بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Januari 22, 2011

Air Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya



1. Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Tenang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Pertembungan ini sangat menarik kerana ia menyaksikan pertandingan antara dua parti yang berideologikan Islam dan Melayu iaitu UMNO dan Pas.

2. BN dan Pakatan mencalonkan anak tempatan dan dari generasi muda sebagai pertaruhan terbaik mereka. BN menamakan bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd. Azahar Ibrahim, 39, manakala Pas meletakkan bekas guru, Normala Sudirman, 38, sebagai calon parti itu.

SKMM perlu ambil tindakan terhadap Tian Chua

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua kerana membuat pengakuan mencipta gambar palsu wanita Monggolia, Altantuya Shariibu bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau berasa pelik kerana SKMM tidak mengambil sebarang tindakan walaupun Dewan Rakyat telah dimaklumkan pada sidang November hingga Disember lalu bahawa siasatan itu telah selesai.

"Saya berasa pelik kenapa SKMM atau pihak Peguam Negara belum mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas jenayah yang dilakukan oleh Tian Chua itu.

"Ini bukan tuduhan palsu kerana Tian Chua sendiri telah mengaku melakukan perbuatan keji lagi terkutuk itu," katanya dalam blognya http://www.zahrainmp.blogspot.com hari ini.

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang sekali lagi menjaja cerita pembunuhan wanita Monggolia kepada masyarakat kampung dan peneroka Felda dalam usaha untuk mengaibkan pemimpin negara sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang.

Zahrain menggesa pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya kepada Tian Chua kerana jika dibiarkan ia hanya mendorong mereka untuk terus meracuni pemikiran rakyat.

"Tian Chua pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah sebelum ini kerana menggigit seorang anggota polis tidak lama dahulu .

"Nasihat saya, padamkan api ketika ia masih kecil, jika tidak kebenaran akan rentung dijilat 'api pembohongan'," katanya.

PANAS BERDENTUM : RAHIMI OSMAN PULA MANGSA LIWAT TERBARU ANWAR IBRAHIM !

Jam 2.00 petang, bertempat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang, seorang pegawai khas Pakatan Rakyat dan Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang beliau turut menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim.

Mangsa liwat tersebut adalah Rahimi Osman. Beliau dijangka akan membuatpress conference di Lotus PJ pada jam 4.00 petang ini.

Anwar Ibrahim yang kini berada di Rome, Itali bagi menghadiri International Meetings of Prayers for Peace di Church of Sant’Egidio pasti tersentak dengan laporan dan pengakuan yang dibuat oleh Setiausaha Sulit beliau.

PAS Dalam Kesesatan Yang Nyata

Seumur hidup aku sebagai orang Islam, tak pernah aku nampak Islam jenis ini subur di Malaysia. Islam yang mendoakan orang Islam lain hancur.

Islam yang mendoakan supaya Islam jenis mereka yang bersekongkol dengan golongan anti-Islam bermuka plastik dan berpura-pura di pelihara.

Islam yang mendoakan supaya umat Islam yang menguasai 65% populasi negara ini supaya berpecah belah.

Islam yang menghalalkan mencarut demi kepentingan politik.

Islam yang menghalalkan dan mengharamkan mengikut matlamat politik mereka.

PAS lebih merbahaya malah lebih menyesatkan dari Al-Arqam. Jika orang Islam sendiri tidak menentang mereka, mereka akan terus dipergunakan oleh musuh Islam untuk menjahanamkan Islam di negara ini.

Teman percaya, semakin PAS berlebihan dalam kaedah politik mereka, semakin ramai umat Islam bakal menjauhi PAS dan kemenangan lebih besar buat UMNO akan diperoleh di Tenang.

Ya Allah, kau berilah petunjuk kepada mereka dan mohon janganlah engkau matikan mereka dalam kesesatan. Amin.
OLEH IPOH MALAY

Perkasa sokong Tun Mahathir


Datuk Ibrahim Ali hari ini mendakwa masyarakat Melayu Singapura sebenarnya memang takut untuk bersuara terhadap kerajaan Singapura yang dikuasai oleh kaum Cina mengenai isu mereka disisihkan walaupun adanya beberapa laporan orang Melayu di Singapura yang menolak dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Melayu di Singapura hidup dalam tekanan pemerintah sebagai minoriti.
Ibrahim membuat kenyataan ini sebagai menyangkal komen para pembaca akhbar Berita Harian beberapa hari lepas dari republik itu yang menyatakan rasa tidak gembira dengan dakwaan Mahathir tersebut.

Apa Motif Tersembunyi Badan Pemikir Anwar Terbitkan Buku Difatwakan Sesat ?



AIDCNews – 21/01/11 – Isu ini mula diperkatakan sejak penerbitan buku “Islam dan Dasar Pemerintahan” 0leh badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim, Institut Kajian Dasar (IKD) pada tahun 2004, tetapi sehingga ke hari ini, tiada jawapan yang memuaskan daripada pihak penerbit ataupun Ketua Umum PKR itu sendiri.
Malah 2 Januari lalu, isu ini masih lagi diperkatakan, Anwar disoal secara terbuka oleh bekas-bekas aktivis ABIM dalam pertemuan tertutup di rumah Prof Osman Bakar itu.

Dr Syed Husin Ali Dakwa Azmin Simpan 10 Juta Di Singapura

AIDCNews – 20/01/11 – Perang  di twitter di antara N Gobalakrisnan dengan PKR masih berpanjangan. Dari tidak setuju pelantikan Surendran sebagai Naib Presiden PKR,  Disember tahun lalu meleret-leret kepada persoalan kekayaan duit Azmin Ali dan Shamshida Taharin.
Kira-kira 5 minit lalu, Gobalakrisnan menghantar twitter kepada Dr Syed Husin Ali menggesa bekas Timbalan Presiden PKR itu bertanggungjawab di atas kenyataannya dulu yang mendakwa Azmin Ali mempunyai wang simpanan sebanyak 10 juta di Singapura.
Cakap-cakap mengenai kekayaan yang luar biasa Azmin Ali bukanlah perkara pelik di kalangan ahli-ahli PKR.

Hisham selar 'pengecut' eksploitasi isu Interlok - ISA

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyelar tindakan pihak-pihak yang mengeksploitasi isu novel "Interlok" sebagai pemimpin pengecut dan berfikiran sempit. 

Hishammuddin berkata golongan berkenaan hanya pandai memainkan isu tetapi tidak bijak mencari jalan penyelesaian. 

"Orang yang memecah-belahkan, mereka yang mempolitik dan mengeksploitasikan sebenarnya adalah pemimpin yang pengecut, pemimpin yang berfikiran sempit yang mengambil jalan mudah. Akhirnya, anak-anak kita yang tidak berdosa menjadi mangsa," katanya.

Beliau kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan dan bantuan kepada 279 pelajar miskin dan cemerlang Parlimen Sembrong, di Kluang, hari ini. 

Jumaat, Januari 21, 2011

Anwar hanya boneka DAP - GAPS

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai boneka yang menurut segala arahan dan rancangan diatur oleh DAP dalam usaha parti tersebut menguasai politik negara.

Pengerusinya, Hamizun Khairuddin berkata, DAP menyimpan terlalu banyak rahsia peribadi Anwar menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa akur dengan segala perancangan yang diatur kerana takut segala rahsia tersebut didedahkan.

Kata beliau, Anwar tersepit di dalam situasi tersebut sehingga terpaksa mengikut lirik-lirik orkestra yang telah ditulis oleh DAP di mana beliau berperanan sebagai konduktor atau pelaksananya sahaja.

"Apa yang memburukkan lagi keadaan ialah Anwar telah melantik Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai peguam dalam kes liwatnya dan sudah tentu pelbagai rahsia peribadi beliau berada di dalam poket Karpal.

Badrul Hisham failkan injunksi

SHAH ALAM 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah akan mendapatkan injunksi mahkamah bagi mempertahankan kerusi itu yang diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

Bagaimanapun katanya, beliau hanya akan memfailkan injunksi tersebut setelah menerima notis pengosongan kerusi itu secara rasmi daripada Chang Kim.

"Saya dan para pegawai akan memfailkan perkara itu ke mahkamah secepat mungkin tetapi kami perlu menentukan aspek perundangan berkaitan terlebih dahulu," katanya.

Ajaib!!...Pariah Malaysia Membina Dewa Murugan Terbesar Di Dunia?

Facts:
Standing at 42.7 meter (140.09 feet) high, the world's tallest statue of Lord Muruga is located outside Batu Caves, near the city of Kuala LumpurMalaysia. The statue, which cost approximately RM 2.5 million, is made of 1550 cubic metres of concrete, 250 tonnes of steel bars and 300 litres of gold paint brought in from neighboring Thailand

SPR teliti notis rasmi Speaker

LABIS 20 Jan. - Persoalan sama ada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang akan diadakan atau tidak, hanya akan diputuskan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneliti notis rasmi daripada Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim berhubung kekosongan kerusi bagi kawasan tersebut.

Ini berikutan percanggahan antara alasan Chang Khim iaitu mendakwa penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah tetapi dakwaan itu kemudian dinafikan oleh wakil rakyat tersebut.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, setakat petang ini pihaknya belum menerima sebarang notis daripada Chang Khim.

ANUAR IBRAHIM DI DESAK ISYTIHAR HARGA !!!!!

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar untuk mengisytihar harta peribadinya sebagai bukti beliau tidak pernah ditaja oleh mana-mana pihak dari luar negara.

Bekas Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan itu juga sekali gus mampu membuktikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bersikap telus dan integriti dalam kepimpinannya.

Justeru, katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus segera mengambil tindakan proaktif menyiasat dakwaan mengenai kemampuan kewangan sebenar ketua pembangkang itu.

"Walaupun tanpa disuruh, Anwar sepatutnya dengan rela hati mengisytihar hartanya.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah memberitahu bahawa beliau (Anwar) tidak pernah berbuat demikian sejak memegang jawatan dalam kerajaan.

"Oleh itu, SPRM diminta siasat segera dakwaan ini tanpa perlu menunggu aduan daripada orang ramai," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

PAS Bakal Jadi Korban Politik DAP-PKR - Penganalisis.

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- PAS perlu  melupakan agenda penubuhan negara Islam yang menjadi cita-cita parti Islam itu jika terus bersama pakatan pembangkang, kata penganalisis politik.

Ini kerana, menurut mereka, PAS sering kali ditentang hebat oleh rakannya iaitu DAP mengenai agendanya dan tiada gunanya PAS terus berada dalam gabungan tersebut jika benar-benar mahu meneruskan agenda negara Islam.

"PAS tidak perlu bermimpi bahawa DAP akan menerima agenda negara Islam yang diperjuangkannya kerana DAP dari dahulu lagi tetap dengan agenda negara sekular. Adalah lebih baik PAS berjuang sendirian dan keluar daripada pakatan pembangkang bagi mengekalkan survival parti.

PERKASA desak kerajaan bertegas

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Kerajaan diminta bertegas menangani isu-isu remeh yang sengaja ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan novel Interlok.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ketegasan kerajaan dalam isu itu boleh menyedarkan pihak tidak bertanggungjawab sekali gus menutup kemelut yang ditimbulkan mengenai novel berkenaan.
‘‘Apabila kerajaan bertolak ansur dan bersikap terbuka, pihak terbabit akan naik tocang,” katanya hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada penangkapan sembilan lelaki kerana cuba menimbulkan kekacauan dengan memaparkan poster bertulis ‘Haramkan Interlok’ ketika sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves, di sini pagi ini.
Ibrahim menambah, polis bertindak tepat dalam kejadian itu kerana tindakan lelaki berkenaan mengancam keselamatan orang ramai dan keamanan ketika sambutan perayaan tersebut.
Katanya, polemik mengenai Interlok sebenarnya bukanlah satu isu tetapi sengaja diperbesarkan oleh pihak lain yang bertindak sebagai tangan ghaib untuk mendapat faedah politik daripada masyarakat India.
‘‘Buku Interlok juga tidak bermaksud untuk menghina mana-mana kaum apabila penulisnya, Datuk Abdullah Hussain turut menegur dan menulis mengenai budaya kaum lain seperti Melayu dan Cina,” katanya.

BEROK DAPAT RADIO MP3 !!!!!!

Kemelut yang direkayarsa berkaitan isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin Munawi sebagai kini memasuki fasa baru apabila Pakatan pembangkang mula menunjukkan tembelang mereka dengan pemecatan secara tiba-tiba ADUN Pelabuhan Kelang YB Badrul Hisham Abdullah semalam oleh Speaker DAP Teng Chang Kim.


Ini semua bermula apabila perkenan Tuanku Sultan Selangor untuk sidang tergempar 24 Januari ini diberikan. Sebenarnya mereka memang tidak menyangka Tuanku akan memberi perkenan, kerana itu saban siang dan malam mereka melalak kampung keluar kampung, keluar internet masuk internet bahawa Tuanku Sultan telah dibonekakan oleh UMNO/ BN dan rakyat perlu bangkit untuk membela institusi Kesultanan Melayu di Selangor. Mereka sangka Tuanku tidak akan memberi perkenan dan sidang tidak akan berlangsung; dan mereka tahu kalau berlangsung pun mereka akan tewas kerana tiada majoriti 2/3; maka isu sidang tergempar itu diputar-pooSingh sebagai bahan politik untuk dilalak sana kemari.


Tiba-tiba mereka terkedu saperti kera menahan kentut apabila Tuanku Sultan Selangor memberi perkenan. Malah Tuanku menegaskan bahawa pemberian perkenan itu adalah hak mutlak Tuanku dan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Sebagai Raja berdaulat yang bijak dan mengerti undang-undang dan amalan demokrasi, Tuanku Sultan telah bertindak mengikut kuasa dan budibicara Baginda. Dan Baginda Tuanku menegaskan bahawa perkenan itu tidak bermakna Tuanku menyokong atau menyebelahi mana-mana pihak, kerana Tuanku pun tahu puak-puak ini akan pootar-pooSingh perkenan itu sebagai tanda Tuanku menyokong mereka. Alahai yop, teman udah masak bebenor dengan perangai pootar-pooSingh dema ni yop!!

Khamis, Januari 20, 2011

GEMPAR - SPEAKER DUN SELANGOR BESAR SUDU DARI MANGKUK

Satu perumpamaan melayu, tempat tiada helang belalang jadi helang. Ini bermakna dalam sesuatu Negara, negeri atau masyarakat  mempunyai stratifikasi (susunlapis) sosialnya tersendiri .  Susun lapis itu samada tersusun kerana budaya atau disusun oleh peraturan atau undang-undang.

Sebagai contohnya, dalam sebuah masyarakat kampung,  susunan masyarakatnya seperti dimulakan oleh Penghulu,  ketua kampong, Imam dan seterusnya. Jika Penghulu tidak hadhir sesuatu majlis, maka ketua kampong itu akan menjadi utama. Jika ketua kampong tidak datang, Imam akan jadi utama. Kalau pegawai Daerah datang,  penghulu, ketua kampong dan imam akan duduk disusunan masing-masing.

Adun Pelabuhan Klang: ‘Saya sendiri tak faham . . .’

Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melambai ke arah jurugambar di luar rumahnya di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang selepas kerusinya diumum kosong semalam. — Foto Bernama

SHAH ALAM, 19 Jan — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah menafikan dakwaan beliau gagal hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan tanpa alasan munasabah sebaliknya menegaskan telah memberikan surat cuti sakit.
Badrul Hisham yang dihubungi berkata beliau hanya tidak menghadirkan diri ketika sidang DUN bulan November lepas ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.

HIMPUNAN HINDRAF DI KL BAKAR NOVER INTERLOK !!!!!

Hari ini kesemua rakyat Malaysia berbangsa India akan menyambut Hari Thaipusam yang antara upacara terbesarnya diadakan di Batu Caves, Gombak. Akan tetapi, sambutan ini juga akan dicemari dengan Perhimpunan Hindraf bagi membantah buku novel Interlok oleh Pertubuhan haram Hindraf. Perhimpunan ini juga ternyata menghina Sasterawan Negara dan apa yang Melayu CinDia diberitahu, upacara ini turut akan membakar Novel Interlok yang menjadi lambang perpaduan kaum di Malaysia. Tindakan ini ternyata mencemari Hari Keagamaan India di Malaysia dan sengaja dilakukan bagi menghuru harakan suasana aman di Malaysia.   AYUH SEMUA RAKYAT MALAYSIA, KITA BANTAH PERHIMPUNAN INI. 1MALAYSIA !!

Menyerang Si Buta Yang Tidak Bertongkat

1. Buat masa ini saya tidak akan menjawab kenyataan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor mengenai pemberian projek - projek kepada Shamsudin Hayroni kerana ia boleh menjadi subjudis kepada kes saya yang akan dibicarakan pada bulan Jun nanti.

2. Ini merupakan kali pertama saya tidak menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada saya kerana telah terikat dengan kes Mahkamah dan mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menjejaskan pembelaan saya. 

3. Sebenarnya jika kerajaan negeri ikhlas untuk membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang didakwa oleh Faekah, mereka sewajarnya memberi senarai tersebut kepada badan tersebut. 

4. Jika mahu mencari kebenaran mereka sepatutnya mendedahkan berbulan yang lalu agar saya dapat menjawabnya bukannya sekarang ketika mana mereka tahu saya terpaksa mendiamkan diri. Ini merupakan tindakan bacul dan tidak bermaruah kerajaan negeri Selangor.

5. Serangan Pejabat Menteri Besar Selangor ke atas saya kali ini tidak lebih cuba menunjuk jaguh kepada orang buta. Itu sahajalah kemampuan kerajaan yang penuh dengan kacau bilau, pembohongan dan pendustaan.

PERKASA: PINDAAN BUKAN KEMBALI KUASA SULTAN

PRIBUMI PERKASA
SHAH ALAM 18 Jan. – Rakyat negeri ini tidak seharusnya terpengaruh dengan cubaan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggunakan pindaan terhadap perlembagaan negeri untuk mengaitkannya dengan usaha mereka mengembalikan kuasa Sultan Selangor.

Pakar undang-undang, Datuk Salehuddin Saidin berkata, pindaan tersebut sebenarnya bukan bertujuan mengembalikan kuasa mutlak kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagaimana yang termaktub pada 1948.

Malah, katanya, pindaan tersebut bukan satu tindakan yang mendesak kerana ia hanya untuk mengembalikan kuasa kepada Menteri Besar bagi melantik SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang negeri.

Rabu, Januari 19, 2011

Sidang DUN: Jangan salaherti hasrat Sultan Selangor

SHAH ALAM, 19 Jan. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah bahawa, tindakan baginda menandatangani proklamasi memanggil mesyuarat Dewan Undangan Negeri pada 24 Januari ini jangan disalahertikan bahawa baginda menyokong mana-mana pihak.

"Beta telah menandatangani proklamasi untuk memanggil mesyuarat Dewan Negeri di bawah sub-peraturan 10 (3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri yang ditetapkan pada 24 Januari 2011,” titah baginda dalam satu perutusan yang dikeluarkan hari ini.

Sultan Selangor bertitah, proklamasi itu ditandatangani baginda selaras dengan kuasa dan tanggungjawab baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara LXX (1) dan LV (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Baginda juga berharap agar mesyuarat dewan pada kali ini dapat dijalankan dengan teratur mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

"Janganlah hendaknya perjalanan kuasa Beta menandatangani proklamasi ini disalahertikan bahawa Beta menyokong mana-mana pihak dan janganlah Beta diseret dan dilibatkan masuk dalam kancah politik oleh mana-mana pihak berkepentingan yang tidak bertanggungjawab,” titah Sultan Selangor. - Bernama

AWAS !!!! DAP BERNIAT JAHAT DI SELANGOR

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.


Langkah drastik ini diambil oleh speaker Dap sebagai langkah untuk menghalang beliau hadir dalam sidang khas pindaan perlembagaan pada 24 Januari nanti.


Dap memerlukan 2/3 sokongan untuk meluluskan pindaan perlembagaan dan menggugurkan adun tersebut Dap yakin cita cita untuk menghapuskan kuasa raja terlaksana. 

MP Serdang terima 'ugutan' atau provokasi dari DAP sendiri yang mahu umat Islam dianggap pengganas

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching menerima ugutan ke atas keselamatannya hari ini.

Menurut pembantunya, Chen Fan Dao, pada jam sekitar 8 pagi, pejabatnya dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa seekor ayam tergantung di luar pejabat pusat khidmat DAP di Sungai Chua, Kajang.

“Mereka bekejar dan mendapati seekor ayam tergantung di luar pagar. Lehernya dipotong dan darah masih menitis, dipercayai baru dibunuh.

Apa yang saya hendak nyatakan disini ini bukan budaya orang Islam. Provokasi oleh DAP hanya untuk menghina umat Islam sehingga membuatkan umat Islam bergaduh sesama mereka sehingga ada yang sanggup mati demi Karpal Singh, lepas itu mereka akan mencipta sesuatu kes supaya umat Islam di 'cop' sebagai pengganas. Senang sahaja mereka membuat provokasi.

Anwar lebih dari munafik, murtad..!!! – Mufti Besar Perak.


“Panas” Anwar kali ini! Bukan calang-calang orang yang menuduhnya sebagai “munafik”! Kali ini, Sahibul Samaahah Mufti Besar Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberikan pendapatnya bahawa “Anwar lebih teruk dari munafik”! Menurut sumber, Tan Sri Harussani memberikan pendapat beliau di dalam sebuah sesi temuramah ekslusif bersama Mufti Besar lantikan DYMM Sultan Perak tersebut.
Tan Sri Harussani dalam pada itu telah mendedahkan fakta-fakta pengalaman peribadi beliau bersama Anwar untuk menegaskan pedapatnya. Selain itu, beliau juga memberikan dalil-dalil konkrit untuk mengaitkan bahawa “Anwar lebih teruk dari tokoh munafik di zaman Rasulullah S.A.W, iaitu Abdullah bin Ubai! Penulis fikir, adalah lebih sesuai Anwar di”bin”kan dengan “nama baru”, Anwar “bin Ubai”! Sesuai nama ini, bukan?

Anwar Ceramah di GEREJA... Menghapuskan Sistem Raja Berpelembagaan

Adakah ini manusia namanya??????  Binatang bertopengkan manusia.

Selasa, Januari 18, 2011

Jasa Pahlawan PERKASA Negara



Buat Sekian kalinya Pingat dan Selepang Jasa Pahlawan PERKASA Negara peringkat ke 2 di keluarkan, kali ini penerimanya adalah seorang Sastrawan Negara yang mana baru baru ini buku beliau menjadi kontrovesi hanya kerana tertulis perkataan ‘PARIAH’ yang telah di politikkan, Ini lah nasib buku INTERLOK karya Sastrawan Negara Datuk Abdullah Hussien.
Sebelum penyerahan Selempang, YB Dato’Ibrahim Ali yang juga Presiden PERKASA didalam ucapannya telah menerbitkan rasa terkilannya terhadap segelintir masyarakat minoriti yang telah menyalah tafsirkan maksud PARIAH sedang ramai diantara mereka memahami maksud PARIAH didalam buku tersebut.
Turut hadir didalam Majlis Penganugerahan Pingat dan Selempang tertinggi PERKASA ialah beberapa orang Ahli Dewan Tertingi, WIRANITA,WIRA dan WIRAWATI.

Taklimat isu semasa Selangor


Satu taklimat berkenaan dengan isu semasa yang memberi fokus pada isu Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah di adakan di Dewan Auditorium Menara Sains dan Teknologi UiTM di Shah Alam malam tadi.
Taklimat telah diberikan oleh Ybhg. Datuk Salehuddin Saidin, Pengerusi Biro Undang Undang Dewan Tertinggi PERKASA dengan topik Undang undang Urus Tadbir Kerajaan Negeri Selangor dan Ybhg. Datin Paduka Prof. Ramlah Adam yang juga Ahli Dewan Tertinggi PERKASA telah membentangkan topik Sejarah Melayu dan Ketuanan.

Provokasi kebudak-budakkan

Satu laporan polis telah di buat oleh WIRA PERKASA melalui ketuanya Sdr. Arman Adza di balai Polis Sentul tengahari tadi berikutan dengan tersebarnya dilaman sosial ‘Face Book dengan pemegang akaun “Media Pakatan Rakyat” dan “Tibai UMNO” yang telah memfitnah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), yang merupakan hasutan kepada pengundi pengundi DUN Tenang.

Disini Ingin Saya Mewakili WIRA PERKASA MALAYSIA secara tegaskan setelah memeriksa dan menghubungi PERKASA Johor serta PERKASA Pusat mengenai surat layang ini dan menapati ianya sebuah surat palsu. menurut Sdr Arman Adza di sidang media petang tadi.

MUFTI SELANGOR KRITIK KEPIMPINAN KHALID GAGAP !!

Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata "Larangan dibawah seksyen 18(2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dikuatkuasa oleh MPSJ sejak Januari 2010 wajar diikuti PBT lain seluruh Selangor kerana arahan Allah bukan untuk satu daerah atau negeri sahaja bahkan satu dunia. Saya yakin YB berkenaan tidak faham tentang soal agama Islam. Ini larangan dari Allah bukan dari manusia. YB tersebut bukan 'orang agama' dan bukan faham agama". Ketika meningkah halangan pimpinan negeri yang menyekat perlaksanaan seksyen 18(2) oleh MPSJ berjalan sekarang." Benarkah kenyataan beliau ini telah menyebabkan Khalid Gagap berang dengan Mufti Selangor ini ?? Blog MATA ANGIN ada jawapannya.. 

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Paderi melayu baru tiba dari singapura, sekarang paderi kristian dikatakan sedang aktif di seremban, di anggarkan 1900 orang paderi melayu baru tiba dari singapura dan mereka sekarang sedang aktif dalam usaha untuk memurtadkan orang Islam di malaysia. 
Modius operandi mereka menggunakan air sihir/suci (holly water) jadi berhati-hatilah dengan air mineral yang di beli dan yang di beri oleh orang. antara jenama air mineral yang di kenal pasti ialah:

1. AL-BARAMKAH.
2. AL-MANSORI.
3. AL-BISTARIA.

Jadi berhati-hatilah dengan air mineral yang diberikan percuma dan yang dijual murah, di percayai air itu telah dicampur dengan holly water, semoga artikel aku ni dapatlah menyelamatkan umat Islam dari menjadi murtad. hanya setakat ini sahaja yang aku tau.

Kalau sesiapa ada maklumat detail mengenai pergerakan paderi kristian ini, boleh emailkan pada aku atau tinggalkan komen di blog ini.

Sebarkan Kepada Seluruh Umat Islam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...