بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, September 04, 2012

Bendera Pakatan Rakyat Diilham Dari Bendera Komunis Malaya!!!!


AYUH KITA BANGKIT TENTANG MEREKA YANG CUBA MENGANGGU GUGAT KETENTERAMAN NEGARA

SEKARANG kita tahu bahawa bendera yang didakwa Pakatan Rakyat sebagai Sang Saka Malaya dan dikibar oleh macai sakit jiwa Pakatan Rakyat di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos lepas, bukan berasal dari bendera lama Malaya.

Bendera Malaya yang lama ialah Union Jack dan kita tahu bendera Pakatan (untuk mengganti jalur gemilang) itu sebenarnya dicipta oleh pegawai khas Anwar Ibrahim merangkap Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Najwan Halimi pada 2007, berita disini.

Anwar tak mengaku, Kit Siang tak mengaku, itu bukan masalah sebab 2 ekor manusia dengan lidah bercabang ini sudah diketahui biasa cakap belit-belit, apatah lagi dalam hal yang sudah diketahui tidak menguntungkan politik mereka.

Persoalannya sekarang dari mana Najwan Halimi dan macai Pakatan haram yang lain dapat idea untuk mengatakan bendera itu adalah bendera lama Malaya dengan nama Sang Saka Malaya?

Mesti ada asas kenapa nama Malaya digunakan.

Jawapan kepada persoalan tersebut sebenarnya ialah, pada 1947 puak komunis Malaya ketika itu,  PUTERA dan AMCJA telah mengibarkan bendera baru Malaya kerana mereka yakin akan dapat menawan Malaya pada 1948 - sama macam Pakatan haram sekarang yakin akan menawan Malaysia dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Bendera itu adalah seperti ini designnya:-

Artikel selanjutnya sila baca dan KLIK DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...