بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Mac 05, 2011

Hormatilah pandangan Harussani

PASIR MAS 4 Mac – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menganggap sebarang desakan yang meminta Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meletak jawatan hanya kerana beliau mengeluarkan pandangan, sebagai satu tindakan amat bodoh dan memalukan.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu juga membuktikan mereka layak digelar golongan ‘cakap tak serupa bikin’.
Katanya, sebagai seorang mufti dan mempunyai ilmu agama yang tinggi, Harussani mempunyai hak untuk menyatakan pandangan dalam setiap perkara tanpa pengaruh politik.

Dr M: Melayu masih perlu dibantu

JITRA, 5 Mac — Orang Melayu masih memerlukan bantuan kerajaan kerana dasar ekonomi yang digubal bagi membantu mereka masih belum mencapai matlamatnya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata walaupun terdapat segelintir usahawan Melayu berjaya tetapi majoriti daripada mereka tidak mampu bersaing dengan usahawan bukan Melayu.
“Masa belum tiba bagi kerajaan menghentikan bantuan kepada orang Melayu kerana dasar ekonomi sekarang belum mencapat matlamat.
“Tongkat ini (bantuan kerajaan) bila diguna berkali-kali akan lemah tetapi itulah satu-satunya kuasa yang ada untuk membantu mereka buat masa ini,” katanya semasa berucap pada majlis makan malam amal Persatuan Kontraktor Melayu Kedah (PKMMK) di Dewan Wawasan di sini, malam semalam.

Jumaat, Mac 04, 2011

Lagi desakan batal keputusan bawa masuk pekerja India

KUALA LUMPUR 2 Mac – Kerajaan digesa membatalkan serta-merta keputusan untuk membawa masuk 45,000 pekerja dari India bagi mengisi kekurangan tenaga kerja kerana ia boleh menjejaskan kesejahteraan negara.
Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, keputusan itu akan meningkatkan lagi jumlah pekerja asing di negara ini sekali gus membangkitkan masalah berkaitan keselamatan.
Selain itu beliau berkata, ia juga boleh menyebabkan konflik antara mereka dan penduduk setempat ekoran berlakunya pertembungan budaya.
“Kita khuatir kemasukan beramai-ramai pekerja asing akan menyebabkan kehidupan masyarakat kita semakin tidak tenteram kerana berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan.

Khamis, Mac 03, 2011

Buku Jingga Hanyalah Umpan Politik – Dr Mahathir

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Buku Jingga yang dilancarkan oleh pembangkang mengandungi beberapa janji jika mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang, hanyalah satu umpan politik.
Beliau berkata pembangkang mampu membuat pelbagai janji untuk memancing undi rakyat kerana mereka bukan kerajaan yang memerintah negara pada masa ini.
“Bila tak ada kuasa memanglah boleh buat janji macam-macam, kalau dia menang pun bukan dia nak jadi kerajaan pusat. Kalau tak jadi kerajaan pusat dia tidak boleh buat apapun, jadi bolehlah janji,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di sini, Rabu.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pembangkang menggunakan Buku Jingga dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau.
Buku Jingga yang yang diperkenalkan pada tahun lepas mengandungi tawaran termasuk menaikkan elaun guru, menghapuskan sistem tol dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri. – BERNAMA

Rabu, Mac 02, 2011

Pekida nafi pasang kain rentang hentam PERKASA



Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Jasin hari ini membuat satu laporan polis menafikan pihaknya terbabit dalam pemasangan kain rentang yang menghentam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
Kain rentang itu tertera lambang Pekida dengan tulisan ‘PERKASA baru setahun jagung, jangan nak jadi hero Melayu, sini Melaka bukan Kelantan’.
Laporan itu dibuat oleh Pengerusi Pekida Daerah Jasin, Datuk Abdul Rahim Abu di balai polis Merlimau kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Selasa, Mac 01, 2011

Dr. M ketuai penerima anugerah UIAM

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad malam ini menerima Anugerah Khas Alumni daripada Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berikutan sumbangan besar beliau kepada pembangunan universiti berkenaan.

Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Bersama Pemimpin anjuran persatuan tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Selain Dr. Mahathir, Rektor UIAM yang pertama, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan pula menerima Anugerah Penghargaan Khas Alumni.

Bantah kemasukkan 45 ribu pekerja dari India – PERKASA

PERKASA terkejut dengan keputusan krajaan untuk mengambil 45ribu pekerja asing dari India,alasan kekurangan pekerja dalam berbagai sektor,benarkah sebanyak ini yang di perlukan?kenapa dari India?.
Ini berikutan dengan langkah kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia meluluskan pengambilan 45,000 pekerja asing oleh Persatuan Peniaga-peniaga India Malaysia bagi membantu mengisi kekurangan tenaga kerja dalam 13 jenis perniagaan yang diusahakan mereka.
Menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian mengambil kira kesukaran untuk sesuatu perniagaan beroperasi kerana tiada tenaga kerja yang mencukupi.

Isnin, Februari 28, 2011

Tiada perubahan selama 20 tahun jadi MB Kelantan


PASIR SALAK 26 Feb. – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak layak untuk dibandingkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah banyak berjasa kepada negara.
Beliau berkata, tiada apa perubahan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz selama 20 tahun beliau menjadi Menteri Besar Kelantan berbanding sumbangan selama 22 tahun Mahathir kepada rakyat Malaysia.
“Nik Abdul Aziz jika hendak dibandingkan dengan Tun (Mahathir), sebesar tahi hidung saya pun tidak padan,” katanya pada Perhimpunan Melayu Perkasa Perak di Pulau Datuk Sagor di sini hari ini.
Perhimpunan tersebut merupakan yang kedua selepas diadakan di Pasir Mas, Kelantan dalam siri jelajah Perhimpunan Melayu Perkasa di seluruh negara.

Nik Aziz patut bersyukur –Tun Dr. Mahathir


PASIR SALAK 26 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Melayu yang tentunya beragama Islam.
Beliau berkata, Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, orang Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.
“Sekiranya Nik Aziz dilahirkan sebagai orang Vietnam atau Laos, belum tentu Menteri Besar Kelantan itu menjadi umat Islam.
“Oleh kerana ibu bapa beliau orang Melayu, maka Nik Aziz pun dilahirkan sebagai orang Islam dan berpeluang belajar agama Islam,” katanya.
Beliau berucap di hadapan lebih 15,000 orang yang hadir pada Perhimpunan Melayu Perkasa Perak anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pulau Datuk Sagor di sini hari ini.
Dr. Mahathir juga berkata, Nik Abdul Aziz sanggup menidakkan hak Melayu dan mengatakan nasionalis seperti beliau tidak Islam hanya kerana inginkan sokongan bukan Islam.

Ahad, Februari 27, 2011

Malaysia makmur kerana Melayu sedia kongsi kuasa- Tun Mahathir


PASIR SALAK, 26 Feb – Malaysia makmur dan aman pada hari ini disebabkan kesediaan orang Melayu untuk berkongsi kuasa negara ini dengan kaum-kaum, kata Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan “perjuangan kami adalah halal.”
Bekas perdana menteri mengatakan pendirian terbaru ini semasa berucap di hadapan sekitar 10,000 orang yang menghadiri Perhimpunan Perkasa Melayu Perak di Pasir Salak – salah satu lokasi bersejarah negeri utara Semenanjung ini.
“Kita tahu bahawa negara ini berjaya kerana kesediaan orang Melayu sanggup bekerjasama dengan kaum-kaum lain sepanjang 50 tahun untuk memerintah negara, bukan sahaja dengan orang Melayu tetapi juga dengan kaum-kaum lain.
“Kami sedia untuk berkongsi (kuasa) pemerintahan negara ini,” katanya.

BUKTI MENGKAFIR UMNO

1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO.

2. Allah Maha Kaya.

3. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini". Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, "apa nama kerja ini". Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir. 

4. Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...