بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, April 09, 2011

PERKASA WADAH PEMERSATU UMAT MELAYU



PERKASA lahir di tengah-tengah percakaran dan persengketaan bangsa Melayu yang sedang memuncak di sekitar tahun 2008. Mana-mana bangsa yang bersengketa dan bercakaran sebenarnya adalah indikasi kepada titik-titik kelemahan dan era keruntuhan wibawanya. Kelahiran PERKASA adalah untuk mengembalikan bangsa Melayu di atas landasannya yang betul, memberikan preskripsi dan antidot yang tepat terhadap penyakitnya, cuba menjernihkan suasana keruh yang menyelubungi bangsa Melayu serta menangkis sebarang asakan dan kenyataan kurang ajar dan tidak siuman daripada beberapa kalangan tentang Melayu. Ia ibarat sebuah trajektori bangsa untuk kembali bangkit dari dataran kerendahan dan kesememehan jiwa.
Tidak sedikit kecederaan yang dialami bangsa Melayu apabila mereka berpecah belah ke dalam kelompok-kelompok kepartian. Perpecahan ini menular bagai wabak yang menyerang ganas hingga tidak ada yang terlepas dari mengambil sikap memihak dan bermusuh sesama sendiri.
Memang setiap orang berhak menyatakan pendirian dan menyertai mana-mana parti politik, tetapi sikap keterlaluan dan melampaui batas hingga memutuskan ikatan persaudaraan dan silaturahim sangat tidak bijak dalam iklim politik semasa yang berkehendakkan mereka bersatu. Apatah lagi apabila kita membuka aib, mengadu domba, menyebar fitnah, memutar-giatkan bahan umpatan dan menghina orang lain sambil membelakangkan tuntutan agama.
Kemuliaan orang-orang Melayu seolah-olah sudah tercabut dari gelegar bangsa, wibawanya terhakis teruk dan serinya sirna dalam kekabutan ‘perang saudara’ yang semakin tiada berpenghujung. Mereka sudah melanggar pantang larang bangsa ‘bersatu teguh bercerai roboh’ atau meremehkan semangat ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah’.
Rata-rata mereka yang terlibat di dalam PERKASA mahu melihat bangsa Melayu kembali bersatu. Sekiranya apa yang dilakukan oleh ahli-ahli PERKASA jauh melebihi kemampuan dirinya, ini adalah semata-mata kerana didorong oleh kecintaan yang sejati terhadap bangsanya sendiri. Mereka bukan mengejar gelar atau habuan, tidak pula bersikap menangguk di air yang tercemar atau cuba melakarkan gambaran muluk tentang ketempangan dan kepincangan yang sedang galak membiak di tengah-tengah masyarakat Melayu.
Mereka tidak dibiayai oleh mana-mana institusi, ditaja oleh pihak berkepentingan atau menerima geran bersyarat daripada kalangan yang menyimpan agenda sulit. Mereka bertindak mengikut kesedaran diri, bergolok bergadai untuk memenuhi panggilan tugas, mengorbankan masa santai bersama keluarga dan mencurahkan buah fikiran dan keringat bagi mengangkat semula maruah dan martabat bangsa Melayu.
Datuk Paduka Ibrahim Ali, Presiden PERKASA seolah-olah berkata, “Jangan cabar bangsa Melayu”
Dalam umur setahun jagung ini, PERKASA mengorak langkah sambil mencarta haluannya yang tersendiri. Ramai yang kepanasan mengelejat dengan penampilan PERKASA. Sesetengahnya pula tidak tahan daulat dan melatah-latah bagaikan ‘keling mabuk todi’. Ada kaum yang merasa tercabar dan sangat tidak selesa apabila melihat kelibat PERKASA. Mereka seakan-akan berhadapan dengan harimau jadian yang sedang mengamuk mencari mangsa. Tidak kurang juga kalangan yang semacam takut dengan bayang-bayang sendiri, meracau-racau bagai orang hilang pedoman atau ibarat cina kekalahan judi.
Apapun PERKASA tetap melangkah maju, mengimbaukan suara keramatnya bagi mempertahankan hak bangsa Melayu. PERKASA tidak mahu termakan sumpah dan ketulahan atau bersikap dayus dalam menghadapi kaum pendatang yang bagaikan kaduk naik junjung atau belanda mendapat tanah. Hanya kerana untuk menjaga kepentingan politik, kita sanggup terlondeh kain menari mengikut irama pukulan tabla dan tarian naga sambil bersorak-sarai sehinggakan kampong sendiri tergadai.
Tun Dr Mahathir : Akitek unggul bangsa Melayu
Dalam lanskap politik yang bergerutu dan tidak menentu, PERKASA muncul membawa gagasan penyatuan umat Melayu yang kini sarat terbelenggu dengan keserakahan dan permusuhan. Ia tidak mungkin berdiam diri dan bersikap apatetik terhadap perkembangan yang mencemaskan, membiarkan masing-masing kelompok berhabis kira menconteng arang ke wajah bangsa Melayu. Ia mahu menyuburkan pendekatan ‘menarik rambut dari tepung’ lalu memugar kebijakan berpolitik di kalangan politikus Melayu. Orang Melayu harus diruntun untuk mematuhi dan menghayati piagam bangsa ‘bulat air dek pembetung, bulat kata kerana muafakat’.
Pada bila-bila masa pun PERKASA bersedia menjadi perantara ke arah sebarang langkah untuk menyatukan umat Melayu khususnya di kalangan pengamal partisan politik kepartian. Tambahan pula PERKASA sendiri mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada mereka yang berlainan parti politik yang didominasi oleh orang-orang Melayu. Ini mencerminkan pendirian PERKASA terhadap percaturan politik tanah air. PERKASA sentiasa bias dan memihak kepada isu-isu yang menyangkut kepentingan masa depan Islam dan bangsa Melayu. Selama inipun peranan PERKASA lebih kepada memantau dan meningkah sebarang perkembangan yang ada hubung kaitnya dengan kepentingan Islam dan Melayu. Ia semacam watchdog dan pressure group yang Malay-compliant. Ia tidak akan berganjak dari orbit ide dan pendirian yang memusati Islam dan bangsa Melayu.

Masalah kepentingan hubungan serumpun juga tidak terlepas dari jangkauan dan pemerhatian PERKASA. Deklarasi Kampung Baru 2010 adalah manifestasi keperihatinan PERKASA dalam menjaga dan memelihara hubungan serumpun dengan berlandaskan bidalan ‘air dicincang tidakkan putus’.

Melalui Deklarasi tersebut, PERKASA bertekad, berikrar dan mengikat setia untuk mempertahankan jatidiri dan maruah bangsa Melayu serta menjulang dan mengangkat martabat agama Islam dalam mendepani pelbagai cabaran dan ujian sama ada yang terjelma hasil dari fenomena globalisasi atau asakan-asakan yang bersifat keserantauan atau permasalahan dalam lingkungan dan batas-batas bumi para leluhur Melayu. Ia melihat imperatif jalinan hubungan bangsa serumpun dalam menempa masa depan yang lebih gemilang. Bagi merangka pelan strategik yang lebih mengakar, PERKASA mengemukakan langkah-langkah awal berikut:
Menubuhkan Akademi Warisan Seakar Serumpun (AWAS)
Mewujudkan satu Jawatankuasa Warisan Seakar Serumpun yang terdiri daripada kalangan yang berwibawa dari kedua-dua buah negara Malaysia-Indonesia untuk memantau setiap perkembangan yang melibatkan kepentingan, halatuju dan hubungan persaudaraan serantau.

Lambat laun gerakerja dan peranan yang dimainkan oleh PERKASA akan lebih dirasai oleh semua pihak. Sekarang inipun sentuhan-sentuhan yang dibuat oleh PERKASA telah banyak menimbulkan keadaan kelam kabut, huru hara dan tegang khususnya di kalangan kaum pendatang dan simpartisan mereka daripada orang-orang Melayu sendiri. Mereka begitu sensitif dengan tindakan tegas dan suara-suara lantang PERKASA dalam usahanya untuk mempertahankan hak dan kepentingan bangsa Melayu.

Di atas segala-galanya, PERKASA secara perlahan-lahan tetapi pasti, akan tetap menjadi sebuah wadah dan kuasa pemersatu bangsa Melayu yang versatile, agresif dan purposif.
Ruslan Haji Kasim
Ketua Penerangan
Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara ( PERKASA )
Email : ruslankasim@yahoo.com.my
O12-2255366, 019-3109323

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...