بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, April 04, 2011

Ucapan Tahniah buat SPRM-Dato Ibrahim Ali


Presiden PERKASA YB dato Ibrahim Ali merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Ketua Pengarah,Pengarah Bhg Siasatan SPRM dan seluruh pegawai serta kakitangan SPRM kerana kejayaan operasi yang membawa penangkapan 62 orang Pegawai Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) kerana RASUAH yang menyebabkan negara kehilangan hasil yang di angarkan RM IO8 B setiap tahun.Menurut satu kenyataan media yang di hantar oleh setiausaha Agung Perkasa Sdr. Said Hassan sebentar tadi.

Ini berikutuan kejayaan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menahan seramai 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram serta pelbagai kesalahan lain dalam ‘Operasi 3b’ yang diadakan sepanjang minggu ini.
Mereka terdiri daripada 53 lelaki dan sembilan perempuan berusia antara 24 hingga 53 tahun.
Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang yang berpangkat pengarah masih direman manakala selebihnya dibebaskan atas jaminan.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, penahanan itu membolehkan pihaknya membongkar pelbagai aktiviti mencurigakan membabitkan pegawai pasukan penguat kuasa itu.
Menurut Sdr Syed Hassan, Presiden PERKASA amat amat terperanjat dan berharap agar Ketua Pengarah JKDM wajar di gantung tugas atau di keluarkan dari JKDM serta merta kerana gagal menjalankan tugas.
Semua pegawai pegawai yang terlibat, harta mereka hendaklah di sita dan,passpot antarabangsa di rampas.Menurut beliau lagi.
Pegawai pegawai kastam yang tidak di tahan hendaklah di arah mengistiharkan harta masing masing,termasuk harta atas nama suami atau isteri serta keluarga terdekat.
Perbuatan Pegawai pegawai kastam tidak boleh di maafkan atas kesalahan rasuah yang dasyat ini dan mereka adalah tergulung dalam kumpulan anti nasional,sama saperti pengedar dadah dan pengkianat negara.
Gambar gambar mereka wajar di siar dalam media untuk tontonan oarang ramai.SPRM hendaklah menjalankan operasi lebeh kerap termasuk keatas agensi egensi penguatkuasa yang lain.
Tindakan tegas,kota apa yang di kata,barulah kempen memerangi rasuah akan berkesan.Tahniah SPRM.
Pada 4hb April, jam IIpagi satu rombongan yang di ketuai oleh Setiausaha Agung PERKASA sendiri akan menyerahkan surat tahniah kepada SPRM di Putrajaya, mengakhiri SMS ke meja pribumiperkasa.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...