بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, September 17, 2011

PERKASA AKAN KAJI PEMANSUHAN ISA



Perkasa 16 Sept.2011: Perkasa menyentuh pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berikutan tindakan kerajaan yang akan menghapuskan beberapa akta penting berkaitan keselamat negara malam tadi.
Perkasa dengan ini akan mengadakan Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi tergempar pada hari Ahad,bersamaan 18hb. Sept. ini. Walaupun belum di pastikan tempat mesyuarat tetapi akan di maklumkan sehari sebelum mesyuarat.

Perkasa tidak terburu buru didalam mengeluarkan kenyataan bagi menyentuh pengumumkan Perdana Menteri itu kerana adalah perlu dibuat satu kajian terlebih dahulu kesan baik buruknya kepada negara oleh beberapa pegawai Khas Perkasa yang telah diberikan tugas mengkaji niat kerajaan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui satu pengumuman khas telah menyatakan beberapa akta dan undang undang yang sedia ada akan di kaji semula malahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan sama sekali dan kerajaan akan memperkenalkan dua akta baru untuk mengekalkan keselamatan negara.
“Mengapa tindakan menghapuskan beberapa akta penting berkaitan keselamatan negara oleh kerajaan perlu kerajaan lakukan? Ini yang perlu Perkasa kaji” menurut kenyataan Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali.
Selain itu Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa, Kajian semula komprehensif akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933, Mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 ,juga Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Juga Perdana Menteri menyentuh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,berkenaan kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Buat masa ini Perkasa tidak dapat mengadakan mesyuarat tergempar ,adalah kerana lebih separuh Ahli Dewan Tertinggi Perkasa menetap diluar Kuala Lumpur termasuk Sabah dan Sarawak, Untuk mengadakan mesyuarat tergempar hari ini (17hb Sept) juga boleh, tetapi Presiden Perkasa mahukan kehadiran penuh bagi mesyuarat itu nanti.
Pada mesyuarat tergempar Ahad nanti,akan membincangkan dengan teliti setelah mendengar penjelasan dari pegawai pegawai yang ditugaskan mengkaji langkah kerajaan itu iaitu menghapuskan beberapa akta penting keselamatan negara.
Perkasa akan teliti sama ada keputusan kerajaan itu adalah demi kepentingan politik atau demi kepentingan negara.
“Perkasa juga mempunyai tanggungjawab kepada negara. Jika tindakkan kerajaan itu kita dapati ianya demi semua pihak dan negara setelah berbincangkan dalam mesyuarat nanti, Perkasa perlu akur kerana perubahan perlu dilakukan mengikut peredaran masa”.
Mungkin memang sudah sampai masanya dihapuskan atau perlu ditukar kepada akta lain demi negara.
Atau ianya masih perlu dikekalkan seperti apa yang ada. Namun jika mesyuarat kami itu nanti mendapati akta yang ada masih perlu dikekalkan setelah berbincang dari hasil kajian pegawai pegawai Perkasa, demi pihak majoriti dan negara Perkasa tidak akan bersetuju akta itu dihapuskan .
Apa pun, reaksi awal dalam hal ini, Perkasa lihat, ada akta yang perlu dihapus terus dan ada juga yang perlu diganti kepada akta lain serta ada juga akta yang masih perlu dikekal.
Perkasa bukan mahu melatah dalam isu ini, walaupun terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri itu.
Satu sidang Media akan di buat bagi menyatakan pendirian Perkasa didalam isu ini sebaik selesai perbincangan pada mesyuarat tergempar 18 Sept. 2011 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...