بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Ogos 23, 2012

Kerajaan Diminta Jadikan Sastera Melayu Sebagai Subjek Teras


KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Kerajaan diminta menjadikan sastera Melayu sebagai subjek teras di peringkat menengah dalam usaha menangkis tanggapan bahawa mata pelajaran itu tidak penting.

Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Madya Dr Abdul Halim Ali, berkata mata pelajaran sastera Melayu yang kini kurang mendapat sambutan di kalangan pelajar, perlu diberi perhatian serius dalam memastikan ia tidak dianggap sebagai mata pelajaran kelas kedua.

"Semasa saya lakukan penilaian di beberapa sekolah, jumlah pelajar yang mengambil subjek sastera tidak mencapai separuh dan ini satu perkembangan yang amat tidak baik untuk sistem pendidikan negara.

"Lebih menyedihkan apabila sastera juga tidak diberi tempat khas untuk dipelajari sedangkan ia melambangkan peradaban bangsa Melayu dan tanah air kita," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Mengenai sikap pelajar kini yang dilihat tidak menunjukkan minat mempelajari mata pelajaran itu, beliau berkata ia ekoran tanggapan tiada nilai ekonomi dalam sastera.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...