بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Disember 21, 2012

PERKASA mahu beri mandat baru kepada Najib, Muhyiddin dalam PRU13


perkasa-7
Sekalung penghargaan buat Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali kerana terus berjaya memperkukuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu malah lebih membanggakan ialah kejayaan mengadakan perhimpunan PERKASA bagi majlis perasmian Persidangan Agung Perkasa ke-3 dengan kehadiran lebih 10,000 orang.

Semenjak 2008 berbagai NGO ditubuhkan namun PERKASA dilihat semakin kukuh dan berjaya memainkan peranannya untuk menjadi suara alternatif orang-orang Melayu sehingga boleh mengumpul keahlian lebih 300,000 orang seluruh negara.

Atas usaha dan kepimpinan Ibrahim, PERKASA telah berjaya mengadakan tiga kali perhimpuna agung dan setiap kali diadakan perhimpunan ianya dirasmikan oleh tokoh-tokoh yang beribawa.

Persidangan Agung PERKASA pertama dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed pada 27 Mac 2010 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pada Persidangan Agung PERKASA kedua telah dirasmikan oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abd. Rahim Noor di Dewan Centrum Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2011.

Persidangan Agung PERKASA kali ketiga telah dirasmikan oleh tokoh agama yang juga Mufti Negeri Perak Tan Sri Dr. Harussani Zakaria di Astaka Tasik Titiwangsa, pagi Sabtu.

Apa yang membanggakan Presiden PERKASA itu adalah kesediaan jemputan, perwakilan, pemerhati serta ahli-ahlinya dari seluruh pelusuk tanahair hadir ke majlis perhimpunan sempena perasmian persidangan agung pertubuhan itu.

Ibrahim yang mengadakan sidang media selepas majlis perasmian itu memberitahu persidangan agung pertubuhan itu akan meluluskan pengisttiharan dan resolusi 1 Safar 1433 bersamaan 15 Disember 2012 yang berkisar pada soal perpaduan bangsa.

Disamping itu resolusi juga membincangkan kebebasan beragama, isu plurarisme, isu LGBT, Pelan Pendidikan Negara, isu pencabulan terhadap Gaza dan Jenayah Perang, campurtangan kuasa asing, isu Perlembagaan Negara Perkara 153 dan 187 serta isu-isu kestabilan politik, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Ketika menyentuh soal bai'ah PERKASA, Ibrahim menerangkan bahawa sokongan perlu diberikan pada Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerana tiada pilihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...