بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Januari 29, 2011

Siasatan Lanjut ‘Connections’ Anwar & Kumpulan Pengganas Antarabangsa

AIDCNews – 28/01/11 – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengarahkan pihak berkuasa agar menyiasat dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.
“Saya telah meminta pasukan khas (anti) pengganas dan saya telah meminta Cawangan Khas, dan mereka berhubung dengan (agensi) risikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim dikaitkan dengan kumpulan pengganas ini, katanya di Labis petang tadi
“Ini bukan isu politik. Ini adalah isu keselamatan, suka atau tidak kita mesti mengambil serius perkara ini, katanya lagi seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider.
Laporan CNN  bertajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda” [klik di sini] semalam, 27 Jan menyebut pada bulan Ogos tahun lalu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan ketidaksenangannya terhadap Arab Saudi yang menurut maklumat akan membiayai calon pembangkang, Anwar Ibrahim, pada pilihanraya umum akan datang.

Jumaat, Januari 28, 2011

CNN -’Saudis discover new funding channels’ : Kenapa Anwar Terlalu Menggelabah ?


AIDCNews -28/01/11 – Kami warga AIDC terkejut dengan penafian bertalu-talu di twitter dan laman milik Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan dengan berita CNN bertajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda”, Nic Robertson, January 27, 2011. Klik di sini
Laporan dari CNN itu telah dipetik oleh The Malaysian Insider(TMI) dan dijadikan berita bertajuk “Muslim group with ties to Anwar accused of terror connections”. Klik di sini
Kemudian di laman anwaribrahimblog, Anwar mengeluarkan kenyataan melalui Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi, meminta Malaysian Insider membetulkan laporannya yang didakwa telah mengelirukan.

Rekod Terengganu terus tercalar


http://buletinonline.net/images/stories/berita40/dadah4jan2011.jpg
- Penagih meningkat 21%, Pengedar Bertambah 24%, 11,539 keseluruhan
Terengganu adalah antara negeri yang paling 'top' berkaitan penagihan dadah dan pengedaran dadah di Malaysia apabila pada bulan September tahun lalu dilaporkan Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi.

Sepanjang tujuh bulan pertama tahun 2010, sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

Sehubungan itu, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu telah berjaya menangkap seramai 357 pembekal dadah di negeri ini Sepanjang tahun lalu (2010)

The Malaysian Insider digesa perbetulkan laporan mengelirukan — Nik Nazmi Nik Ahmad

28 JAN — Laman berita The Malaysian Insider telah menyiarkan laporan berita bertajuk ‘Muslim group with links to Anwar accused of terror connection, says CNN’.
Berita ini adalah berdasarkan laporan CNN oleh Nic Robertson iaitu ‘Saudi discover new funding channels for Taliban, al-Qaeda’ (laporan disertakan sebagai rujukan).
Laporan CNN tersebut jelas melaporkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi mula melakukan siasatan berikutan dakwaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat tajaan dana daripada dua orang putera raja Saudi.

Setiap Kali Anwar Miliki Kuasa, Ziauddin Sardar Pasti Muncul Kembali..

Setiap Kali Anwar Miliki Kuasa, Ziauddin Sardar Pasti Muncul Kembali..

Twitter Kelab Anwar Ibrahim yang juga diretwitt di Anwar Ibrahim twitter
AIDCNews -27/01/11 – Ziauddin Sardar muncul kembali di Malaysia !. Twitter Anwar Ibrahim Club (AIC) dan diretwitt juga di twitter Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menyebarkan maklumat kepada ahli-ahlinya tentang kehadiran Ziauddin Sardar menyampaikan ceramah bertajuk “Critical Islam” di Dewan Seminar Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, pada 29 Januari, 8 pagi – 1 tengahari, anjuran Yayasan Selangor dengan kerjasama Institut Kajian Dasar.

Video Terkini – Hangat - Ummi Membuat Lapuran Polis Lagi

Bermulalah Lembaran Baru Dalam Sejarah Malaysia
Be careful you newspapers people out there!
Is bloggers any different? Suing bloggers?
I will reserve my comment until the next turn of events.
I agreed with noorhasilahismail.blogspot.com that, there is nothing as unpleasant as a woman who has been offended ,
“Hell hath no fury like a woman scorned!”
“All hell will break loose”
VERSI YANG LEBIH TERANG DAN JELAS

Khamis, Januari 27, 2011

Rombakan UMNO Terengganu

KUALA TERENGGANU 26 Jan. - UMNO Terengganu melakukan rombakan kecil dalam barisan ahli jawatankuasanya melibatkan perubahan jawatan ketua penerangan dan bendahari di samping kewujudan satu jawatan baru.

Dalam rombakan yang diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said selepas mesyuarat badan itu malam tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Bendahari pula dipegang oleh ADUN Rantau Abang, Datuk Za'abar Mohd. Adib yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun menggantikan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said.

Jawatan baru iaitu Pengarah Strategi pula diwujudkan selaras dengan ketetapan UMNO Pusat dengan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan dilantik memikul tanggungjawab itu.

MURTAD : MEREKA BERANI PENGARUH TERANG-TERANGAN UMMAT ISLAM

Salam Perjuangan,

Penulis terpanggil untuk berhenti seketika menulis berkaitan politik sebaliknya mahu mengetengahkan realiti bahaya yang dihadapi ummah dewasa ini iaitu gejala "MURTAD"...

sedar atau tidak "mereka" sudah semakin berani "berdakwah" kepada ummat Islam secara terang terangan dan hasilnya angka "MURTAD" semakin meningkat setiap tahun... usaha licik ini berselindung teguh disebalik gerakan sosial, kemasyarakat malahan batuan oleh "mereka" bukan Islam.

Hendak berbangga biarlah bertempat

Syabas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Walaupun dikritik beliau tentu tidak akan marah dan pasti jawapan daripada beliau adalah “depa ada mulut biak pi (biarkan) apa depa nak kata”.

Tetapi warga Singapura tentu tersilap orang untuk dikritik. Mereka kritik negarawan ulung yang telah menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Pencetus idea Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Litar F1 Sepang, Menara Berkembar, Putrajaya, Cyberjaya, kereta nasional, LIMA Langkawi, Le Tour de Langkawi, hingga menjadikan Malaysia disegani khususnya oleh negara-negara Islam di Asia Barat. Itulah satu-satunya anak Melayu di dunia yang hanya ada di Malaysia.

Benar kata Dr. Mahathir bahawa ada Melayu yang mudah lupa, lebih-lebih lagi Melayu yang tidak tinggal di Malaysia. Mereka lupa bahawa ‘rumah’ yang mereka diami yang pada asalnya mereka punya tetapi akhirnya mereka jadi penyewa.

Rabu, Januari 26, 2011

FACEBOOK - PENGHINAAN MELAMPAU - APA TINDAKAN KITA ??


Astagfirullahal 'Azim.. Seorang facebooker yang menggelarkan dirinya Katy Lim Li Lian telah menghina dan mencaci Allah swt dan junjungan Nabi Muhammad saw. (KLIK pada gambar ini untuk melihat lebih jelas). Tindakan ini amat biadap dan jika dibiarkan, Islam akan terus dihina.

Interlok: Dr Subrmaniam nafi dakwaan kompromi pendirian

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S. Subramaniam menafikan dakwaan beliau telah mengkompromikan pendiriannya bahawa novel Interlok perlu ditarik balik daripada menjadi buku teks pelajar Tingkatan Lima.

"Menerusi semua perbincangan Kabinet dalam beberapa mesyuarat sebelum ini, saya dengan tegas menyatakan pandangan masyarakat India, dan impak buku itu terhadap minda masyarakat serta golongan muda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Sumber Manusia itu juga berkata, beliau berulang kali menegaskan pada mesyuarat mingguan kabinet berhubung pendirian masyarakat India bahawa buku berkenaan perlu ditarik balik serta tidak digunakan sebagai buku teks sastera.

"Tidak ada sekelumit kebenaran pun mengenai dakwaan dan khabar angin yang disebarkan berhubung perkara itu,” katanya.

Kaum India di Malaysia telah membantah penggunaan novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu sebagai buku teks bagi mata pelajaran Sejarah Melayu Tingkatan Lima kerana mendakwa ia mengandungi kenyataan yang tidak tepat dan menghina masyarakat berkenaan. – Bernama

Ibu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi meninggal dunia

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Ramlah Uda, 70, ibu kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meninggal dunia di kediaman anaknya di Taman Pelangi, Rawang, dekat sini, hari ini.

Shahidah Abdullah, 38, yang merupakan anak ketiganya, berkata ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang tadi akibat komplikasi jantung.

Katanya, ibunya dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam pada 24 Ogos lepas sebelum dipindah ke Institut Jantung Negara pada 1 September lepas untuk menjalani tiga pembedahan.

"Hari ini doktor memberitahu ibu sudah berada dalam keadaan tenat dan saya meminta pihak hospital untuk membawanya pulang ke kediaman saya pada pukul 1 petang dan ibu disahkan meninggal dunia pada 6.30 petang tadi,” katanya ketika dihubungi.

Allahyarham meninggalkan lima orang anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan di mana Saifuddin merupakan anak sulung manakala suaminya Abdullah Long telah meninggal dunia pada 13 Mac tahun lepas.

Jenazah Ramlah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Garing, Rawang, pada pukul 10.30 pagi esok. - Bernama

Al-Fatihah..

MB gagal dapat sokongan DUN patut letak jawatan

BANDAR SERI BEGAWAN 25 Jan. - Seseorang Menteri Besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut meletak jawatan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Menteri Besar terbabit.

"Sepatutnya beliau (Menteri Besar) meletak jawatan kerana tak dapat sokongan majoriti di DUN,” katanya semasa sesi dialog pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Besar Suruhanjaya Tinggi Malaysia, di sini malam ini.

Selasa, Januari 25, 2011

Untuk Pengetahuan Lee Kuan Yew, Punca Masalah Di Singapura Ialah Cina, Bukan Islam


Suka atau tidak, kita perlu mengaku bahawa tidak salah jika dikatakan bahawa Lee Kuan Yew adalah antara pemimpin yang benar-benar layak digelar pemimpin hebat hari ini, selain Tun Dr. Mahathir. 
Walaupun mereka berdua telah bersara, pemikiran mereka terus ‘bekerja’ dan terserlah dalam kejayaan negara masing-masing.  
Kedua mereka sering tidak sependapat dalam hampir semua perkara malah boleh dianggap musuh tetapi tiada siapa dapat menafikan bahawa kedegilan, ketegasan serta kelantangan merekalah yang menjadikan mereka pemimpin tersohor melangkaui pemikiran pemimpin-pemimpin barat hari ini yang rata-ratanya dikuasai golongan kapitalis. 
Dr. Mahathir, walaupun mempunyai karakter yang kuat, tetapi sebagai pemimpin Islam beliau punya hati yang lembut, prihatin, penyayang dan penuh belas kasihan.  Ini terbukti dengan keikhlasan beliau merawat pesakit yang kadangkalanya secara percuma ketika beliau menjadi doktor.

Pemikiran Sinis Kuan Yew

MENTERI Mentor Singapura, Lee Kuan Yew kelmarin dilaporkan menggesa umat Islam di republik berkenaan supaya 'tidak terlalu kuat berpegang pada ajaran Islam' bagi membantu proses intergrasi dan pembangunan negara itu.
''Saya fikir penduduk Islam tidak menimbulkan masalah dalam masyarakat tetapi mereka berbeza dan berlainan," katanya dalam buku bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Goingyang dilancarkan minggu lalu.
Buku berkenaan adalah berdasarkan 16 wawancara dengan Kuan Yew yang disifatkan sebagai lelaki paling berpengaruh dalam sejarah republik berkenaan.
Wawancara yang keseluruhannya mencatatkan 32 jam itu dijalankan dari Disember 2008 hingga Oktober 2009 dan melibatkan tujuh wartawan The Straits Times Singapura.
Dengan 458 halaman dan 11 bab, buku tersebut mengupas secara mendalam pemikiran Kuan Yew dalam beberapa topik termasuklah sistem politik Singapura, perubahan iklim dan perhubungan antarabangsa.

NGO Islam gesa Soi Lek, Kuan Yew tidak campuri hal Islam

SHAH ALAM, 25 Jan — Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menggesa bukan Muslim agar tidak mencampuri hal-hal yang berkaitan dengan agama rasmi negara ini — gesaan yang merujuk kepada kenyataan presiden MCA dan Lee Kuan Yew baru-baru ini.
“Nampaknya bukan Muslim cuba mengajar Islam mengenai ajaran Islam,” kata Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Mohd Roslan Mohd Nor pada sidang media hari ini.
Mohd Roslan menyentuh isu bersalam yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengkritik calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang menurutnya enggan bersalam dengan kaum lelaki dan didakwa amalannya itu tidak boleh diterima oleh masyarakat Cina di Labis.
Barisan NGO itu yang diketuai oleh PUM dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) turut mengecam kenyataan Lee, bekas perdana menteri Singapura dalam buku terbarunya.

Jangan Politikkan Isu Agama

1. Saya tidak bersetuju dengan kritikan Dato Seri Chua Soi Lek mengenai keengganan calon Pas, Puan Normala Sudirman untuk bersalaman dengan lelaki bukan muhrim.


2. Memang benar ada pendapat ulama yang membenarkan wanita dan lelaki bukan muhrim bersentuhan dalam konteks bersalaman tangan. Namun secara asasnya Islam menolak persentuhan antara wanita dan lelaki bukan muhrim kecuali suami - isteri. 


3. Justeru adalah merupakan hak Normala sebagai seorang muslim untuk menolak sebarang salam dari lelaki yang bukan saudara beliau. 


Ceramah Perdana PERKASA



Majlis Ceramah Perdana Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, pada hari Sabtu 05hb. Feb., 2011, jam 2.00 petang, di Dewan Dato Seri Amar Diraja, Kemaman,\
Terengganu.
SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Isnin, Januari 24, 2011

DUN Selangor: PINDAAN GAGAL Akhirnya

9.30 pagi: ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah tiba di bangunan SUK, diiringi dua pembantu.

Beliau disambut oleh silauan lampu kamera jurufoto, menyebabkannya agak terkejut. "Wah, banyak peminat ni!" katanya berseloroh.

9.32 pagi: Kira-kira 200 berkumpul di Dataran Shah Alam bawa pengawasan ketat polis. Sebahagian peserta memakai ikat kepala bertulis GAPS (Gagasan Anti Penyelewengan Selangor). Empat unit pasukan polis berkawal di depan pintu SUK.

9.40 pagi: Didesak pemberita, Badrul Hisham Abdullah memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DUN.

Kerajaan Selangor Hanya Mahu Jadikan Tuanku 'Rubber Stamp'

v
Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 jika diluluskan dan diguna pakai akan menjadikan Sultan Selangor sebagai rubber stamp atau tukang cop sahaja dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, ini kerana menerusi pindaan itu baginda diwajibkan merujuk nama yang diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri kepada Menteri Besar untuk dipersetujui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...