بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Februari 23, 2012

'Jangan sampai Jati pecah lagi orang Melayu'


jati dilancar

Jalur Tiga (Jati) pimpinan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, wajar menggariskan dengan jelas pendirian perjuangan pertubuhan bukan kerajaan itu agar kemunculannya tidak membawa kepada perpecahan lebih teruk di kalangan orang Melayu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno ini, langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan salah faham dan menghindari perpecahan kaum Melayu daripada terus berlarutan.

"Mungkin Jati ialah (badan) mengenai agama. Jadi dia perlu nyatakan. Saya tak suka jika ada parti lain lagi yang akan memecahbelahkan Melayu.

"Kini kita sudah ada tiga, nanti ada empat, lima, enam (parti) sehingga menjadikan (Melayu) minoriti," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Jati dilancarkan di sini semalam oleh Hasan, yang dipecat dari Pas awal bulan lalu.

Hasan, semalam turut menegaskan bahawa pertubuhan NGO itu diwujudkan tanpa mempunyai sebarang agenda tersembunyi seperti didakwa pihak tertentu.
 
Menurutnya, Jati tidak mempunyai agenda hanya untuk kemajuan orang Melayu semata-mata, sebaliknya kepentingan kaum lain juga dipelihara berdasarkan ajaran agama Islam.
 
“Agenda saya adalah untuk umat Islam dan bangsa Melayu, walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepada saya, namun berdoa agar sebutir cahaya diberikan mereka.
 
“Saya juga akan memaafkan kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya penubuhan Jati ini,” katanya.
 
Sementara itu, menjawab pertanyaan media mengenai sesetengah pemimpin yang memainkan isu perkauman bagi mendapatkan sokongan, Dr Mahathir berkata, semua rakyat Malaysia ada sifat itu. 
 
Beliau berkata, "negara ini, semua orang bersifat perkauman. Sekarang semua orang bercakap tentang kepentingan diri sendiri dan tidak peduli tentang orang lain.
 
"Semua yang kata saya perkauman, mereka sebenarnya yang bersifat perkauman kerana mereka mengatakan saya perkauman," katanya sambil ketawa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...