بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, April 11, 2011

Perlantikan kuatkan PERKASA



Perkasa hari ini membuat pengumuman dengan perlantikan baru beberapa jawatan penting dan utama didalam haraki Pertubuhannya, berkuat kuasa hari ini sempena dengan Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Perkara telah di umumkan sendiri oleh Presiden Perkasa YB Dato Ibrahim Ali.

Beberapa jawatan utama didalam haraki kepimpinan Perkasa kosong akibat dari beberapa perkara yang umum telah ketahui, saperti perletakkan jawatan, Ketidakmampuan melaksanakan peranan dan tanggung jawab menyebabkan jawatan utama ini perlu di penuhi segera.
Jawatan Bendahari yang di kosongkan oleh Dato Shuib Lazim telah di isi oleh Dr Marzuki Ibrahim, sementara jawatan Yang Di Petua Wilayah Persekutuan telah sandang oleh Sdr Sharifuddin Abdul Hamid yang mengantikan Dato Mokthar Samad, juga telah meletakkan jawatannya.

Dua jawatan kontroversi ia ini jawatan Ketua Wira dan Ketua WiraNita juga telah di penuhi dengan persetujuan seluruh ahli dewan tertinggi yang hadir mesyuarat petang tadi.
Ketua Wira yang sebelum ini disandang oleh Sdr Arman Adha yang kemudiannya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan telah di ambil alih oleh Sdr Irwan Fahmi Ketua Wira, dibantu oleh Timbalannya Sdr Nurul Izham Nurul Anuar (juga dikenali sebagai Ba’am di kalangan rakan rakan) orang muda yang mampu menggalas peranan dan tanggung jawab untuk terus mengerakkan aktiviti Wira Perkasa ke arah yang lebih cemerlang.
Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin
Sementara jawatan Ketua WiraNita yang di kosongkan oleh Puan Raihan telah di isi oleh Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin dan Timbalannya Pn Shalina Dato Sharani.
Semoga dengan perlantikan baru ini Perkasa akan terus bergerak kehadapan untuk menyelesaikan dan membangkitkan isu isu yang menyentuh hak Melayu dan Bumiputra.
Pribumiperkasa.com mengucapkan syabas dan selamat menjalankan tugas dengan penuh Amanah, Iklas dan Cekal, saperti yang selalu di ungkapkan oleh YB Dato Presiden yang memetik puisi Tun Dr Mahathir ” Hanya yang cekal dan tabah sahaja yang akan berjaya”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...