بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Oktober 02, 2012

Jaringan Muslim P.Pinang Cadang Anjur Perhimpunan Pertahan Akidah Ummah


GEORGE TOWN, 1 Okt (Bernama) -- Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) bercadang mengadakan majlis silaturrahim ummah bagi mewujudkan kesefahaman dan keseragaman dalam bertindak serta penyatuan mempertahan akidah dan keselamatan negara.

Penyelaras JMPP Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata perhimpunan sehari bertema 'Menjana Pengorbanan, Mendepani Rintangan, membina Gelombang Kebangkitan,' itu akan diadakan pada 28 Okt ini sempena sambutan Aidiladha.

"Inisiatif ini lahir dari kesedaran dan rasa insaf terhadap agenda penghinaan Islam serta aktiviti memurtadkan umat Islam yang semakin berleluasa di peringkat dunia dan negara.

"Lokasi perhimpunan itu akan diumumkan kemudian, manakala tetamu kehormat yang akan hadir adalah semua umat Islam, dan semua dijemput hadir bagi sama-sama kita kukuhkan perpaduan ummah menentang musuh Islam," katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran JMPP, yang merupakan himpunan 35 badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pulau Pinang.

Antara NGO di bawah JMPP ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Suara Anak Malaysia dan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa). BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...