بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, September 08, 2012

SAYA HANYA NASIHAT - KALAU PAS MAHU HIDUP ! - DR WONG CHIN HUAT


Setelah kita merentas makna akidah dan syariat atau keimanan dan perbuatan adalah dua struktur yang saling berpaut, jika tiada salah satunya, islam itu akan tercabut akar pokoknya dengan ketiadaan akidah dan tiada berbuah dan berkembang biak jika tiada syariatnya.

Nah, sekarang kita padankan dengan dengan idealisme Dr Wong Chin Huat agar Pas mencorak perjuangan mereka berkonsepkan  parti Demokratik Islam dengan membawa nilai-nilai sejagat, nilai-nilai konservatif yang tidak mengaitkan agama dalam perjuangan mereka.

Jumaat, September 07, 2012

MAT SABUN BUAT HAL LAGI, SEBAB ISA DAH TAK ADA.....


Kalau Malaysia Tidak Merdeka, Kita Lebih Maju Jika Ditadbir British - Mat SabuN lagi.....



Selain mempunyai hobi 'phone seks' dengan bini orang, Mat Sabu turut mempunyai satu lagi kebolehan iaitu merapu di atas pentas ceramahnya sehingga pengikutnya teruja walaupun fakta yang diberikan merupakan fakta yang salah serta tidak tepat.

Petikan video dari Gk [SINI] memaparkan kenyataan Mat Sabu bahawa Negara kita lebih maju jika tidak merdeka dan ditadbir oleh British :

Dari ucapan ini maka benarlah dakwaan bahawa British menjadikan PAS sebagai senjata mereka untuk memecah-belahkan perpaduan melayu dan umat Islam dulu-dulu.

Khamis, September 06, 2012

Kedutaan Jerman akui salur dana kepada Suaram


KUALA LUMPUR - Kedutaan Jerman di sini mengaku menyalurkan dana kepada Suara Inisiatif Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
   
Duta Besar Jerman ke Malaysia Dr Guenter Georg Gruber berkata kedutaan membiayai inisiatif-inisiatif projek spesifik.
   
"Projek dengan Suaram adalah pada 2010 yang kami telah buat penilaian," katanya dan menurutnya beliau tidak ingat projek itu berkaitan apa dan "jumlah (dana) adalah terhad".
   

Rabu, September 05, 2012

DAP & PKR DALANG MENUKAR JALUR GEMILANG DAN MENGHINA GAMBAR PEMIMPIN ???

Inilah orang yang perlu diperhatikan
Orang Melayu perlu bangkit dan sedar dimana mereka berada sekarang ? Jangan dibiarkan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab sesuka hati menghina pemimpin-pemimpin negara terutama orang Islam.

'Bapak burik anak rintik' itu lah pepatah Melayu yang perlu kita pegang dan menjadikan satu panduan untuk menyelamatkan Bangsa, Agama dan Tanah Air tercinta iaitu 'MALAYSIA'.

Selasa, September 04, 2012

Bendera Pakatan Rakyat Diilham Dari Bendera Komunis Malaya!!!!


AYUH KITA BANGKIT TENTANG MEREKA YANG CUBA MENGANGGU GUGAT KETENTERAMAN NEGARA

SEKARANG kita tahu bahawa bendera yang didakwa Pakatan Rakyat sebagai Sang Saka Malaya dan dikibar oleh macai sakit jiwa Pakatan Rakyat di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos lepas, bukan berasal dari bendera lama Malaya.

Bendera Malaya yang lama ialah Union Jack dan kita tahu bendera Pakatan (untuk mengganti jalur gemilang) itu sebenarnya dicipta oleh pegawai khas Anwar Ibrahim merangkap Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Najwan Halimi pada 2007, berita disini.

Anwar tak mengaku, Kit Siang tak mengaku, itu bukan masalah sebab 2 ekor manusia dengan lidah bercabang ini sudah diketahui biasa cakap belit-belit, apatah lagi dalam hal yang sudah diketahui tidak menguntungkan politik mereka.

Isnin, September 03, 2012

Perkasa VS Anwar Masjid AlHusin Alor Star


Heboh bloggers Pas malam ini menyiarkan cerita sekumpulan penyokong PERKASA menyerang / menganggu ceramah tazkirah Anwar di Masjid Al Husin Seberang Pumpong, Alor Star Kedah. Semua mengambil sumber dari Keadilandaily.


Anwar, Mahfuz diserang dalam masjid

ALOR STAR: Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Tukar Bendera : Anwar Nafi, Pegawai Anwar Sahkan..


AIDCNews – 31/08/12 – Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menafikan pembangkang mendalangi perbuatan menukar bendera Jalur Gamilang di ambang Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-55.
“Tiada keputusan seumpama itu dibuat oleh Pakatan Rakyat. Mengapa harus putar belit?” katanya yang dipetik menerusi akaun Twitter.
Sebaliknya, Anwar menuduh perbuatan berkenaan merupakan mainan politik UMNO untuk memburukkan pembangkang.

Ahad, September 02, 2012

Bas Anwar di serang untuk tutup isu tukar Bendera !


Tipu helah pengkhianat agama, bangsa dan tanahair

Apa hal pulak bas muka Anwar di serang ( dipecahkan cermin & disimbah cat ) di Kota Bharu ?  Lepas itu pulak suka-suka hati je pencacai & pemimpin PKR tuduh ini kerja budak UMNO ..

Pecah & simbah cat pulak  kebetulan  panas pulak dengan isu pijak gambar Najib & tukar bendera di malam merdeka oleh penyokong2  Janji BERSIH .
Adakah Anwar & PKR cuba  nak tutup isu berkenaan dengan isu cermin bas nya diserang & disimbah cat ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...