بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Ahad, Ogos 07, 2011

MESYUARAT KHAS AJK NEGERI BERSAMA S/U AGONG PUSAT


Kuala Terengganu 06/08/2011 - Mesyuarat Khas AJK Peringkat Negeri Terengganu bersama-sama Setiausaha Agung Pusat Syed Hassan bin Syed Ali  telahpun diadakan di Hotel Primula, Kuala Terengganu.  Turut hadir Pen. Setiausaha Agung En. Norlizaizul bin Ismail.  Mesyuarat menjurus kepada beberapa perkara yang perlu dibincangkan mengenai hala-tuju serta pengurusan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negeri Terengganu yang agak muram sejak kebelakangan.





Hasil yang memberangsangkan dicapai dan dipersetujui didalam perbincangan yang singkat namun padat, yang mana pengerusi peringkat daerah perlu mengadakan mesyuarat agung masing-masing, sebelum AGM di peringkat pusat yang akan berlangsung pada 10 September, 2011 di Kuala Lumpur.



Selesai perbincangan diadakan, majlis berbuka puasa bersama-sama Setiausaha Agung dan AJK Peringkat Negeri diadakan di hotel tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...