بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Ahad, Oktober 07, 2012

Soros Jadian Di Malaysia Semakin Menjadi-Jadi


BARU-BARU ini Malaysia digemparkan dengan kes penajaan Soros kepada Pertubuhan SUARAM dan beberapa Pertubuhan atau NGO lain, bagi menggerakkan suara keadilan di Malaysia tanpa batasan.
Amat mengecewakan bagi sesetengah masyarakat Malaysia merasakan ianya tidak wajar sekali apabila orang luar sudah berani mempertaruhkan wang mereka untuk menjajah minda dan hak bersuara rakyat sesebuah negara.
Inilah yang amat kita takuti dari dahulu sehingga sekarang, apabila rakyat boleh dengan mudahnya dibeli dengan wang ringgit.
Ada wang jiwa manusia pun boleh dibeli. Suara tentang pilihanraya umum ke-13 semakin hari semakin jelas pertanyaannya bila ianya akan berlaku?
Melihat senario pengaliran wang yang begitu jelas oleh sesetengah pihak luar yang tidak bertanggungjawab amatlah merisaukan kita.
Apakah kemungkinan pihak luar juga mampu mencaturkan pemimpin sesebuah negara?
Itu merupakan satu kemungkinan yang pasti, seandainya terlalu banyak NGO yang diwujudkan di dalam negara ini sudah tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai jatidiri yang kuat sayangkan agama, bangsa dan negaranya.
Kebanyakkan pemimpin parti sememangnya lahir dari NGO, apa yang ditakuti bekas pemimpin dari NGO yang ditarik masuk sebagai peminpin pasti sudah hilang jati diri kenegaraannya sehingga mampu dibeli hanya dengan wang segala kepentingan negara sanggup mereka ketepikan.
Inilah masanya bagi mereka berempas pulas bertanding bagi memenangi kerusi masing-masing dan memasukkan agenda mempeorak perandakan sesebuah negara.
Penjajahan wang seperti ini harus dihentikan kerana kita hanya memandang Soros dari Barat sedangkan Soros kecil telah mula wujud di Malaysia dan menular di dalam parti masing-masing.
Tenang hakikat di luar tetapi berkocak keadaaannya di dalam setiap parti hanya kerana dendam kesumat yang belum reda akhirnya para pemimpin mulai mejadi soros-soros kecil mengeluarkan wang bagi menaja individu tertentu untuk menggulingkan sesetengah pemimpin tanpa sebarang ragu-ragu.
Perkara ini sudah tidak menjadi satu kehairanan apabila kita turun ke bawah ke akar umbi.
Rungutan seperti inilah yang sering kita dengari apabila sesetengah pemimpin parti sanggup mengeluarkan wang sakunya sendiri bagi mencatur dan menggulingkan pemimpin yang tidak mereka gemari walaupun sesame parti.
Walaupun dalam diam tetapi telah mulai menular di bahagian dan di parlimen sendiri apabila pemimpin yang berkeluakuan soros kecil ini sanggup mengupah orang hanya untuk memburuk-burukkan pemimpin yang tidak mereka sukai.
Kita janganlah terlalu asyik dengan ghairah dengan cerita-cerita Barat sedangkan “Soros kecil” di Malaysia semakin menular ke akar umbi.
Kalau kita ingin menawan kembali Negara ini maka pemimpin atasan seharusnya menghakiskan sikap “Soros Kecil” dikalangan pemimpin dalamana itu sendiri.
Pada pandangan saya Sikap pemimpin yang suka membeli inilah seharusnya dikikis terlebih dahulu.
Merekalah yang bertanggungjawab mewujudkan pemimpin mata duitan yang sanggup menggadaikan apa sahaja demi mencapai matlamat mereka yang kotor dan jijik ini.
Bagi saya sememangnya penjajahan wang dari luar bukanlah sesuatu yang mustahil malahan amat dinanti-nantikan dan sudah pun dirasai.
Oleh itu satu cara untuk seseorang pemimpin atasan menghalang anak buahnya dari dibeli oleh Soros dari Barat maka ia terlebih dahulu seharusnya memancung Soros jadian di Malaysia yang semakin menjadi-jadi.
Bukan wang yang diterima sahaja dianggap rasuah malahan orang yang memberi itulah lebih berat rasuahnya dari yang menerima.
Semua orang kagum dan bangga dengan seseorang pemimpin yang berharta dan berwang ringgit tetapi harus disemak semula apakah pemimpin sedemikian mempunyai sifat “Soros Kecil” didalamnya?
Kalau beginilah pemimpin yang bakal dipilih maka jangan hairan kalau satu saat nanti Soros dari Barat akan memandang pemimpin Malaysia seperti ulam timun yang dengan mudah mampu dimakan dan ditelan.
Berwaspadalah kita dalam menentukan bakal pemimpin akan dating janganlah kita mempertaruhkan negara kita kepada dunia Barat dengan mewujudkan pemimpin “Soros Kecil” di dalam negara sendiri.
Sumber:terengganutoday

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...