بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, September 21, 2012

Mesyuarat AJK Pribumi Perkasa Terengganu kali ke 8 2012



Kuala Terengganu 20/09/2012 - Mesyuarat AJK Pertubuhan Pribumi Perkasa Negeri Terengganu kali ke 8 tahun 2012 telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu bermula jam 3.30 petang.

Tuan Yang DiPertua Perkasa Terengganu, Tuan Haji Ismail bin Saamah menjelaskan bahawa Perkasa Negeri Terengganu perlu diperkemaskan lagi dari masa kesemasa terutama menambahkan bilangan keahlian disetiap daerah bagi memantapkan lagi kekuatan Perkasa, agar aktiviti-aktiviti sebagai sebuah badan NGO yang berteraskan Agama, Bangsa dan Kedaulatan Raja-Raja dapat digerakan dimasa-masa yang akan datang.

Selain daripada itu beliau juga berterima kasih kepada Naib Yang Dipertua En. Othman Endut yang telah memberikan sokongan yang padu kepada beliau dalam apa juga perlaksanaan bagi menggerakan perjalanan pertubuhan ke landasan yang dituju dengan lebih berkesan.


 


Beliau juga begitu teruja dengan kemantapan perlaksanaan bagi WIRANITA dan WIRAWATI yang memberikan impak yang besar kepada ahli-ahli Perkasa bagi membangkitkan semangat kepada hala tuju Perkasa.

Penetapan tarikh Mesyuarat Agong peringkat Negeri Terengganu telahpun ditetapkan pada 04 November 2012 dimana tempat mengadakannya akan dimaklumkan kemudian.

 

Oleh itu beliau menyarankan agar semua Perkasa Daerah agar mengadakan Mesyuarat Agong masing-masing sebelum tarikh tersebut dan sebaik-baiknya pada bulan Oktober, 2012.


Harapan Presiden Perkasa agar Perkasa Terengganu terus memberikan sokongan yang padu apa yang diperjuangkan demi untuk memertabatkan Agama, Bangsa, Kedaulaan Raja-Raja dan Tanah Air.

Untuk paparan selanjutnya sila KLIK DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...