بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Ogos 24, 2012

Dasar Berbeza PAS/DAP: Nik Abduh Memang Bodoh


nik_abduh1
PENULIS jarang ketawa kebelakangan ini terutama sejak Ahad lepas, maklum sajalah perut dipenuhi lemang dan rendang, ketawa adalah suatu perkara yang sedikit sukar.  Tapi hari ini penulis ketawa terbahak-bahak membaca kenyataan anak Nik Aziz, Nik Abduh mengenai dasar DAP dan PKR yang kononnya tidak disentuh oleh PAS.

Maka itu DAP dan PKR juga tidak patut sentuh dasar PAS.

Ramai yang tanya ni, Nik Abduh tahu ke dasar DAP apa?  Kalau tak tahu, penulis nak sebutkan disini, dasar DAP ialah menolak dasar PAS (negara Islam dan hudud), dasar PAS pulak adalah menolak dasar DAP (hak samarata untuk semua).

Jadi macam mana Nik Abduh kata PAS tidak menyentuh dasar DAP bila PAS bercakap untuk melaksanakan hudud?  Bukankah menentang hudud dan negara Islam itu memang dasar DAP, bukan dasar Karpal Singh!!

Nampak sangat Nik Abduh sama bodoh dengan bapanya, buat-buat tak tahu yang dasar kedua parti itu memang banyak berbeza, bekerjasama hanya untuk dapat kuasa, wang dan seumpama dengannya.

Tak gitu?

Penulis nasihatkan, berhentilah menipu rakyat ni.  Kita semua paling tidak berpelajaran setakat SPM sekarang, kalau ada yang lebih tinggi, dapat PhD.  Bukan macam zaman dulu-dulu bila yang ada setakat SRP, kalau tidak penilaian darjah 5 pun masih boleh jadi kerani atau cikgu sekolah lagi.

Tapi ada menarik juga dalam kenyataan Nik Abduh hari ini, katanya “Dasar perjuangan parti pembangkang lain memang banyak perkara tidak setuju sebab dasar yang berbeza, DAP tidak setuju dengan PAS, PAS tidak setuju dengan DAP,DAP tidak setuju dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi kita diam dahulu kerana mahu fokus untuk berjuang menegajjan keadilan dan menghapuskan kezaliman”.

Mari kita kaji apa maksud di sebalik kenyataan Nik Abduh di atas.  Tak payah dalam-dalam, buang masa saja, di permukaan cukup.  Maksudnya disitu ialah selama hari ini memang DAP, PKR dan PAS menipu rakyat Malaysia kononnya berkomponen, hakikat yang sebenarnya masing-masing masih tidak ada kesefahaman sehingga kini dan hanya nak menubuhkan kerajaan sahaja.

Percayalah, kalau macam ini punya Pakatan, macam ini punya Gabungan, lebih baik tak payah dipilih puak-puak ini menjadi kerajaan dimana-mana pun.  Tidak ada kestabilan, tidak ada kesepakatan walaupun gebang hebat, siap petir dan guruh sekali.

Nanti Islam ntah kemana, keadilan ntah kemana, kezaliman pulak yang datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...