بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, April 11, 2011

Perkasa ujudkan PEMANTAU

Perkasa didalam keputusan mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi ,telah memutuskan untuk mewujudkan satu badan dipanggil Badan Pemantau Prestasi Bumiputera (Pemantau).
“Badan ini akan diketuai oleh Pengerusi Biro Ekonomi Perkasa yang juga Naib Presiden Perkasa, Dr. Zubir Harun,” kata setiausaha Agung Perkasa Sdr. Syed Hassan Syed Ali selepas mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Petang tadi..
Anggota Jawatankuasa Pemantau adalah terdiri dari beberapa pimpinan NGO Melayu dan Bumiputera yang telah bersetujui untuk bersama Perkasa, kata beliau.
“Pemantau diwujudkan bagi memastikan prestasi Bumiputera sentiasa diukur, dianalisis dan dibahaskan secara berkesinambungan.
“Segala data dan analisis yang diperoleh menerusi Pemantau dapat diguna pakai oleh semua pihak demi kepentingan ekonomi Bumiputera,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...