بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Ogos 17, 2012

Nik Aziz ialah Karpal tak bersalah, tolak hudud sebab belum dapat petunjuk


nik_aziz_sh
RASANYA hampir semua orang tahu apa jawapan Nik Aziz setiap kali Karpal buka mulut menentang hudud yang PAS nak sangat laksanakan di Malaysia ini.  Karpal bukan Islam, Karpal tak faham, Karpal itu, Karpal ini.

Tapi pendekkan cerita, moral dari kenyataan Nik Aziz ialah Karpal tak bersalah, tolak hudud sebab belum dapat petunjuk dan sebagainya.

Perkara inilah yang menarik perhatian penulis bila menyelak Sinar Harian pagi ini yang memetik kenyataan Nik Aziz berhubung kontoversi terbaru kenyataan Karpal Singh mengenai perlaksanaan hudud.

Karpal nampaknya teguh pendirian, Nik Azizlah yang kejap-kejap ubah kenyataan.

 Seolah-olah Nik Aziz anggap kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan haram ini umpama sembang kedai kopi, “Oooi Karpal dah minum ke, lum minum mehla datang sini ha”, habis minum balik dan buat hal sendiri, semudah itulah.

Bilalah Nik Aziz nak berhenti tipu penyokong sendiri?  Cukup-cukuplah tu 22 tahun, badan pun tak berapa nak larat dah nampaknya dah, masih lagi nak menipu ke?

PAS dan DAP bergabung ni sebab nak tubuh kerajaan, bukan sebab nak faham memahamkan antara satu sama lain.  Bodoh benar ke Karpal tu sampai tak faham hudud itu apa?

Kalau tak panggil sesiapa jelaskan pada dia apa itu hudud, dalam internet ada banyak info yang dia boleh baca untuk dapatkan maklumat penuh pasal hudud ni.

Oleh yang demikian, Nik Aziz tolonglah berhenti membodohkan orang.  Zaman ni dah banyak perkara berubah dah, rakyat dah maju lama dah.

Setakat Tesco kat Kota Bharu tu, takde apa yang boleh dibanggakan lagi.  Tesco kat luar Kelantan ni dah banyak dibuat dah, tengah-tengah taman perumahan pun ada tau.

Penulis sebut Tesco sebab, satu ketika dulu kewujudan pasaraya ini dijadikan alasan oleh penyokong PAS untuk membuktikan bahawa negeri tersebut ‘maju’ dan ‘membangun’ dibawah pemerintahan PAS, tak seperti yang dikatakan orang, mundur dan miskin.

Kita minta sebelum mati ni Nik Aziz tolong jelaskan kepada pengikut PAS dengan terus terang, “Wahai pengikut PAS sekelian, hudud ini adalah modal untuk PAS dapat undi, bukan kami betul-betul nak laksanakan pun”.

“Kalau orang UMNO tanya, ini alasan dia – perlembagaan tak benarkan, kalau DAP tanya ini alasan dia – Karpal tak faham, kalau orang PKR tanya ini jawapan dia – taknak Ketua Umum dia pun kena hudud pasal berzina dan meliwat”.

Selesai masalah, apa yang susah sangat?

Kalau tak pun, tetap PAS tak akan laksanakan hudud juga, waima ada kuasa sekalipun.  Alasannya, ekonomilah, o.ooo1%lah, ayam belum kokoklah dan sebagainya.

Lagipun bak kata Hadi Awanglah, negara Islam tidak disebut dalam Al-Quran (Muktamar PAS Jun, 2011), yang ada hanya negara berkebajikan.  Patutnya Nik Aziz tumpu pada itu sahaja, berkebajikan.

Atau Nik Aziz pun fobia dengan perkataan ‘berkebajikan’, macam mana pemimpin Pakatan lain fobia dengan tema “Janji Ditepati”?  Maklumlah, 22 tahun jadi lambang di Kelantan, apa kebajikan Nik Aziz dah bawak?

Sumber:mykmunet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...