بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, Februari 28, 2011

Tiada perubahan selama 20 tahun jadi MB Kelantan


PASIR SALAK 26 Feb. – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak layak untuk dibandingkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah banyak berjasa kepada negara.
Beliau berkata, tiada apa perubahan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz selama 20 tahun beliau menjadi Menteri Besar Kelantan berbanding sumbangan selama 22 tahun Mahathir kepada rakyat Malaysia.
“Nik Abdul Aziz jika hendak dibandingkan dengan Tun (Mahathir), sebesar tahi hidung saya pun tidak padan,” katanya pada Perhimpunan Melayu Perkasa Perak di Pulau Datuk Sagor di sini hari ini.
Perhimpunan tersebut merupakan yang kedua selepas diadakan di Pasir Mas, Kelantan dalam siri jelajah Perhimpunan Melayu Perkasa di seluruh negara.

Pada perhimpunan tersebut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menegaskan, beliau dan Perkasa bukan rasis kerana memperjuangkan kaum Melayu.
Katanya, selama menjadi wakil rakyat, beliau tidak pernah dituduh sebagai rasis dan beliau juga mempunyai ramai rakan di kalangan bukan Melayu.
“Dalam mempertahankan orang Melayu, Perkasa mendapat sokongan Utusan Malaysia dan Tun (Mahathir). Maka, Utusan Malaysia dan Tun juga dituduh sebagai rasis.
“Bila masa kita rasis? Sudah lama kita menerima kaum lain sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman secara terbuka menyatakan sokongan kepada perjuangan Perkasa pada perhimpunan tersebut.
Beliau turut menafikan Perkasa adalah rasis kerana apa yang dilakukan oleh pertubuhan itu hanyalah untuk mempertahankan hak orang Melayu.
“Sebagai wakil rakyat, saya bela nasib semua rakyat tanpa mengira kaum.
“Jangan tuduh saya sebagai rasis apabila saya membela nasib orang Melayu,” katanya sambil disambut dengan sorakan oleh lebih 15,000 orang Melayu yang hadir pada perhimpunan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...