بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Februari 24, 2011

GEMPAR! SUDAH ADA ORANG DALAM UMNO SENDIRI NAK RAMPAS KUASA?

Semalam aku terkejut baca apa yang ditulis oleh The Unspinners dalam blog mereka. Menurut The Unspinners ada cubaan dari dalam UMNO untuk mejatuhkan UMNO ala-ala Sept. 16. Mari kita baca apa yang ditulis oleh mereka dibawah ini:

Seorang pemimpin UMNO sedang merancang untuk mengkhianati BN. DIfahamkan dia telah buat pertemuan dengan beberapa kumpulan termasuk beberapa kumpulan ahli Parlimen BN yang kecewa dan NGO pro-India.

Dipercayai ada satu perjumpaan pada Ahad, Februari 27hb di rumah pemimpin tersebut.

Gerakan ini dibuat supaya mereka ada kuasa tawar menawar (bargaining power) dengan BN ala 916 yang Anwar cuba lakukan pada tahun 2008.
Dengan Anwar nampaknya pasti akan kembali ke kampung halamannya di Sungai Buloh (penjara), pembangkang hadapi hampagas dalam barisan kepimpinan. Pemimpin UMNO ini bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.

Dia melihat dia boleh mengisi kekosongan kepimpinan dalam Pembangkang dan lepas PRU 13, yakin akan Pakatan Rakyat menang dan dia terus mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Dia pernah uji formulanya sebelum ini melalui gabungan yang lepas-lepas.

Pembangkang percaya pemimpin tersebut mampu mendapat kembali sokongan orang Melayu yang sudah kembali kepada UMNO. Pemimpin tersebut menyebelahi PAS dalam isu royalti minyak.

PAS sedar semakin hari semakin kurang sokongan orang Melayu. Buktinya ialah kenyataan Nik Aziz yang lalang kembali kepada bela Melayu yang pernah dia kata malu ngaku Melayu.

Mereka melihat menyokong pemimpin UMNO ini saja cara untuk mengembalikan sokongan Melayu kepada mereka.

Di Malaysia, PM mesti dari kalangan orang bukan Melayu. Walaupun mereka cuba menimbulkan polemik tentang orang bukan Melayu berhak bawah Perlembagaan untuk jadi PM, mereka terima hakikat PM mesti Melayu.

Adakah pemimpin tersebut aakan mungkiri ikrar akan kekal dengan UMNO sehingga akhir hayatnya?


Blogger Apanama juga menceritakan perihal yang sama. KLIK SINI



Apa nak jadi ni? Rupanya bukan Anwar si peliwat tu je yang nak jadi PM ek, ada ramai lagi yang dok termimpi-mimpi nak jadi PM ni..ish udah-udahlah tu..


Posted by House PK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...