بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Ogos 26, 2011

MASA DAH TIBA UNTUK USTAS NUAR AL-JUBURI MENINGGALKAN KITA SEMUA ???



Dua jam dan 32 muka surat Anwar peruntukkan semalam untuk dia mempertahankan dirinya. Dari 32 muka surat tersebut hanya dua perenggan atau 1 minit sahaja yang Anwar ‘pertahankan’ dirinya atau perkara yang tidak pernah kita dengar dari mulut Anwar sebelum ini . Yang lain atau 99.9999999999 % lagi semuanya adalah koleksi-koleksi apa yang diperkatakan Anwar di atas pentas-pentas ceramah selama tiga tahun lepas yang dikutip kembali dan dibacanya semula dalam mahkamah.


Dua perenggan yang dimaksudkan adalah:

1) Pintu dimana kejadian liwat berlaku tidak diselak dan Saiful ada peluang untuk melarikan diri.

2) Saiful datang dengan membawa KY Jelly bersamanya dan bersedia diliwat secara sukarela.

Dua perenggan itu yang cuba digunakan Anwar untuk ‘mempertahankan’ dirinya juga sudah menemukan kita dengan jawapan kepada persoalan apa yang berlaku dalam bilik itu.

Anwar memberi gambaran kepada kita bahawa kejadian liwat yang berlaku itu bukan paksaan, sebaliknya ianya berlaku suka sama suka.

Soal paksaan atau suka sama suka adalah perkara kedua. Yang mustahaknya dalam ceramah bela diri Anwar dari kandang tertuduh semalam dia sendiri telah mengesahkan berlaku kejadian liwat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...