بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Rabu, September 12, 2012

AGAMA DIPERMAIN-MAINKAN OLEH KHATIB PAS ???


EKSKLUSIF dan PANASS!! Khatib Pas Mimpi Rasullulah Sokong Anwar Jadi PM!!
Mc mendapat email dari seorang penduduk Padang Serai yang selalu bersolat Jumaat di Masjid Padang Serai. Disebabkan beliau salah seorang dari anak 'kariah' kawasan tersebut, mahu atau tidak, beliau sering bersolat Jumaat di sana walaupun khutbah yang dibuat oleh AJK Masjid Padang Serai sering bercampur politik dan menghina kerajaan pusat.

Bagai alah bisa tegal biasa, beliau dah lali dengan semua itu. Namun selang beberapa hari raya yang lepas. Ada khatib dari luar memberi khutbah di masjid tersebut. Dari mana dipanggil, atau nama apa, beliau tak beberapa ingat, namun apa yang jelas didalam kepalanya ialah, bila Khatib tu menyebut,

"Musyridul Am Ikhwanul Muslimin bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, di mana, Rasulullah menyeru rakyat Malaysia menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia" lebih kurang begitulah kata-kata khatib tersebut.

Lihatlah betapa teruknya permainan agama yang ditunjukkan oleh puak Pas laknattulah ini. Mereka mengunakan nama Allah untuk menghalalkan segalanya. Mereka sanggup menipu dan berbohong semata-mata untuk meraih undi dan menangi pilihanraya.

Percayakah anda dengan kata-kata Khatib tersebut?

Jika benar Musyridul Ikhwanul Muslimin berjumpa dengan Rasullulah, kenapa tidak dimaklumkan kepada media, media perdana dan kepimpinan Pas Pusat untuk dimasukkan Harakah mengenai 'nasihat' yang Rasullulah sampaikan pada beliau?

Atau cerita itu hanya rekaan semata-mata untuk menipu orang kampung? Kalau di bandar dah tentu kena halau. Mungkin dia tahu masjid tu berdekatan dengan Sungai Kob tempat kontroversi kubur cina atas tanah melayu yang diluluskan oleh Pas Kedah.

Demi menarik balik sokongan, menipu dan membohong dengan mengadaikan agama pun boleh, janji orang sanggup undi Pas.

P/s: teruk betui la puak Pas ni, makin lama makin sesat!!

Sumber:kedahkekl

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...