بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Mac 01, 2011

Bantah kemasukkan 45 ribu pekerja dari India – PERKASA

PERKASA terkejut dengan keputusan krajaan untuk mengambil 45ribu pekerja asing dari India,alasan kekurangan pekerja dalam berbagai sektor,benarkah sebanyak ini yang di perlukan?kenapa dari India?.
Ini berikutan dengan langkah kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia meluluskan pengambilan 45,000 pekerja asing oleh Persatuan Peniaga-peniaga India Malaysia bagi membantu mengisi kekurangan tenaga kerja dalam 13 jenis perniagaan yang diusahakan mereka.
Menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian mengambil kira kesukaran untuk sesuatu perniagaan beroperasi kerana tiada tenaga kerja yang mencukupi.

Katanya, kementerian memahami masalah pengusaha yang gagal mendapatkan tenaga kerja tempatan berikutan keengganan mereka untuk bekerja dalam sektor perniagaan kecil-kecilan.
“Sehubungan itu kementerian bersetuju meluluskan permohonan persatuan berkenaan untuk mendapatkan tenaga pekerja bagi 13 sektor perniagaan”
Kata Dato Ibrahim Ali, “Kalau yang sudah jadi warganegara pun ada yang tidak taat kepada negara,membawa masuk seramai ini akan menambahkan lagi masaalah sosial,kenapa tidak ambil dari lain lain negara sama,bukan kesemua 45ribu dari India,Pihak KDN kena halusi setiap pemohon dan tidak hanya Kementerian Sumber Manusia sahaja yang buat keputusan.”
Menurut Subramaniam pula, kerajaan hanya meluluskan pengambilan 45,000 pekerja asing selepas mengambil kira pelbagai faktor.India dipilih sebagai negara sumber bagi mendapatkan pekerja asing berkenaan kerana kerajaan mendapati aktiviti dan kemahiran pekerja-pekerja terbabit di negara tersebut adalah bersesuaian dengan permintaan.
PERKASA mengesa kerajaan belajar dari pengalaman sebelum ini.
Jumlah keperluan kena hati hati,kerana jumlah yang di lulus melebihi dari keperluan sebenar.Ia nya permainan pihak pihak tertentu dan yang mendapat kuota besar dapat komisyen besar.
Dulu kata beku kemasukan pekerja asing,senyap senyap beribu yang di lulus atas dasar kelulusan khas.Pentingkan keselamatan negara walaupun atas nama perniagaan.
Negara lain tidak semudah negara Malaysia.PERKASA mendesak kerajaan berhati hati dan jangan terlajak dengan membuat keputusan yang terburu buru kerana mungkin ada ajenda pihak tertentu.
Ada pihak dakwa kerajaan Malaysia hari ini menindas kaum tertentu,mahukah mereka datang ke Malaysia jika benar dakwaan tersebut, mengakhiri sms yang di hantar ke laman web pribumiperkasa.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...