
16 Sep – Filem "Innocence of Muslims" atau nama asalnya "Desert Warriors" yang bersifat anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad bukan sahaja mencetuskan kemarahan rakyat negara Islam seperti Libya dan Mesir, sehingga menyebabkan kematian Chris Stevens, seorang Duta Amerika di Libya. Malah, para pelakon filem tersebut baru-baru ini menyatakan mereka berasa tertipu apabila dialog mereka diubah selepas penggambaran dibuat.
Salah seorang pelakon bernama Cindy Lee Garcia menyatakan hasratnya untuk menyaman pembikin filem tersebut. Cubaan beliau untuk menghubungi pengarah dan penulis filem yang sedang bersembunyi ternyata tidak berjaya.
Nampaknya bukan Garcia sahaja yang tidak mengetahui motif sebenar filem ataupun pembikin filem. Beberapa orang pelakon lain turut mengatakan bahawa cerita merujuk kepada seorang watak bernama George, tetapi akhirnya telah diubah kepada Muhammad melalui 'dubbing' selepas filem sesi perfileman habis dibuat.
Pada hari Rabu yang lepas, Time melaporkan bahawa seorang lelaki Kristian Coptic bernama Nakoula Basseley Nakkoula mengakui penglibatan beliau sebagai pengurus produksi filem tetapi tuduhan yang mengatakan beliau pengarah filem dinafikan.
Sehingga kini, identiti sebenar pengarah filem masih belum dikenal pasti dan nama Sam Bacile yang dikaitkan dengan hal itu masih lagi menjadi sebuah misteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan