بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, Disember 10, 2012

'Jangan biar SUARAM besar kepala'


SUARA ANAK HARAM 'SUARAM' PERLU DIHAPUSKAN???

Kerajaan digesa bertindak tegas dan mengambil tindakan terhadap Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang berterusan menyebarkan fitnah serta pembohongan sehingga mengelirukan rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata tindakan SUARAM yang berterusan dan bebas membuat pelbagai dakwaan tidak benar, termasuk berkaitan isu kapal selam Scorpene, menyebabkan rakyat keliru.

Adakah SUARAM ini begitu kebal dan bebas menyebarkan fitnah serta pembohongan secara terbuka tanpa dikenakan tindakan.

"Kenapa SUARAM yang juga badan bukan kerajaan (NGO) tidak berdaftar tidak dikenakan tindakan sedangkan jika pihak lain yang melakukannya pasti dikenakan tindakan, katanya dipetik dari Berita Harian.

Mohd Puad berkata, dakwaan SUARAM berkaitan perbicaraan kes kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis terbukti satu pembohongan tetapi mereka terus menyebarkannya menerusi pentas ceramah pembangkang di seluruh negara tanpa tindakan.

Kelmarin, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, dilaporkan berkata dakwaan SUARAM mengenai perbicaraan kes kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis, ternyata tidak benar dan ia disahkan Naib Presiden PKR, Tian Chua sendiri pada sidang Dewan Rakyat, 21 November lalu. 7/12/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...