بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Mac 08, 2012

Saya nak jadi PM, bukan MB



Naib Presiden PAS Mahfuz Omar menafikan tanggapan akan bertanding di peringkat DUN untuk dilantik menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika Pakatan Rakyat mempertahankan negeri itu dalam pilihan raya itu akan datang.
“Kawan-kawan saya minta bertanding DUN tapi saya tolak… Saya tidak bersedia untuk bertanding DUN. Buat apa jadi MB, baik jadi PM. MB duduk bawah PM,”

Hu hu hu menegak segala bulu bila membaca artikel tersebut yang di petik dari sebuah portal berita internet yang pro kepada pembangkang itu.
Apa kabar sahabat pembaca sekelian, semoga dilindungi ALlah semata tanpa ada dua diantara Nya, InsyaAllah.
Mahfuz Omar Jadi PM? depa kata cerminlah diri dahulu, bukan kah didalam pembangkang hanya mengiktiraf Anwar sahaja yang layak menjadi PM.
Aku tidak dapat nak pastikan adakah Mahfuz ini sedar diri atau sedang mamung semasa mengucapkan kata-kata tersebut. Hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri, adalah satu mimpi yang tidak mungkin jadi kenyataan. Tapi didalam politik yang seribu kemungkinan segalanya boleh jadi.
Mana tahu puak puak yang taksub untuk kesyurga secara beli tiket dengan Nik Aziz ini sudah kelabu mata sehingga boleh memilih seseorang dengan latar belakang pendidikkan yang lebih baik sedikit dari UPSR (dalam konteks zaman ini) dan merangkap bekas pekerja stor di Lapangan Terbang Bayan Lepas sebagai Perdana Menteri. kan politik itu seribu kemungkinan, agaknya PAS sudah kekeringan calon yang boleh diketengahkan sehingga terpaksa meletakkan seorang yang lawaknya saperti Br Bean untuk menjadi Perdana Menteri.
Tidak salah jika dikatakan PAS lunyai diasak oleh penyokong UMNO kerana meletakkan Mr Bean sebagai calon pilihanraya dan kemudiannya menjadi Ahli Parlimen dan kini nak mengangkatnya sebagai Perdana Menteri pula lagi?
Walaupun ramai pengikut tok tok Mahfuz mengakui dia punya kewibaan sebagai pemimpin, tetapi menjadi bahan lawak kepada pengikut UMNO, takkan hanya kerana enggan membayar denda sebanyak RM 1,500, sebaliknya memilih di penjara dah layak dikatakan sebagai menerima cabaran sebagai seorang pemimpin.
Jika puak ini mengatakan itulah ukuran dan kelayakkanya untuk menjadi PM, Aku rasa itu tidak cukup melayakkan Mahfuz dilantik menjadi Perdana Menteri kerana ada pemimpin PAS malahan didalam puak pembangkang sekali pun ada yang pernah di penjara lebih lama dari yang di hadapi oleh Mahfuz.
Rata rata didalam pakatan rakyat impian mereka hanya lah mahu melihat Anwar menjadi PM dan bukan orang lain, itu sebab mereka ini akan menyerang sesiapa pemimpin parti mereka jika ada yang bermimpi untuk jadi PM haya Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia, bukan sesiapa dari mana-mana pemimpin utama parti komponen yang lain, itu lah impian puak pembangkang.
Jika dibandingkan diantara Mahfuz, Guan Eng, Lim Kit Siang, Hadi Awang sudah tentu Mahfuz tidak layak pun untuk masuk dalam senarai kerana jawatannya dalam PAS sekarang hanya sebagai Naib Presiden, bukan Presiden, apatah lagi Mursyidul Am, jadi Mahfus sila cermin diri dahulu.
Ada yang bertanya, adakah kenyataan Mahfuz ini bagi menyanggah kenyataan Setiausaha Politik Anwar , Abdul Rahman Yusof yang berkata di Terengganu, hanya Anwar yang layak menjadi Perdana Menteri?. Bila aku ajukan soalan ini pada rakan yang pro Anwar mereka berkata kenyataan Abdul Rahman itu tepat dalam ruang lingkup yang telah dipersetujui oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat.
Ada juga sahabat yang berkata mungkin ini ianya lawak jenaka Mahfuz sahaja, kan dia terkenal sebagai Mr Bean di dalam Parti PAS. Walaupun ia mungkin bersifat lawak jenaka atau sinikal, tapi ia juga boleh mengelirukan rakyat dalam masa yang sama, kata sahabat ini, tapi aku tak keliru pun, cuma seronok melihat aksi lawak Mr Bean dari PAS ini.
Orait sahabat aku stop disini dahu;u, semoga Allah selamatkan Malaysia dari di takbir oleh Mr Bean.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...