بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Rabu, April 06, 2011

Surat dan sijil penghargaan kepada SPRM dari Perkasa


Perkasa telah menyerahkan surat dan sijil penghargaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia((SPRM) di Pej. SPRM Putrajaya. Penyerahan dilakukan oleh Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali manakala Datuk Mustafar Ali Pengarah Siasatan SPRM mewakili SPRM menerimanya.
Syed Hassan dalam kenyataannya berkata Perkasa sangat-sangat teruja di atas kesungguhan pihak SPRM membenteras rasuah dan dengan kes yang boleh dianggap besar melibatkan pegawai Kastam Malaysia ini merupakan satu kejayaan SPRM dalam membersihkan agensi itu dari gejala rasuah yang sangat membimbangkan. Perkasa ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada SPRM.

“Kita perlu puji kecekapan pihak SPRM dalam melakukan siasatan sehingga tertangkapnya 62 orang pegawai Kastam itu. Orang ramai perlu bekerjasama dengan SPRM dengan menyampaikan maklumat yang betul bagi mengelakan kerajaan daripada kerugian besar seperti kes ini” kata Syed Hassan kepada pemberita selepas menyerahkan surat penghargaan itu.
Perkasa berharap mereka-mereka yang terlibat salah laku rasuah ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin. Kes melibatkan pegewai-pegawai Kastam ini perlu di uatamakan kerana ianya melibatkan jumlah yang banyak. Kerugian negara begitu begitu bayak sekali dalam kes ini.
Jumlah yang dinyatakan oleh pihak SPRM sungguh menakutkan. Kerajaan kehilangan hampir 108 bilion disebabkan kerakusan pegawai- pegawai yang terbabit. Jumlah tersebut sepatutnya boleh didirikan pasarana untuk rakyat. Inilah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi.
Perkasa menuntut Ketua Pengarah Kastam di-Raja Malaysia perlu letak jawatan segera. Beliau perlu bertanggungjawab atas kesalahan pegawai-pegawainya.
Begitu juga dengan Pengarah-pengarah Kastam negeri yang ada pegawai-pegawainya terlibat, perlu letak jawatan.
Tambah Syed Hassan lagi, pihak SPRM perlu juga adakan siasatan di Jabatan-jabatan dan agensi kerajaan yang lain bagi membongkar segala penyelewengan dan salah laku rasuah untuk dari terus kerugian kepada negara. Bagaimanapun Syed Hassan minta orang ramai tidak manganggap dengan pembongkaran kes yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaaan seperti kes ini, jangan pula kerajaan yang ada dituduh korup juga. Katanya, mana-mana parti yang memerentah pun akan menghadapi masalah pegawai-pegawai kerajaan yang tidak amanah melakukan tugasan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...