بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Februari 24, 2012

Pemimpin PAS bukan Nabi atau Raja, nak bai'ah.... kata Dr Mahathir


Image Detail

Pemimpin PAS hanya manusia biasa, bukan nabi atau raja,jadi tidak perlu untuk berbai'ah hanya untuk bertanding pilihanraya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita bagi mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa semua ahli PAS akan diminta berbai'ah sebelum dipilih menjadi dalam pilihanraya akan datang.


Menurut Dr Mahathir, langkah PAS yang mahu mewajibkan calonnya,  mengambil sumpah bai'ah atas alasan ia seolah-olah menunjukkan ahli-ahlinya tunduk kepada pemimpin mereka.

Bai'ah bermakna kita 'swear loyalty' (sumpah taat setia) kepada pemimpin yang manusia biasa dan boleh buat benda yang salah...bahkan kita dapati banyak pemimpin PAS yang buat salah daripada segi agama," katanya. 
Beliau berkata, manusia sepatutnya hanya tunduk kepada ALLAH dan bukan kepada sesama manusia.
Beliau yang juga bekas Presiden UMNO memberitahu bahawa pemimpin-pemimpin PAS juga merupakan manusia biasa, bukannya Nabi atau raja.

"Dia orang (pemimpin PAS) hanya manusia biasa. Bukan Nabi, bukan raja. Tak perlu bai'ah ini," katanya pada sidang media selepas memberi syarahan perdana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam  bertajuk "Transformasi Minda Penyelidik Muda" pada Selasa.

Sementara itu, mengulas mengenai keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil apa-apa tindakah undang-undang ke atas akhbar Wall Street Journal membuktikan pendirian ketua pembangkang itu ke atas Israel.

Katanya, kenyataan Anwar yang mengatakan Malaysia membenarkan kapal dagangan Israel berlabuh di Pelabuhan Klang adalah cubaan untuk mempertahankan dirinya.

"Anwar tidak saman Wall Street Journal sebab dia memang menyokong Israel. Dia cuba pertahankan diri dia dengan kata kenapa kerajaan Malaysia benarkan kapal Israel masuk pelabuhan," kata beliau.

Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun memberitahu kerajaan tidak boleh menyekat mana-mana kapal perdagangan sebab ia melanggar undang-undang antarabangsa.

"Tetapi, kalau kita nak sekat mereka (kapal dagangan) daripada masuk ke sini, itu melanggar undang-undang antarabangsa," katanya.-22/1/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...