بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Mac 10, 2011

Melayu nasionalis seperti rakyat Palestin

KUALA LUMPUR, 9 Mac — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyamakan nasib orang Melayu — kaum terbesar negara ini — dengan rakyat Palestin yang kelihatan nasionalis tetapi tidak boleh menolak daripada menyerahkan hak mereka jika ada tawaran harga yang tinggi.
Sejak melepaskan jawatan perdana menteri hampir lapan tahun lalu, Dr Mahathir menyuarakan pandangan-pandangan yang pedas untuk membela kaum Melayu sama ada menerusi komen dan kenyataan menerusi tulisan dan ucapan khususnya selepas pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.
“Zahirnya, orang Melayu kelihatatan lebih nasionalis sehingga dianggap sebagai rasis.

“Mereka boleh menjadi sangat anti-Cina dan tidak kisah untuk menjadi biadap dan tidak munasabah apabila kritik mereka,” kata beliau yang juga bekas presiden Umno.
Dalam tulisan memoirnya berjudul “A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”, Dr Mahathir menambah, sikap mereka mengingatkan tingkah laku masyarakat Arab di Palestin.
“Nasionalis atau tidak, mereka tidak boleh menolak harga tinggi yang ditawarkan,” kata pembela rakyat Palestin ini dengan membandingkan kedua-dua masyarakat ini.
Di tanah air Dr Mahathir sejak kebelakangan ini dianggap sebagai, khususnya oleh pertubuhan bukan kerajaan seperti Perkasa, pembela orang Melayu.
Ekoran kenyataan-kenyataannya itu ada yang menganggap Dr Mahathir sebagai rasis, tetapi negarawan berusia 86 tahun ini menafikan tanggapan-tanggapan sedemikian.
Malah Dr Mahathir juga seringkali menegaskan bahawa orang Melayu di Malaysia akan menjadi masyarakat Melayu di Singapura jika hak mereka tidak dipertahankan lebih-lebih lagi selepas dakwaan bahawa kuasa politik mereka terhakis.
Kata Dr Mahathir, sementara orang Arab terus-menerus mengecam Yahudi atas tindakan mereka membina negara Israel di bumi mereka, mereka juga “sudi untuk menjual tanah mereka kepada Yahudi.”
“Saya tidak mengatakan bahawa masyarakat Cina Malaysia juga seperti Yahudi, hanya bahawa orang Melayu bertindak seperti rakyat Palestin.” kata Dr Mahathir.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1971 untuk meningkatkan ekuiti orang Melayu dan Bumiputera sehingga 30 peratus telah gagal.
Dasar 20 tahun berakhir 1990 tetapi matlamatnya diteruskan menerusi dasar-dasar baru selepas itu.
Perkara itu juga ditekankan oleh Dr Mahathir dalam bukunya yang diterbitkan oleh MPH Group Publishing dan dipasarkan mulai semalam.
Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003 berkata kegagalan itu adalah kerana kelemahan orang Melayu sendiri.
“Orang Melayu percaya atau mendakwa bahawa orang Cina berjaya dalam perniagaan dengan menipu. Tetapi, apabila seorang Melayu mahu menandatangani satu kontrak (untuk membina sebuah rumah, misalnya), dia tidak akan memberikan kepada kontraktor Melayu.
“(Sebaliknya) dia sanggup (memberikan) kepada seorang kontraktor Cina. Jelas, dia lebih percaya orang Cina daripada orang Melayu,” katanya.
Dr Mahathir juga berkata, ramai orang Melayu sudah biasa dengan sokongan ekonomi yang berterusan dan apabila aliran sokongan dihentikan, mereka tidak boleh bergerak sendiri.
Malah kata beliau, daripada belajar tentang bisnes dan pengurusan kewangan, mereka mendapatkan hasil menggunakan jalan mudah dan peluang-peluang jangka pendek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...