
Baru-baru ini penulis ada pulang ke kampung halaman menjenguk sanak saudara di sana. Sebagaimana kita tahu, negeri Kedah banyak menghantar anak-anak Kedah ke Mesir untuk belajar, terutamanya di Universiti Al-Azhar dan Universiti Kaherah. Penulis turut berkesempatan untuk bertemu beberapa pelajar yang telah dibawa pulang ke tanahair oleh pihak Kerajaan Malaysia baru-baru ini.
Adik-adik kita ini begitu bersungguh menceritakan kepada penulis tentang keadaan huru-hara di Mesir. Pelbagai peristiwa yang tidak dapat dilupakan diharungi oleh pelajar-pelajar kita di sana dan mereka bersyukur ke hadrat Allah kerana berjaya dibawa pulang kembali ke Malaysia.
Penulis bertanya kepada mereka, apakah mereka mempunyai rasa berterima kasih terhadap pihak Kerajaan Malaysia dan beberapa pertubuhan yang bertungkus lumus bergadai nyawa untuk membawa mereka pulang ke tanahair?
Alhamdulillah, kesemua pelajar-pelajar itu sangat berterima kasih terhadap Kerajaan Malaysia, terutamanya Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak kerana berjaya mencari jalan untuk membawa mereka pulang dari kemelut di Mesir. Kata mereka, Perdana Menteri dan pihak kerajaan begitu komited untuk melindungi rakyat dan pelajar kita di Mesir walaupun menghadapi pelbagai kesukaran untuk menjayakan misi Ops Piramid itu.
Walau bagaimana pun, apa yang penulis tak sedap dengar ialah terdapat beberapa pemimpin pertubuhan pelajar yang dikatakan telah menghasut para pelajar untuk tidak berterima kasih terhadap pihak Kerajaan Malaysia kerana beralasan bahawa operasi menyelamat mereka di Mesir itu merupakan “tanggungjawab” Kerajaan.
Memang benar kedua ibu bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab besar terhadap anak-anak mereka. Dan anak-anak juga turut mempunyai tanggungjawab untuk berterima kasih dan bersyukur terhadap kedua ibubapa mereka. Saya cabar kepada semua pemimpin pelajar dan pelajar Mesir yang berfikiran begitu negatif supaya berhadapan dengan kedua ibubapa masing-masing dan katakan bahawa kamu semua tidak perlu berterima kasih terhadap mereka kerana apa yang mereka lakukan itu sememangnya “tanggungjawab” mereka sebagai ibu bapa.
Meskipun UMNO mempunyai kelab di luar negara tidak terkecuali di Mesir dan Timur Tengah, penulis menggesa agar pemimpin UMNO menjadualkan diri untuk mengunjung pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di luar negara. Tidak perlu ramai yang menyertai lawatan sosial tersebut, memadailah sekadar beberapa orang sahaja untuk “bertanya khabar”.
Bukan apa, sebelum ini penulis difahamkan bahawa beberapa pemimpin sekadar menelefon dan ber”tele-conference” dengan beberapa wakil pelajar dan rakyat Malaysia di luar negara. Namun, menurut “survey” yang dijalankan, maklumat yang disalurkan tidak sampai dan tersebar kepada segelintir kelompok saja. Lagipun, jika dibandingkan di antara perbualan telefon atau “tele-conference’ dengan perjumpaan secara terus adalah sangat berbeza bagi perasaan pelajar dan rakyat kita di sana. Misalnya, tentunya anak-anak kita tentunya akan lebih menghargai jika kita menjenguk mereka di asrama berbanding sekadar menghubungi mereka melalui telefon atau email.
Pada penulis, selain tanggungjawab sosial dan merapatkan hubungan “ibubapa dan anak”, sekurang-kurangnya kita berkemungkinan besar dapat memujuk mereka yang mempunyai kepakaran masing-masing kembali berkhidmat di negara kita. Penulis ingin menegaskan bahawa tidak rugi untuk bergaaul rapat dengan golongan berilmu seperti mereka-mereka diluar negara kerana mereka-mereka inilah yang bakal meneraju kemajuan dan kemakmuran negara kita kelak, insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan