بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Rabu, November 07, 2012

Anwar Ibrahim Sama Taraf Dengan Ayah Pin?



Masihkah para pembaca ingat lagi dengan kes Ayah Pin dan Kerajaan Langitnya? Ayah Pin merupakan seorang penggiat ajaran sesat yang berpaksikan kepada ideologi pluralisma yang menyatakan bahawa semua agama itu sama. Beliau menganggap segala agama di dunia ini tiada bezanya antara satu sama lain. Dan sehingga kini, Ayah Pin masih lagi bebas berlegar-legar di seluruh pelusuk Asia Tenggara.

Nampaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin salah seorang murid atau pengikut Ayah Pin. Kerana segala macam perkataan atau kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim berkenaan kebebasan beragama saling tak tumpah dengan kata-kata yang sering disampaikan oleh Ayah Pin kepada seluruh pengikutnya.

Seperti Ayah Pin, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga terlibat dengan desas-desus bahawa beliau meniduri isteri para pengikutnya. Jika pengikut Ayah Pin membenarkan isteri-isteri mereka ditiduri oleh guru semata-mata untuk mendapat amanat atau ketinggian makam, pengikut Anwar Ibrahim dikatakan melakukan perkara yang sama hanya untuk ketinggi pangkat dan kuasa.

Masih ingatkah para pembaca dengan kenyataan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim berkenaan penggunaan nama Allah oleh orang-orang Kristian? Ayah Pin pun melakukan perkara yang sama. Malah, sama seperti Ayah Pin, Anwar Ibrahim dan para pengikutnya begitu teruja sekiranya diberikan peluang untuk berceramah di dalam Gereja di Malaysia.

Cuma bezanya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi mengaku dirinya seorang Muslim dan belum lagi murtad, tidak seperti Ayah Pin yang secara jujur mengaku sebagai Tuhan dan telah keluar agama sejak dari tahun 1998 lagi. Namun begitu kecenderungan untuk melakukan penipuan dan berdolak dalik dalam memberikan kenyataan juga di kongsi sama oleh Anwar Ibrahim.

Apakah ideologi pluralisma bahawa semua agama itu sama telah diceduk oleh Anwar Ibrahim dari Ayah Pin? Semata-mata kerana inginkan undi orang bukan Islam, Anwar Ibrahim sanggup menggadaikan sekelumit maruah dan akidahnya hanya untuk merampas kerajaan Putrajaya daripada Kerajaan Barisan Nasional. 

Adakah kita tidak sedar lagi akan kemunafikkan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ini? Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan peribadi dan politik beliau sekalipun Malaysia dan akidah umat Islam di Malaysia akan tergadai.

Kini legasi pluralisma agama yang dibawa oleh Ayah Pin dan Anwar Ibrahim telah pun mempunyai generasi pelapis untuk dicanangkan kepada umat Malaysia. Baru-baru ini anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar dengan begitu bersahaja mengatakan bahawa orang Melayu mempunyai hak untuk memilih agama dan menolak Islam. Lihatlah bagaimana racun ideologi itu disebarkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Tanggugjawab kita semua sebagai seorang Muslimin, untuk memastikan manusia yang mendokong ideologi-ideologi songsang seperti mereka untuk tidak memimpin negara. Dengan keadaan umat Islam yang sedang diserang dari semua arah, apakah kita mampu untuk mengambil risiko bahawa akidah anak cucu kita akan dapat dipelihara oleh orang-orang seperti ini?

Sungguhpun begitu, dari segi pembangunan infrastruktur, Ayah Pin lebih baik dari Anwar Ibrahim. Ini kerana sepanjang “pemerintahan” Ayah Pin di daerah Besut di Terengganu, beliau telah membina pelbagai infrastruktur untuk pengikut-pengikut ajaran sesatnya beribadat. Di tempat tersebut dahulunya terdapat teko gergasi yang menjadi kebangaan para pengikutnya. 

Ini berbeza dengan Anwar Ibrahim yang hanya lebih suka bergaduh dan berkempen, berbanding membawa apa-apa kemajuan di kawasan parlimennya sendiri. Mungkinkah, replika botol arak yang dibina oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang dahulu merupakan satu tribute kepada Anwar Ibrahim, sama seperti teko yang dibina oleh Ayah Pin?

Sumber: Che_Yan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...