بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Rabu, November 14, 2012

Ada Pemimpin PAS menggalakkan gejala murtad


Seorang demi seorang pemimpin PAS bersuara menyokong Naib Presiden PKR, Nurul  Izzah Anwar yang kian tertekan berhubung kontroversi kenyataan kebebasan beragama di satu forum, Sabtu lalu.

Paling awal ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menyokong kenyataan ahli parlimen Lembah Pantai itu.

Selepas itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan komen panjang kerana mahu mendengar penjelasan Nurul Izzah dan melihat buktinya terlebih dahulu.

Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi senang, beliau enggan komen sebab yang menyiarkan berita itu akhbar Utusan Malaysia.

Sementara itu ahli parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Rawa yang turut hadir dalam forum di dewan sebuah gereja di Subang Jaya menjelaskan tindakan mengaitkan kenyataan Nurul Izzah berhubung “tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.

"Mengaitkan prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman. Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Pada Rabu ketika isu itu turut hangat di Dewan Rakyat apabila timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Masitah Ibrahim mengatakan tindakan Nurul Izzah menghina Islam, di luar Dewan pula Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, lagi hebat apabila kata bersedia menghadap Sultan Selangor.

Ini katanya  bagi menjelaskan isu sebenar berhubung kontroversi berkaitan kenyataan Nurul Izzah selepas kenyataan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bahawa Sultan Sharafuddin Idris Shah turut terkejut dan kesal dengan kenyataan itu.

"Saya yakin mereka tidak berlaku adil. Ini disebabkan memutarbelitkan maklumat. Tidak munasabah Nurul Izzah ajak orang keluar agama.

"Saya yakin Sultan tidak mendapat kenyataan Nurul Izzah sebenar, saya bersedia menghadap Sultan bagi memberi informasi yang sebenarnya," katanya kepada media di lobi parlimen.

Katanya, maklumat yang sebenar mungkin tidak dijelaskan oleh Mais kepada Sultan Selangor.

"Saya cukup baik dengan Sultan. Saya sendiri boleh bawa kenyataan sebenar Nurul Izzah kepada Sultan," katanya.

Lewat petang di lobi parlimen, Dewan Muslimat Pas berpendapat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu telah dihukum sebelum disiasat dengan terperinci.

Timbalan Ketua Muslimat PAS, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, tiada ahli Muslimat PAS hadir pada Forum Islamic State - Which Version Whose Responsiility, hanya Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa yang hadir mewakili Parti sebagai panel.

"Selepas mendengar penjelasan YB Nurul sendiri dan YB Mujahid, maka kami percaya dan yakin apa yang diperkatakan oleh YB Nurul telah diputarbelitkan.

"Banyak andaian dan tanggapan dibuat oleh pelbagai pihak bagi memanjangkan isu ini walaupun mereka tidak hadir dan mendengar sendiri forum itu. Mereka membuat komen hanya berasaskan laporan Utusan Malaysia," katanya pada sidang media.

Yelah tu...Dr Siti Mariah tak sedar ke beliau juga buat ulasan hanya dengan penjelasan Nurul Izzah dan Dr Mujahid. Apakah itu tidak berat sebelah?

Esok lusa tentu ramai lagi pemimpin PAS buat kenyataan sokong Nurul Izzah.

Masing-masing dah berlumba-lumba nak tumpang publisiti hinggakan apa yang Hadi cakap, mereka kebelakangkan.

Dalam hal ini, kenyataan Dr Dzulkefly nampak macam kurang cerdik.

Kenapa beliau yang hendak menghadap Sultan Selangor beri penjelasan dalam isu ini?

Dakwaan bahawa beliau rapat dengan Sultan Selangor, itu cerita lain.

Beliau patut faham bahawa Mais mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan siasatan terhadap apa dilaporkan itu sama ada benar atau sebaliknya.

Sudah pasti siasatan itu lebih tepat kerana banyak pihak mungkin dipanggil memberi keterangan dan penjelasan.

Artikel selanjutnya sila baca dan KLIK DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...