بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Ogos 18, 2012

Cuba kaburi orang Islam


Terdapat segelintir pemilik premis yang tidak mempunyai sijil halal dengan mempamerkan gambar Kaabah berbentuk 3D di hadapan kedai yang boleh mengelirukan orang Islam.

Taktik itu berjaya dikesan ketika Operasi Bersepadu Premis Perniagaan sempena Aidilfitri, di sini, pagi semalam.

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah, Fauzi Bachok, ini juga mendapati premis terbabit tidak mempunyai sebarang sijil halal meskipun mempamerkan logo halal pada banting dan kotak produk.

“Penggunaan gambar Kaabah di hadapan premis seolah-olah memberi gambaran mereka mempunyai sijil halal, tetapi sebenarnya tiada.

“Meskipun ianya bukan ayat al-Quran, tetapi ia tetap mengelirukan umat Islam,” katanya ketika operasi pemeriksaan ke premis perniagaan di sekitar daerah bersama kakitangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) daerah Pontian, Majlis Daerah Pontian, dan Jabatan Kesihatan daerah Pontian.

Jelasnya, pemilik premis diminta menurunkan gambar Kaabah terbabit dan diberi amaran supaya tidak menggantungnya semula.

“Pemilik premis turut diberi notis amaran untuk mendapatkan sijil halal secepat mungkin sebelum tindakan undang-undang lebih tegas dikenakan,” katanya.

Dalam operasi itu juga, beberapa kesalahan lain seperti menggunakan sijil halal yang tidak diiktiraf dan sijil halal tamat tempoh turut dikesan.

“Kesemua mereka hanya diberikan amaran dan nasihat bagi mendapatkan sijil dan logo halal,” katanya.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan sempena Aidilfitri ini memberi fokus kepada produk-produk makanan yang sering digunakan umat Islam seperti ayam, daging dan lain-lain.

“Kami berharap dengan adanya operasi seperti ini ia akan dapat meningkatkan kesedaran pemilik premis agar mematuhi garis panduan bagi menyediakan makanan halal kepada pengguna,” 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...