بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Rabu, September 05, 2012

DAP & PKR DALANG MENUKAR JALUR GEMILANG DAN MENGHINA GAMBAR PEMIMPIN ???

Inilah orang yang perlu diperhatikan
Orang Melayu perlu bangkit dan sedar dimana mereka berada sekarang ? Jangan dibiarkan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab sesuka hati menghina pemimpin-pemimpin negara terutama orang Islam.

'Bapak burik anak rintik' itu lah pepatah Melayu yang perlu kita pegang dan menjadikan satu panduan untuk menyelamatkan Bangsa, Agama dan Tanah Air tercinta iaitu 'MALAYSIA'.

Jumlah laporan polis berhubung tindakan biadab peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang ketika sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka baru-baru ini meningkat mendadak dengan sebanyak 164 laporan diterima dalam tempoh empat hari.
Laporan dibuat oleh pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan individu pelbagai kaum.

Sumber polis memberitahu, rata-rata laporan yang diterima menyuarakan ketidakpuasan hati berikutan tindakan biadab berkenaan selain curiga dengan hasrat sebenar peserta perhimpunan.

"Terdapat pihak yang membuat laporan mahu pihak berkuasa menyiasat dalang di sebalik kejadian dan mengambil tindakan tegas supaya ia menjadi iktibar.

"Jumlah laporan yang diterima naik mendadak pada kelmarin dan semalam iaitu pada hari kedua dan ketiga selepas kejadian berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, PPP Wilayah Persekutuan membuat laporan polis di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur.

Pengerusinya, Datuk A. Chandrakumanan berkata, tindakan mahu menukar Jalur Gemilang, membuka seluar dan menunjukkan punggung serta memijak gambar pemimpin adalah satu perbuatan biadab.

''PPP berpendapat perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sebab ia boleh mencetuskan pergaduhan di antara satu sama lain dan boleh mengancamkan keamanan dan ketenteraman negara,'' katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PPP meminta pihak berkuasa menyiasat dalang di sebalik kejadian tersebut.

Turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi adalah PPP Bahagian Ampang, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm) dan Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita).

Ketua PPP Bahagian Ampang, Datuk Thajudeen Mohideen hadir di IPD Dang Wangi kira-kira pukul 12 tengah hari manakala Irimm diwakili Presidennya, Amir Amsaa Alla Pitchay dan Ketua Pemuda, Jefrizal Jasman Papita diwakili oleh Presiden, Datuk M. Daud Wahid.

Di KUBANG PASU, kira-kira 40 pemimpin cawangan dan ahli UMNO bahagian itu yang diketuai Setiausahanya, Datuk Samsuddin Ahmad membuat laporan di IPD Kubang Pasu di sini pada pukul 12.30 tengah hari.

Samsuddin berkata, laporan polis yang dibuat adalah sebagai bantahan seluruh anggota UMNO bahagian tersebut terhadap perbuatan biadab berkenaan.

Di MUAR, Pengerusi Gerakan Belia 4B Parlimen Bakri, Mohd. Radzi Mohd. Amin berkata, tindakan tersebut bukan sahaja liar dan tidak dapat diterima seluruh rakyat Malaysia, malah, mencerminkan budaya ganas, tidak menghormati dan melampaui batas.

"Perdana Menteri sebagai pemimpin nombor satu negara seharusnya dihormati dan bukannya diperlakukan sedemikian. Walau apa pun perbezaan politik, tetapi kita mesti ada rasa hormat kerana beliau adalah ketua kerajaan tertinggi yang menguruskan negara.

"Cara ini iaitu politik kebencian adalah satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama sekarang ini. Kesejahteraan dan keamanan negara dikecapi sejak 55 tahun lalu boleh tergugat," katanya selepas membuat laporan di IPD Muar.

Di MACHANG, satu perhimpunan aman dihadiri lebih 100 orang diadakan bagi mengutuk tindakan memijak gambar Perdana Menteri.

Himpunan yang bermula pukul 3 petang itu dianjurkan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Machang dan turut meminta pihak berkuasa memburu setiap individu terlibat dan segera membawa mereka ke muka pengadilan.

Pengerusinya, Kamaruddin Ab. Kadir berkata, tindakan biadab itu perlu dihentikan segera bagi menghalang budaya samseng dan semangat kebencian.

Di KUALA TERENGGANU, sebanyak 12 wakil NGO dari daerah ini membuat laporan polis berhubung insiden itu. Laporan itu dibuat kira-kira pukul 3.30 petang di IPD di sini.

Di KUANTAN, lima NGO dan UMNO Bahagian Lipis membuat laporan polis. Lima NGO itu adalah Perkasa Pahang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang, Kelab Bell Belia Tamil (KBBT) Kuantan, Belia 4B Kuantan, Majlis Belia Daerah Kuantan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini.

Di SHAH ALAM, Pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu, Azhari Shaari berkata, pihaknya bimbang jika tindakan terhadap penganjur dan individu yang memijak gambar pemimpin negara serta menghina Jalur Gemilang tidak diambil, ditakuti insiden sama berulang pada sambutan Hari Malaysia, 16 September ini di Bintulu, Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...