بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, September 29, 2012

Malaysiakini adalah lidah pembangkang


Pulaukan Malaysiakini


Sudah terang lagi bersuluh Malaysiakini adalah lidah pembangkang. Perkasa mengambil keputusan tidak lagi melayani Malaysiakini mulai hari ini.
Setiap kali Perkasa akan adakan sidang media selepas ini, Perkasa tidak alu-alukan wakil Malaysiakini hadir. Malaysiakini adalah hanya portal berita internet yang tidak berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan yang bertanggunjawab menjaga agensi media mengapa perludilayani.
Mereka tidak patut diberi pass media. Pass media perlu diberi kepada media yang berdaftar sahaja. Perkasa menyeru NGO-NGO memulaukan Malaysiakini.

Jumaat, September 28, 2012

Malaysiakini turut terlibat agenda asing - Dr. M



KUALA LUMPUR - Portal propembangkang, Malaysiakini dilihat turut terlibat dalam agenda asing untuk menguasai politik negara dan menukar kerajaan sedia ada melalui laporan berita bertopengkan nilai demokrasi serta kebebasan bersuara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penglibatan portal berita serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha itu adalah amat tidak sihat kerana pemimpin yang bakal dipilih nanti pasti terpaksa mengikut telunjuk pihak luar.

Khamis, September 27, 2012

PEMBENTANGAN AWAL BELANJAWAN MAT JENIN


ibrahimali1cc300

Kenapa pembangkang nak bentang bajet mereka lebih awal? 

Perkara ini memang tidak pernah dilakukan ketika pemimpin lain jadi ketua pembangkang tetapi sejak Anwar Ibrahim pegang jawatan itu, beliau dan sekutunya sengaja bentang belanjawan pembangkang sebelum Bajet kerajaan.

Memang tidak ada peraturan halang Anwar dan geng-geng beliau bentang belanjawan mereka tetapi tindakan itu dianggap tidak menghormati demokrasi yang diberikan rakyat kepada kerajaan memerintah membentangkan belanjawan.

Sebab itu ahli parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali membidas cadangan pembangkang untuk bentang bajet Pakatan Rakyat pada taklimat khas Rabu.

Rabu, September 26, 2012

Sepetang Bersama T/PM di DUN Wakaf Mempelam


Kuala Terengganu 25/09/2012 - Program Sepetang Bersama Tim. Perdana Menteri dan Isteri diatas kunjungan ke DUN Wakaf Mempelam telah diadakan di perkarangan SMK Sultan Ahmad, Kuala Terengganu.

Perkasa Negeri Terengganu juga tidak ketinggalan untuk sama-sama menyambut ketibaan YAB Tim. Perdana Menteri dan Isteri seawal jam 2.45 petang yang turut dihadiri Yang DiPertua, Tim. YDP, Setiausaha, Ketua Wiranita dan lain-lain AJK Peringkat Negeri Terengganu dan Daerah.

Selasa, September 25, 2012

GEMPAR BERAPI! NGEH KOMUNIS DIPUKUL TERUK DI KONVENSYEN DAP PERAK KE 17!


Konvensyen parti di Perak jadi medan perdebatan masalah dalaman

Kuala Lumpur: Konvensyen DAP Perak Ke-17 di sini semalam menjadi medan kepada ahli parti mengkritik Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham, termasuk perbuatannya mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims.

Persidangan disertai 330 perwakilan dari seluruh negeri yang sepatutnya membincangkan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 juga bertukar menjadi perdebatan masalah dalaman parti.

Isnin, September 24, 2012

Pemimpin dunia wajar kutuk filem anti-Islam, karikatur hina Nabi Muhammad


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata filem anti-Islam 'Innocence of Muslims' dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad s.a.w dalam majalah Perancis, Charlie Hebdo, merupakan penghinaan kepada umat Islam dan wajar dikutuk oleh pemimpin-pemimpin di seluruh dunia.
Beliau berkata penghasilan filem dan karikatur itu adalah perkara yang tidak berfaedah dan telah menyinggung perasaan mereka yang berpegang kepada agama Islam.
"Charlie Hebdo mungkin tidak melanggar undang-undang Perancis dalam mencetak karikatur itu, namun kita pertikaikan etikanya dalam membuat sesuatu keputusan," katanya dalam entri terbaru Blog 1Malaysia.

Ahad, September 23, 2012

Gambar PANAS Anwar yang Terbaru Di Sebar!!

Fuyooo.. Ketua Pembangkang kita ni hebat gila. Ada private jet!! Tu belum jadi PM lagi, kalau dah jadi PM rasanya dia beli roket kot.. he he. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...