MESYUARAT KHAS AJK NEGERI BERSAMA S/U AGONG PUSAT


Kuala Terengganu 06/08/2011 - Mesyuarat Khas AJK Peringkat Negeri Terengganu bersama-sama Setiausaha Agung Pusat Syed Hassan bin Syed Ali  telahpun diadakan di Hotel Primula, Kuala Terengganu.  Turut hadir Pen. Setiausaha Agung En. Norlizaizul bin Ismail.  Mesyuarat menjurus kepada beberapa perkara yang perlu dibincangkan mengenai hala-tuju serta pengurusan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negeri Terengganu yang agak muram sejak kebelakangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...