بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Oktober 08, 2011

Kerajaan mampu laksanakan belanjawan 2012 - Najib


Image Detail

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sememangnya mampu termasuk daripada segi kewangan untuk melaksanakan Belanjawan 2012 yang dibentangkan di Parlimen semalam.

"Kalau tak ada duit tak kan saya berani bentang semalam. Saya akan melakukan satu perbuatan membunuh diri dari segi politik kalau saya buat, saya bentang satu bajet yang tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya ketika ditanya sama ada kerajaan mampu melaksanakan Belanjawan 2012.

Khamis, Oktober 06, 2011

Dr Asri disyor ketuai muzakarah hudud dicadang PAS


Pusat Penyelidikan PAS mencadangkan agar bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilantik mengetuai muzakarah mengenai pelaksanaan hukum hudud, yang disyorkan oleh parti Islam itu semalam. 
“Cadangan melantik Dr Asri ini dilihat boleh diterima oleh semua pihak memandangkan beliau tidak berpihak kepada mana-mana parti politik sama ada PAS, PKR dan Umno. 
“Justeru pelantikan beliau akan lebih menjayakan muzakarah ke arah pelaksanaan usaha yang murni ini,” kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki.

Rabu, Oktober 05, 2011

LGE PATUT DIAJAR.....????



KUALA LUMPUR 4 Okt. – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana menuduhnya berbohong dan membuat tuduhan palsu berhubung isu bahasa Malaysia diketepikan dalam satu majlis rasmi di negeri itu baru-baru ini.
Menurutnya, Guan Eng sepatutnya menasihatkan pengurusan Kolej Han Chiang di negeri itu yang dibantu kerajaan penubuhannya, supaya menggunakan bahasa Malaysia dalam majlis rasminya.

Rakyat jangan terkejut pemimpin PAS bercakap soal kebajikan




PAS dicabar supaya membuktikan bahawa UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri ini telah gagal melaksanakan usaha kebajikan kepada rakyat selama ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, sekiranya PAS mempunyai asas kukuh, beliau 'mengalu-alukan' parti pembangkang itu untuk membuktikannya.

Selasa, Oktober 04, 2011

Perjuangan PAS tinggal ‘hampas’


Apa lagi ‘kejayaan’ yang pimpinan PAS mahu tunjukkan kepada penyokongnya selain satu demi satu roh perjuangan parti itu menjadi ‘korban politik’ hanya kerana pesona Putrajaya.

Selain menjadi pak turut kepada sekutunya DAP dan PKR, perubahan yang kadang kala disebut pemimpin parti berkenaan sebagai tahaluf siyasi itu hanya kerana mahu melihat lebih ramai pemimpin PAS mendapat gelaran Yang Berhormat selepas Pilihanraya Umum ke-13.

Isnin, Oktober 03, 2011

Bajet 2012 Dijangka Beri Manfaat Golongan Berpendapatan Rendah


Image Detail
KUALA LUMPUR: Bajet 2012 yang bakal dibentangkan Jumaat ini dijangka memberi faedah kepada golongan berpendapatan rendah menerusi beberapa pengumuman inisiatif.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, inisiatif yang bakal diumumkan kerajaan nanti selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan difisit fiskal negara.
"Langkah bagaimana yang akan kerajaan ambil akan diterangkan pada Jumaat ini sewaktu ucapan bajet 2012.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...