بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Ahad, Disember 02, 2012

Perwakilan Umno Bidas Pembangkang Gadai Agama Dan Akidah


KUALA LUMPUR: Tindakan pembangkang melonjakkan konsep dan pendirian yang boleh menggadai agama dan akidah Islam menunjukkan ada yang tidak kena dengan perjuangan mereka.
Rata-rata perwakilan Umno yang membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2012, di sini hari ini, membidas tindakan pembangkang yang dilihat mampu enjahanamkan umat Islam dan membawa padah kepada seluruh rakyat Malaysia.
Wakil Kedah, Mohd Kamal Saidin misalnya, berkata: "Sesiapa yang menyatakan agama lain sama atau lebih tinggi (kedudukannya daripada Islam), maka tersisihlah dia daripada jalan Allah.
"Mereka melampau hingga sanggup mengatakan undang-undang menyekat LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) lapuk, menghalalkan sembahyang dua imam dan mengharamkan sembelihan orang Umno."
Sambil menegaskan pihak berkenaan telah terkunci hati dan tertutup penglihatan daripada kebenaran, Mohd Kamal berkata tidak ada sebab rakyat menyokong mereka.
Mohd Kamal turut mengecam PAS yang sanggup bersekongkol dengan golongan yangmemperjuangan pluralisme selain tidak mahu bersahabat dengan Umno yang jelas menjunjung kesucian Islam dalam perjuangannya.
Menyifatkan DAP sebagai "zalim" berhubung apa yang didakwa penindasan terhadap orang Melayu di Pulau Pinang, beliau berkata: "Mengapa PAS memilih berkawan dengan orang yang zalim seperti DAP?
"Mengapa tidak memilih kita, Umno, yang menghulur kasih sayang sesama umat Melayu dan Islam."
Rakyat yang celik katanya, akan melihat sendiri betapa sesatnya PAS dan konco-konco pakatannya dan akan terus memilih untuk bersama Umno dan Barisan Nasional (BN).
Tegasnya, rakyat harus menyokong pakatan BN yang tersusun rapi sejak sekian lama yang ternyata mampu meneruskan usaha membawa kemakmuran untuk negara.
Ketika menyokong usul itu, wakil Puteri Umno Hasrunizah Hassan berkata umatIslam perlu bersatu dalam memastikan gejala penyelewengan akidah dapat diatasi dengan hikmah dan bijaksana.
"Gejala-gejala keruntuhan akidah bukan sahaja menggugat kemurnian dan kesucian Islam, malah sebenarnya telah menjatuhkan kemuliaan dan darjat manusia," tegasnya.
Wakil Perlis, Fathul Bari Mat Jahya pula menjawab perdebatan di laman sosial kononnya Perhimpunan Agung Umno banyak menyerang pakatan pembangkang berbandingmuktamar sebuah parti pembangkang baru-baru ini.
"Kami berdiri, berbincang cuba untuk menjawab, memberi penjelasan kepadarakyat untuk memastikan liputan ini disebarkan secara meluas dengan cara yangadil," kata Fathul Bari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia.
Selain itu, beliau menuntut pakatan pembangkang yang sering melemparkantohmahan terhadap Umno dan BN supaya bermuhasabah dan mengakui kelemahan sendiriselain menghentikan perbuatan itu. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...