بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, November 03, 2012

Kenapa Kita Tidak Berfikir- Siapakah Punca Dua (PAS dan UMNO) Bersaudara Bertelagah


Saudaraku yang amat ku kasihi, mari kita berhenti sebentar untuk melakaukan muhasabah pada diri kita yang semakin hari semakin dicelarukan dengan kepelbagaian isu  yang kadang kala merobek jiwa kita sesama Islam,
Apakah yang sebenarnya kita hadapi sekarang, adakah kita sedang menghadapi  berbezaan ideologi dalam politik, jika ianya benar kenapa sebelum ini kita tidak menghadapinya sesukar ini,
Paling tidaknya kita masih punya ruang untuk bersama , tetapi kenapa tidak dimasa sekarang, pernah kah kita tahu dimanakah punca segalanya ini? Adakah ianya hanya berpunca kepada isu politik? atau isu berlainan ideologi atau ada  sesuatu yang cukup licik berada ditengah tengah kita yang menghantui pemikiran kita, sehinggakian kita menghadapi kecelaruan didalam kehidupan  seharian.

Jumaat, November 02, 2012

Perkasa cadang Suruhanjaya Diraja siasat projek Lembah Sireh


PASIR MAS 29 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat projek pembangunan di Lembah Sireh yang dilaksanakan secara usahasama oleh kerajaan Pas Kelantan dengan syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan suruhanjaya tersebut perlu bagi menyiasat sama ada keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk memajukan kawasan tersebut dibuat secara telus tanpa sebarang penyelewengan atau sebaliknya.


Khamis, November 01, 2012

AES - Pembangkang sentiasa ‘menangguk di air keruh’


aes
Sudah macam-macam pihak bercakap pasal Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang tujuannya mungkin baik tetapi dilihat pelaksanaannya tergesa-gesa dan tidak kena masa.

Seperti biasa, pembangkang sentiasa ‘menangguk di air keruh’ mencari mileage politik mereka menjelang PRU ke 13.

Ketika pemimpin parti politik BN mencadangkan AES dikaji semula, pembangkang pula menghasut pengguna jalan raya supaya tidak membayar saman yang sudah dikeluarkan pihak berkuasa sejak AES dilaksanakan.

Sebab itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali melihat tindakan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) meminta pemandu yang disaman berdasarkan AES tidak membayar kompaun hanya tindakan populis untuk menghadapi PRU ke13.

Rabu, Oktober 31, 2012

BN boleh namakan dulu calon di kawasan kalah...


Ura-ura Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan nama calon lebih awal sebelum pilihan raya umum (PRU ke 13 sudah kedengaran sejak tahun lalu – ketika banyak pihak menjangka ibu segala pilihan raya itu diadakan pada Nov 2011.

Bagaimanapun, apabila jangkaan itu meleset, timbul cerita kononnya jika BN berbuat demikian, ianya akan menimbulkan banyak masalah dan idea itu tenggelam timbul disebalik pro dan kontra jika dilaksanakan.

Pemimpin tertinggi BN nampaknya masih meneliti idea itu berdasarkan kenyataan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, beberapa hari lalu bahawa BN kemungkinan mengumumkan senarai calon PRU ke 13 lebih awal.

Isnin, Oktober 29, 2012

Perkasa teruskan boikot lagu Kristian dalam bahasa Melayu


KUALA LUMPUR, Oct 28 — Perkasa menegaskan umat Islam di seluruh negara mesti memboikot penyanyi popular Jaclyn Victor kerana menyanyi lagu “Harapan Bangsa”, sebuah lagu Kristian dalam bahasa Melayu di mana kumpulan garis keras hak Melayu itu mendakwa merupakan satu penghinaan kepada Islam — dalam ribut antara agama terbaru meletus di Malaysia yang mempunyai penduduk yang mengamalkan pelbagai agama.
Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali turut menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai tidak “bertanggungjawab” kerana tidak mahu mengambil pendirian jelas mengenai perkara tersebut.

Besut akan dijadikan Daerah Pendidikan: MB


Selepas Dungun yang dilahirkan sebagai Daerah Pendidikan kini Besut pula akan dijadikan pusat ilmu selaras dengan pelbagai kemudahan yang sedang dan akan dilaksanakan di daerah itu.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said ketika memberi jaminan itu berkata Besut tidak akan dipinggirkan dalam arus pembangunan sebaliknya satu masa ia akan muncul sebagai daerah pendidikan terkemuka di negeri ini.


Katanya, terbaru kerajaan negeri dengan kerjasama Universiti Sains dan Teknologi Jordan (USTJ), bersetuju untuk membuka kampus cawangannya di Besut yang akan beroperasi di Kompleks Imtiaz Besut, di Bukit Keluang, dekat Jertih.

Menurutnya,pengambilan kumpulan pertama pelajar USTJ yang akan menyediakan kursus kedoktoran dan kejuruteraan dijangka bermula tahun depan.

Ahad, Oktober 28, 2012

Senad jalan kaki tunai haji

SENAD (kanan) tiba di Mekah pada hari Sabtu minggu lalu iaitu beberapa hari sebelum hari wukuf.

SEORANG warga Bosnia, Senad Hadzic, 47, menjadi tumpuan dunia Islam menjelangnya musim haji tahun ini kerana kejayaannya berjalan kaki secara solo dari rumahnya di Bovinic yang terletak di timur laut Bosnia menuju ke Tanah Suci Mekah.

Jarak perjalanan di antara dua lokasi ini menjangkau 5,777 kilometer (km). Senad menghabiskan masa selama 314 hari merentasi tujuh buah negara sebelum tiba ke Baitullah, destinasi impiannya sejak kecil. 

Ketika ditemu bual AFP, Senad menjelaskan, perjalanan ke Mekah untuk menunaikan haji ini adalah bentuk pengabdian dirinya sebagai hamba kepada Penciptanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...