بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Mac 19, 2011

DNA : KITA Pertahankan Zaid, Selar Pengarah Komunikasi PKR

AIDCNews – 19/03/11 – Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mempertahankan kenyataan Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim yang mengesa Ketua Umum PKR menyerahkan DNAnya untuk menentukan kebenaran dan dalam masa sama menyelar kenyataan Pengarah Komunikasi PKR , Nik Nazmi Nik Ahmad yang dianggap sebagai kurang matang.
“Jelas kenyataan Nik Nazmi ini cetek akal dan kurang matang sehingga mengaitkan maruah Zaid dengan Perkasa dan Gaps. Cukup pelik bila timbul kenyataan mengenai isu Anwar, maka ia akan dikaitkan pula dengan konspirasi sesebuah parti untuk menjatuhkan beliau”, kata Abd Latif A Tambi, Setiausaha KITA.
Manakala Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat KITA, Rashid Azad Khan, berpendapat kenyataan Nik Nazmi yang meragui ketelusan sistem perundangan itu adalah satu penghinaan kepada mahkamah.

Malah dakwaan Nik Nazmi bahawa pihak pendakwaan cuba ‘mereka-reka’ sampel DNA Anwar ke atas Saiful hanya akan memudaratkan kes yang sedang berlangsung.
“Jelas bahawa, beliau lekas membuat kesimpulan sedangkan pandangannya itu hanya memudaratkan kes ini dan tindakan itu satu penghinaan terhadap mahkamah kerana tidak mempercayai sistem perundangan yang sedia ada”, katanya seperti dilaporkan Free Malaysia Today. Klik di sini
AIDCNews pada 15 Mac lalu menyiarkan pandangan Presiden KITA, Zaid, yang menyarakan agar Anwar secara sukarela menyerahkan sampel DNAnya untuk membuktikan beliau tidak bersalah dalam kes pertuduhan liwat yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi sekarang ini.
Menurutnya sekiranya Anwar terus menerus menolak untuk menyerahkan sampel DNAnya, ini akan menyebabkan masyarakat kecewa dan akhirnya tidak yakin untuk menyokong pemimpin pembangkang kerana setiap rakyat mengharapkan pemimpin mereka mempunyai tahap moral yang tinggi.
Apatah lagi tokoh seperti Anwar yang mengetuai pakatan pembangkang dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan menawan Putrajaya.Klik di sini.
Zaid, seorang peguam terlatih dan pengasas firma undang-undang swasta terbesar di negara itu, turut meramalkan kemungkinan besar Ketua Umum PKR itu bakal dipanggil oleh mahkamah untuk membela diri kerana naratif saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah sangat kredibel berbanding dengan naratif Sukma Darmawan Sasmitaat Madja pada tahun 1998.
Bekas Calon Timbalan PKR itu yang mampu akses semua fakta perbicaraan kes liwat Anwar pada tahun 1998 turut mendedahkan maklumat yang dibicarakan secara tertutup iaitu keterangan seorang saksi pendakwa dari konsultan psikiatri (consultant psychiatrist) di mahkamah yang mengatakan Sukma Darmawan mengalami penyakit ‘depression‘ kerana merasakan dirinya terabai oleh kekasihnya yang terlibat dengan lelaki-lelaki muda yang lain. Klik di sini
Ekoran penyakit depression itu, Sukma Darmawan mengambil keputusan untuk membedah duburnya pada 21 Jun 1997 supaya terus diberi perhatian semula oleh kekasihnya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...